Satu video tular memaparkan seorang wanita di Nilai, Negeri Sembilan merokok ketika berada di kedai makan, video itu kemudiannya mendapat kritikan netizen.
Merokok di restoran atau kedai makan merupakan larangan yang telah dikuat kuasa sejak 1 Januari 2019 dan individu yang sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak 1 Januari 2019, kerajaan telah menguatkuasakan larangan merokok di kedai makan dan juga restoran. Namun sehingga kini masih ada yang berdegil bahkan berang apabila ditegur oleh pelanggan yang tidak selesa dengan asap rokok yang dihembus.
Wanita dilihat hisap rokok ketika berada di kedai makan
Terbaharu, tular satu video memaparkan tindakan seorang wanita yang dilihat sedang merokok sewaktu berada di sebuah kedai makan.
Menerusi video dikongsikan oleh pengguna di Threads, kelihatan seorang wanita memakai baju hitam sedang berdiri sambil bercekak pinggang.
Apa yang menjadi perhatian turut kelihatan sepuntung rokok di tangan wanita terbabit ketika dia berada di kawasan premis itu.
Selain itu, dia juga dilihat berdiri dekat dengan meja makan dan sebuah kaunter dipercayai tempat menyediakan makanan.
Hisap dan hembus asap rokok
Tidak lama kemudian, wanita itu dilihat menghisap rokok berkenaan dan menghembusnya. Wanita terbabit awalnya dilihat seperti sedang berbual sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya.
Insiden memaparkan aksi wanita tersebut menghisap rokok di kedai makan dipercayai berlaku di sebuah Restoran di Nilai, Negeri Sembilan.
Hantaran papar wanita merokok di kedai makan raih kritikan ramai
Menjengah ke ruangan balas ramai yang mengkritik tindakan wanita berkenaan menghisap rokok di kawasan berhampiran kedai makan.
Tidak kurang ada juga yang menyindir wanita terbabit di atas tindakan yang selamba menghisap rokok tersebut.
Ada juga mengkritik tindakan tersebut kerana ia tidak bersesuaian dengan imej wanita itu yang dilihat menutup aurat dan bertudung.
Menerusi semakan kami, video asal telah dipadam dan dimuat naik oleh pengguna akaun Threads yang lain.
Untuk maklumat, restoran merupakan antara 28 tempat yang dilarang merokok. Antara kawasan yang dilarang adalah:
Pusat hiburan atau teater kecuali kasino
Kawasan hospital atau klinik
Lif atau tandas awam
Tempat makan
Kedai berhawa dingin
Bangunan tempat kerja
Di dalam bas sekolah
Di dalam kenderaan awam dan banyak lagi
Mana-mana individu yang didapati bersalah merokok atau menggunakan produk merokok di kawasan larangan akan dikenakan denda maksimum sebanyak RM5,000.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.