Now Reading
Dataran Merdeka Dicemari Sampah Selepas Aksi Final Piala Dunia FIFA 2026, Ini Respon DBKL [Video]

Dataran Merdeka Dicemari Sampah Selepas Aksi Final Piala Dunia FIFA 2026, Ini Respon DBKL [Video]

Menerusi foto dan video tular di laman Threads, kelihatan banyak sampah sarap bertaburan di padang tersebut termasuklah bungkusan serta sisa makanan, plastik, alas tempat duduk dan banyak lagi.

Ringkasan
  • Dataran Merdeka dipenuhi sampah sarap selepas perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 antara pasukan Sepanyol dan Argentina berakhir.
  • Ramai pengunjung hanya membiarkan sahaja sampah sarap termasuk bungkusan makanan dan alas tempat duduk bersepah di kawasan dataran. 
  • DBKL berkata perkara ini tidak sepatutnya terjadi, dan orang ramai seharusnya menghormati bangunan bersejarah di Kuala Lumpur itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Piala Dunia FIFA 2026 melabuhkan tirai apabila pasukan Sepanyol menundukkan juara bertahan, Argentina 1-0 pada aksi final sekaligus bergelar juara dunia.

Aksi perlawanan akhir ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh orang ramai seluruh dunia termasuklah rakyat Malaysia sendiri. Semua bangsa berkumpul untuk menonton bola sepak sambil menyokong pasukan masing-masing.

Bagaimanapun apa yang menjadi isu apabila ramai pengunjung yang menyaksikan perlawanan ini secara beramai-ramai di tempat awam tidak membawa atau membuang sampah sendiri sebaliknya hanya meninggalkan ia di sana.

Dataran Merdeka Penuh Sampah Sarap Selepas Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2026

Menerusi laman Threads, ramai pengguna berkongsi keadaan sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang sebelum itu menjadi lokasi tumpuan orang ramai termasuk pelancong untuk menonton perlawanan akhir.

Kelihatan banyak sampah sarap bertaburan di padang tersebut termasuklah bungkusan serta sisa makanan, plastik, alas tempat duduk dan banyak lagi.

Ramai berpendapat bahawa pengunjung hanya lepas tangan memandangkan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA ini ditayangkan secara percuma kepada orang ramai.

View on Threads

Sampah Sarap Di Dataran Merdeka Jelas Kelihatan Di Siaran Televisyen

Malah sampah sarap yang banyak itu juga jelas kelihatan menerusi kaca televisyen semasa sesi temu bual antara wartawan RTM bersama pengunjung di sana.

“Saya pun sebenarnya tidak dengar temu bual itu. Saya lebih risau tentang sampah yang ditinggalkan di Dataran Merdeka. Apa ni? Malulah kepada mereka yang melakukan perkara ni!” kata seorang pengguna dikenali sebagai Nora.

View on Threads

‘Memang Tak Ada Common Sense’ – Pengguna Threads

Foto dari atas (aerial view) sekitar bangunan bersejarah Sultan Abdul Samad dan padang Dataran Merdeka yang dikongsikan netizen di media sosial juga kelihatan menyedihkan apabila ditimbuni sampah.

“Punya la teruk (banyak) sampah-sampah yang diorang tinggalkan lepas tengok bola dekat Dataran Merdeka. Memang tak ada common sense ya. Semua dah besar panjang tapi otak ke laut,” tegur seorang wanita.

View on Threads

‘Boleh Rai World Cup Dengan Meriah Tapi Jangan Sampai Kotorkan Ruang Milik Bersama’ – DBKL

Keadaan lokasi ikonik di ibu kota yang dicemari sampah sarap itu kemudiannya telah mendapat perhatian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut DBKL menerusi hantaran di laman Facebook pagi tadi (20 Julai), padang bersejarah itu tidak sepatutnya ditinggalkan dalam keadaan dipenuhi sampah.

Hal ini kerana jelas DBKL, Dataran Merdeka melambangkan maruah dan sejarah negara.

“Cara kita meninggalkannya mencerminkan cara kita menghargainya. Kita boleh meraikan dengan meriah. Kita boleh bersorak sepuasnya tetapi kebebasan untuk bergembira tidak pernah bermaksud kebebasan untuk mengotorkan ruang milik bersama.

“Kota yang hebat bukan hanya dinilai ketika orang ramai datang tetapi melalui keadaan yang mereka tinggalkan apabila pulang.

“Kuala Lumpur ialah rumah kita. Jagalah seperti kita menjaga rumah sendiri,” kata DBKL menerusi kenyataannya.

Petugas DBKL Bersihkan Kawasan Dataran Merdeka

Dalam pada itu, DBKL berkata pihaknya telah turun padang dan membersihkan kawasan yang dicemari dengan sampah-sampah tersebut.

DBKL dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai bahawa sampah merupakan tanggungjawab sendiri dan pengunjung tidak seharusnya bergantung kepada perkhidmatan penguatkuasa sahaja.

Difahamkan isu sampah merata-rata ini bukan sahaja berlaku sekitar ibu kota dan Lembang Klang, namun di negeri-negeri lain juga termasuklah berdekatan Melaka Mall.

View on Threads
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.