Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menawarkan ganjaran RM4 bagi setiap ekot tikus yang ditangkap dan diserahkan kepada pihaknya semasa Kempen Membasmi Tikus dijalankan pada 25 Julai 2026.
Kempen ini bertujuan untuk mengelakkan kes-kes bawaan tikus.
Sesetengah netizen bimbang sekiranya ada yang mengambil kesempatan dengan membiakkan banyak lagi tikus untuk mengaut keuntungan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Memang tidak dapat dinafikan, banyak sebenarnya haiwan perosak seperti tikus, cencorot dan lain-lain berkeliaran di bandar terutamanya di lorong-lorong terpencil dan di kawasan sekitar restoran.
Bagi mengelakkan tikus-tikus ini semakin membiak dan membawa penyakit atau virus tidak diingini, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan ‘Kempen Membasmi Tikus 2026’ yang akan berlangsung pada 25 Julai ini (Sabtu).
Kempen Basmi Tikus Elakkan Ancaman Penyakit Bawaan Tikus
Orang ramai dijemput hadir bagi bersama-sama menyokong usaha MPAJ dalam mengurangkan populasi tikus serta mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan bebas daripada ancaman penyakit bawaan tikus sebagai contoh Leptospirosis, Hantavirus, penyakit Pes (Plague) dan banyak lagi.
Ganjaran RM4 Bagi Setiap Ekor Tikus Yang Ditangkap & Diserahkan
Apa yang menariknya, mana-mana individu yang mengambil bahagian dalam kempen tersebut dengan menangkap, membawa dan menyerahkan tikus kepada pihak MPAJ pada hari berkenaan, akan menerima RM4 sebagai ganjaran bagi setiap ekor tikus yang disahkan.
Dalam erti kata mudah, lebih banyak tikus diserahkan, lebih banyak duit anda berpeluang untuk terima.
Jika tahu mana-mana lokasi yang mempunyai lambakan tikus, anda boleh menangkap dan ‘menukarkan tikus kepada duit’.
Maklumat kempen seperti di bawah:
Tarikh: 25 Julai 2026 (Sabtu) Masa: 8 pagi – 12 tengah hari Lokasi: Persimpangan Jalan B & E, Kampung Pandan, Ampang, Kuala Lumpur
“Susah Nak Tangkap, Tikus Dekat Keramat Ni Gangster” – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai menunjukkan minat terhadap kempen ini dengan bertanya macam-macam soalan mengenainya.
Namun ramai yang berpendapat agak sukar untuk menangkap tikus sendiri.
“Tikus dekat Keramat ni gangster-gangster. Dah la tak ‘makan’ perangkap. Pakej boleh main bola depan muka kita lagi. Rasa macam nak tukar je nama rumah ni atas nama dia. Ambil la,” luah seorang wanita.
“Kempen Ni Mungkin Gagal, Ada Yang Akan Ambil Kesempatan Untuk Biakkan Lagi Banyak Tikus” – Netizen
Dalam masa sama ada juga yang meluahkan rasa bimbang sekiranya ada pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan membiakkan lebih banyak tikus untuk mendapat keuntungan.
“Maaf cakap, kempen ni akan backfire (memakan diri). Rakyat akan dapat loop hole dan membiakkan lebih banyak tikus untuk mendapat duit. Antara kita ni pun ramai mata duitan. Kempen ni besar kemungkinan akan gagal dan akan menambahkan lagi populasi tikus di kawasan tersebut.
“Pernah dah ada kes di Vietnam dulu. Gagal teruk sampai kempen tersebut dibatalkan dan populasi tikus-tikus dua kali ganda lebih banyak dari sebelumnya,” kata seorang lelaki.
“Tangkap 4 Tikus, Dapat Beli Matcha” – Pengguna Threads
Sementara itu, ada individu yang sempat berjenaka tentang kempen yang akan dijalankan hujung minggu ini.
“Jom tangkap empat ekor, boleh beli Matcha Latte,” seloroh seorang wanita.
A little bit of writing, a little bit of design, and lots of creative experiments. Turning everyday stories into content worth a second look. “Im just a girl~” 💻💗🎀