TikToker Filipina Masak Guna Minyak Masak Paket Dari Malaysia Jadi Perhatian [Video]
Melalui hantaran di Threads, pengguna berkenaan telah berkongsikan semula video yang menunjukkan TikToker warga Filipina itu menyediakan hidangan ikan kerapu masak kicap dengan menggunakan minyak paket dari Malaysia itu.
A Filipino TikToker with over 288,000 followers was seen cooking using subsidized packaged cooking oil from Malaysia.
Netizens questioned how Malaysian subsidized cooking oil reached southern Philippines, suspecting irresponsible Malaysians may be selling it illegally.
Since 1 March, only Malaysian citizens can buy subsidized packaged oil via the eCOSS system, with foreigners banned from purchasing.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui bermula 1 Mac lalu, minyak masak paket bersubsidi hanya boleh dijual dan dibeli oleh warganegara Malaysia.
Satu-satunya kaedah yang digunakan untuk membeli minyak paket di Malaysia adalah menerusi imbasan QR di aplikasi Sistem Skim Pentabilan Harga Minyak (eCOSS).
Individu Persoal Warga Filipina Guna Minyak Masak Paket Jenama Dari Malaysia
Namun semalam (20 Julai), tular di media sosial perkongsian seorang pengguna tentang penggunaan minyak masak paket oleh seorang influencer di Filipina.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @bruchinoy, pengguna berkenaan mempersoal tindakan seorang TikToker dari Filipina yang menggunakan minyak masak paket jenis polibeg yang didakwa bersubsidi dari Malaysia.
Melalui hantaran tersebut, pengguna berkenaan telah berkongsikan semula video yang menunjukkan warga Filipina itu menyediakan hidangan ikan kerapu masak kicap dengan menggunakan minyak paket dari Malaysia.
“Macam mana minyak masak subsidi Malaysia masih boleh tembus ke selatan Filipina?
“Bukannya minyak masak dalam paket tak boleh di eksport ke luar negara? Betulkan jika saya salah,” katanya.
TikToker Turut Guna Kicap Dari Malaysia Sebagai Bahan Masakan
Menerusi perkongsian itu juga, TikToker yang mempunyai lebih 288,000 pengikut di akaunnya turut dilihat menggunakan kicap dari Malaysia sebagai bahan masakan.
Namun dakwa pengguna, kicap itu sememangnya menjadi kegemaran rakyat Filipina.
Memandangkan kicap tersebut bukanlah barangan bersubsidi dan dia merasakan ia tidak menjadi masalah.
“Yang kicap Sabah tu rasanya okay ja sebab bukan subsidi dan pinoy memang suka kicap Sabah,” kongsinya.
Ramai Turut Persoal Minyak Masak Paket Boleh Digunakan Rakyat Filipina
Perkongsian yang telah mendapat lebih 336,000 tontonan itu nyata menarik perhatian warganet.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut mempersoal bagaimana minyak masak bersubsidi itu boleh sampai sehingga ke selatan Filipina dan digunakan oleh rakyat negara itu.
Perkara sama turut disuarakan oleh sesetengah netizen pada hantaran asal dan di beberapa video di akaun TikToker berkenaan.
Namun ada segelintir yang mendakwa, berkemungkinan terdapat rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab menjual minyak bersubsidi itu kepada orang luar.
Pada masa sama, ramai yang menggesa agar pihak berkuasa khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melakukan sesuatu untuk menangani isu ini.
Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi dari KPDN berhubung isu tular ini.
Minyak Masak Paket Hanya Boleh Dibeli Oleh Warganegara Menerusi Aplikasi eCOSS
Untuk info, bermula 1 Mac tahun ini, warga asing dilarang membeli minyak masak bersubsidi.
Segala pembelian minyak masak paket bersubsidi satu kilogram (kg) perlu dibuat menerusi Sistem Skim Pentabilan Harga Minyak (eCOSS).
Sistem ini diperkenalkan bagi mengelak ketirisan subsidi serta memastikan hanya rakyat Malaysia sahaja boleh membeli.
Namun, bagi pembeli yang tidak mempunyai aplikasi eCOSS, pembelian akan direkodkan secara manual.
Setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli tiga unit minyak masak paket 1 kg setiap hari.
Ini antara komen warganet:
“Minyak Sabah, Sini Macam Susah Mahu Jumpa, Rupanya Dia Di Sana”
“Di Mana Kau Dapat Minyak Masak Malaysia?”
“Minyak Paket Kita Suka Jenjalan Oversea, Dekat Golok Bersepah Macam Tu Je”
“Rasanya Subsidi Minyak Masak Fizikal Ni Dah Kena Mansuhkan & Bagi Dalam Bentuk Bantuan Dalam IC”
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.