Now Reading
13 Tahun Menanti, Wanita Surprise Keluarga Umum Bakal Timang Cahaya Mata Buat Ramai Sebak [Video]

13 Tahun Menanti, Wanita Surprise Keluarga Umum Bakal Timang Cahaya Mata Buat Ramai Sebak [Video]

Dalam satu lagi video yang dikongsikan, wanita itu turut memaklumkan dia sudah selamat melahirkan bayi perempuan yang dinanti selama 13 tahun pada 3 Julai yang lalu.

Ringkasan
  • Selepas 13 tahun menanti, pasangan suami isteri buat kejutan pada keluarga maklumkan bakal menimang cahaya mata. 
  • Wanita itu memaklumkan dia sudah selamat melahirkan bayi perempuan pada 3 Julai lalu yang diberi nama Ayla Nur Zahra.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@atikahkhalid/video/7664893617743367445?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bagi pasangan suami isteri yang sudah berkahwin mungkin perkhabaran gembira seperti bakal mendapat cahaya mata adalah antara berita yang sering dinantikan. Malah ia juga antara perkara yang tidak sabar untuk dikongsikan bersama ahli keluarga yang sentiasa mendoakan pasangan tersebut.

Pasangan tunggu 13 tahun untuk dapatkan cahaya mata

Baru-baru ini, seorang wanita menjadi perhatian ramai apabila impian selama 13 tahun untuk mendapatkan anak akhirnya tercapai dan khabar gembira itu dikongsikan bersama keluarga.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Atikah Khalid di TikTok, awalnya kelihatan dia duduk di atas lantai dan memaklumkan kepada seluruh keluarga dia mempunyai hajat yang ingin diberitahu.

Beri bekas putih pada ibu bapa untuk buat kejutan

Kelihatan dia mengambil satu bekas plastik dan bekas itu kemudian dihulurkan kepada ibu bapanya dan meminta mereka membukanya.

Kata Atikah terdapat ‘rezeki’ di dalam bekas putih tersebut, dengan penuh keliru kedua ibu bapa wanita itu lalu membuka dan mencari barangan yang dimaksudkan oleh anak mereka.

Tertera tulisan “Ibu + ayah = saya❤️” pada baju bayi yang diambil dari bekas tersebut

Mereka kemudian mengangkat dua helai baju bayi berwarna hitam dan putih, kelihatan pada baju berwarna hitam tertulis “Ibu + ayah = saya❤️.”

Kelihatan reaksi ayah Atikah mula sebak apabila dia menarik baju bayi berwarna putih dan mula memahami mesej disampaikan oleh anaknya sebenarnya mereka bakal menimang cucu darinya.

Turut kedengaran mereka mengucapkan ‘Alhamdulillah’ sebagai tanda kesyukuran dengan berita gembira itu.

Ahli keluarga kemudiannya memeluk Atikah dan suami dan menangis kegembiraan

Malah terdapat seorang lelaki dipercayai adik -beradik Atikah lalu datang memeluknya diikuti kedua ibu bapa.

“Lama aku simpan video ini. Masa ni ada buat tahlil ringkas. Tapi kami selit kan sekali doa selamat. Masa ni semua tak tahu lagi.

“Saja nak berikan kejutan kepada mereka. Video ini panjang, konon nak edit tapi setiap saat tu semua momen paling manis. Tak jadi edit-edit. Trying To Conceive (TTC) 13 tahun,” tulisnya.

@atikahkhalid

Lama ku simpan video ini. Masa ni ada buat tahlil ringkas. Tp kami selit kn sekali doa selamat. Masa ni smua xtau lg. Saja nk suprise kn mereka. Video ni pnjang. Konon nk edit tp setiap saat tu semua nya moment paling manis. Xjd nk edit2. Ttc 13thn 🥰

♬ original sound – Atikah Khalid – Atikah Khalid

Selamat lahirkan bayi perempuan pada 3 Julai lalu

Dalam satu lagi video yang dikongsikan, Atikah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3 kilogram pada 3 Julai yang lalu.

Menerusi video itu, kelihatan si suami menolaknya yang duduk di atas kerusi roda dipercayai selepas bersalin sambil memegang si comel yang diberi nama Ayla Nur Zahra.

Di ruangan komen ramai yang turut berasa sebak dengan perkongsian Atikah yang sudah 13 tahun menanti untuk mendapatkan cahaya mata.

Malah ada juga pejuang garis dua yang lain turut meminta agar orang ramai turut mendoakan agar tiba pula giliran mereka bergelar ibu bapa.

“Abang dia datang peluk aku dah melalak dekat sini”

“Tiba aku yang bujang ni pun nangis. Kita takde kena mengena tau”

“Aduh kenapa ajak saya sedih sekali ni. Semoga satu hari Allah bagi peluang yang sama untuk keluarga saya.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.