ADUN Balung Jadi Perhatian, Naik Viva Turbo Ketika Pulang Dari Dewan DUN Sabah [Video]
Dalam video dikongsikan oleh ADUN Balung, Syed Ahmad Syed Abbas kelihatan dia membuka pintu penumpang kereta Viva berwarna ungu itu sebaik ia sampai dipintu hadapan bangunan Dewan DUN Sabah.
ADUN Balung, Syed Ahmad Syed Abbas, menarik perhatian ramai apabila dilihat menaiki Perodua Viva berwarna ungu dipercayai berenjin turbo di DUN Sabah.
Ramai memuji ADUN Balung kerana bersahaja dan tidak malu menggunakan kereta jenama tempatan dalam menjalankan tugasnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan gaya hidup dan kehidupan harian seorang figura umum khususnya ahli politik sering menjadi perhatian ramai.
ADUN Balung jadi perhatian naik Viva turbo
Baru-baru ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Syed Ahmad Syed Abbas telah menjadi perhatian ramai apabila beliau dilihat menaiki Perodua Viva berwarna ungu cerah seperti lilac ketika meninggalkan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di Kota Kinabalu.
Menerusi video yang dikongsinya di TikTok, awalnya kelihatan kereta Viva tersebut berhenti di hadapan pintu DUN Sabah sebelum ADUN Balun yang turut dikenali sebagai YB SASA berkenaan membuka pintu bahagian hadapan dan masuk ke dalam kenderaan itu.
Malah ketika memasuki kereta turut kedengaran orang ramai yang berada di kawasan pintu hadapan berkenaan seperti bersorak melihatnya.
Viva dinaiki Syed Ahmad dipercayai menggunakan enjin turbo
Apa yang lebih menarik perhatian lagi, kereta Viva yang dinaiki dipercayai turut menggunakan enjin turbo kerana kedengaran bunyi ‘ganasnya’ sewaktu meninggalkan perkarangan Dewan DUN Sabah tersebut.
Dalam satu lagi video yang dikongsikan turut kelihatan Syed Ahmad memandu sendiri kereta Viva Turbo tersebut ketika menghadiri persidangan di DUN Sabah.
Gelagat YB SASA yang dilihat santai menggunakan kereta Viva turut menuai perhatian ramai apabila ada yang memujinya sikapnya yang bersahaja dan tidak malu menggunakan kenderaan jenama tempatan itu dalam menjalankan tugasnya.
Malah ada yang menjangka harga Viva di pasaran berpotensi akan meningkat selepas tular video memaparkan ADUN Balung memandu kereta tersebut.
Bukan hanya itu, ada juga menyifatkan penggunaan kereta itu dapat menjimatkan minyak selain memudahkannya untuk mendapatkan parkir.
“Mantap YB, Borneo style gitu, senang parking dan minyak pun murah,” kata seorang netizen
“Mantap Yang Berhormat (YB) bolehlah buat event di Taman Sawit Balung nanti”
“Mantap YB. Boleh join grup dah”
“Ini YB boleh sokong anak muda. Ada hobi permotoran”
“Mantap Viva nya purple. Terbaik YB santai. Rakyat pun suka tengok”
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.