Now Reading
PRN N9: “Tolong Anak Rantau, You Can Do Better” – Juwairiya Kecewa Papan Iklan Kempen PH Diconteng

PRN N9: “Tolong Anak Rantau, You Can Do Better” – Juwairiya Kecewa Papan Iklan Kempen PH Diconteng

Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyifatkan perbuatan menconteng papan tersebut sebagai kempen pilihan raya yang kotor.

Ringkasan
  • Timbalan Ketua Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli, berasa kecewa apabila bahan kempen PRN Negeri Sembilan di Rantau dicemari vandalisme. 
  • Potret gambar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon ADUN Azizul Hakim Mahdi (PKR) diconteng dengan ayat berunsur pernghinaan. 
  • Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata perbuatan vandalisme tersebut merupakan 'Black Ops' (operasi sulit) parti Pakatan Harapan sendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum sedia maklum, kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 telah pun bermula selama 14 hari sejak 18 Julai lalu dan berakhir pada 31 Julai ini.

Bagaimanapun tidak sampai seminggu, sudah ada individu yang bertindak mencermari bahan-bahan kempen.

Vandalisme Pada Bahan Kempen PH Sempena PRN Negeri Sembilan

Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Juwairiya Zulkifli meluahkan rasa kecewa selepas melihat papan iklan kempen Pakatan Harapan (PH) diconteng dengan ayat berunsur penghinaan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Gambar Anwar Ibrahim & Calon ADUN Rantau Diconteng Dengan Perkataan ‘Babi’

Menerusi foto perkongsian, kelihatan gambar potret Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Rantau, Azizul Hakim Mahdi (PH-PKR) diconteng dengan perkataan ‘babi’ dan ayat ‘babi PH’.

Bukan itu sahaja, wajah dan mata PM juga diconteng dengan cat sembur berwarna hitam sekaligus menunjukkan sikap biadab si pelaku terhadap pemimpin negara.

Baca Artikel Berkaitan: Senarai Penuh Calon PRN Negeri Sembilan Ke-16

Adakah Ini Demokrasi Di Negeri Sembilan? – Juwairiya

Juwairiya yang terkilan dengan perkara tersebut turut mempersoalkan sikap segelintir pihak di Negeri Sembilan sepanjang proses pilihan raya ini berlangsung. Malah beliau juga menyifatkan perbuatan menconteng bahan kempen itu sebagai kempen kotor.

“Pagi ini petugas kami mendapati bahan kempen calon PH Rantau telah dicemari dengan kempen kotor pihak tidak bertanggungjawab. Adakah ini demokrasi di Negeri Sembilan?”

“Saya Percaya Orang N9 Penuh Adab & Budi Bahasa Yang Tinggi” – Juwairiya

Tambahnya, kelakuan sedemikian tidak boleh diterima selain meminta penduduk di kawasan Rantau untuk mempamerkan sikap yang lebih bertamadun.

“Adakah ini sikap dan budi bahasa orang di N9? Saya percaya orang N9 penuh adab dan budi bahasa yang tinggi. Namun ini tidak dapat diterima dalam satu proses pilihan raya yang beri ruang demokrasi rakyat untuk pilih pemimpin mereka. Tolong anak Rantau, kamu boleh buat lebih baik dari ini,” tegurnya.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: PRN N9: Pakatan Harapan Umum Manifesto, Gariskan 10 Komitmen Utama

Bersainglah Secara Sihat, Jangan Sampai Cetus Provokasi – Netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang perkara tersebut. Sesetengah netizen berkata kempen kotor dengan menconteng bahan kempen tidak sepatutnya berlaku.

“Yang sedihnya, bila kita tegur terus ada yang cakap ‘self sabotage’ tanpa bukti. Tanpa bukti, tuduhan macam tu cuma mengeruhkan lagi keadaan. Tak kisah parti mana sekalipun, kempen kotor macam ni memang tak patut berlaku.

“Bersainglah secara sihat dan biar rakyat menilai berdasarkan idea, rekod, dan dasar bukan vandalisme atau provokasi,” kata seorang wanita.

“Ni Macam Kerja Black Ops” – Nurulhidayah

Bagaimanapun ada juga individu termasuklah Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang mendakwa ia merupakan perbuatan dari PH sendiri bagi mewujudkan naratif pihak lain sedang mensabotaj parti terbabit.

“Orang Negeri Sembilan bukan macam tu. Ni macam kerja Black Ops (operasi sulit) parti sendiri. Maaf cakap,” katanya.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.