Now Reading
Kereta Mazda Selamba Buat Pusingan U Di Bulatan Raih Kritikan Ramai [Video]

Kereta Mazda Selamba Buat Pusingan U Di Bulatan Raih Kritikan Ramai [Video]

Menerusi video dashcam dikongsikan, kelihatan pemilik dashcam terpaksa memberhentikan kenderaan untuk memberi laluan kepada Mazda itu bagi mengelakkan berlaku kemalangan.

Ringkasan
  • Sebuah kereta Mazda CX-8 dilihat membuat pusingan-u ketika berada di bulatan, perkara itu menyebabkan pemilik dashcam terpaksa berhenti untuk memberikannya laluan. 
  • Insiden itu dipercayai berlaku di sebuah bulatan di Shah Alam pada 21 Julai. 
  • Ramai netizen mengkritik tindakan bahaya kereta Mazda tersebut dan meminta pemilik dashcam membuat laporan polis atau JPJ.  

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bagi setiap individu yang memiliki lesen memandu pasti mengetahui terdapat beberapa peraturan jalan yang ditetapkan dan ia perlu diikuti demi keselamatan pengguna jalan raya lain. Sebagai contoh anda tidak boleh membuat pusingan-u di bulatan kerana ia berbahaya.

Kereta buat pusingan-u di bulatan

Baru-baru ini seorang pemandu berdepan dengan situasi sama apabila terdapat kenderaan dengan selamba membuat pusingan-u sewaktu berada di sebuah bulatan.

Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh Adam Johnston di Threads, awalnya kelihatan kenderaannya telah memasuki bulatan berkenaan sebelum keluar di susur kedua bulatan berkenaan.

Namun apa yang menjadi perhatian sewaktu pemilik dashcam mahu keluar di susur kedua itu kelihatan sebuah kereta SUV jenama Mazda CX-8 berwarna merah yang datang dari arah bertentangan secara tiba-tiba membuat pusingan-u di bulatan terbabit.

Pemilik dashcam terpaksa berhenti untuk beri laluan

Tindakan kereta Mazda tersebut turut menyebabkan pemilik dashcam terpaksa berhenti dan memberikannya jalan untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan.

Menerusi video dashcam dikongsikan dipercayai insiden itu berlaku pada 21 Julai yang lalu.

View on Threads

Ramai kritik tindakan Mazda buat pusing-u di bulatan

Tindakan Mazda tersebut turut meraih perhatian ramai yang berasa geram dan mengkritik perbuatan berbahayanya itu.

Ada yang menyifatkan mereka akan membunyikan hon sebagai tanda amaran kepada pemandu Mazda itu.

Malah ada yang mengkritik tindakan untuk membuat pusingan-u tersebut daripada melalui bulatan itu kerana ia tidak mengambil masa yang lama serta lebih selamat kepada pengguna jalan raya lain.

Ada juga netizen mendakwa insiden tersebut berlaku di bulatan Seri Hijauan, Shah Alam. Selain itu, ramai yang meminta pemilik dashcam untuk membuat laporan polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Apa beza pusing-u dengan pusing bulatan. Beza berapa saat je.”

“JPJ patut buka saluran kepada awam untuk buat laporan daripada aplikasi. Kemudian tolak merit pemandu.”

“Dekat sini memang selalu orang buat macam tu. Kadang-kadang terfikir berapa ringgit lah dia dapat jimat duit minyak atau jimat masa.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.