Now Reading
Chef Nekad Berhenti Kerja Dari Restoran Michelin Pilih Tawar Servis Fine Dining Dari Rumah Ke Rumah [Video]

Chef Nekad Berhenti Kerja Dari Restoran Michelin Pilih Tawar Servis Fine Dining Dari Rumah Ke Rumah [Video]

Menurut Chef Haziq, dia mendapat inspirasi untuk menawarkan perkhidmatan ‘fine dining’ di rumah pelanggan dari luar negara.

Ringkasan
  • Haziq Danish merupakan seorang cef yang berhenti dari sebuah restoran Michelin untuk meneruskan impian menawarkan servis 'prive fine dining' di rumah pelanggan. 
  • Rantau Dining by Chef Haziq menawarkan fine dining bermula RM265 untuk setiap individu di seluruh kawasan Kuala Lumpur dan segelintir kawasan Selangor. 

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Menjadi seorang cef merupakan satu kerjaya yang tidak mudah. Malah untuk menjadi yang terbaik pastinya seseorang itu perlu menimba pengalaman sebanyak mungkin.

Sebagai pelanggan kita mungkin hanya merasai kesedapan kepada sesuatu makanan namun bagaimana ia dimasak dan proses termasuk dari proses pemilihan barangan mentah juga menjadi titik utama sesuatu makanan dihasilkan adalah yang terbaik untuk mereka yang bakal menikmatinya.

Berhenti dari sebuah restoran Michelin untuk teruskan impian buat ‘private dining’ rumah ke rumah

Baru-baru ini seorang cef yang dikenali sebagai Haziq Danish mengumumkan telah berhenti dari sebuah restoran bertaraf Michelin untuk meneruskan impiannya membuat ‘Private Fine Dining’ dari rumah ke rumah.

Menerusi video dikongsikan oleh Haziq di TikTok, dia ada menjelaskan antara sebab berhenti daripada restoran tersebut bukanlah kerana tidak menyukainya mahupun berasa penat.

Sebaliknya Haziq sudah lama menyimpan impian untuk membuka perkhidmatan fine dining yang lebih dekat dengan pelanggannya.

Nak mudahkan pelanggan tak perlu hadap jammed untuk pergi fine dining

Malah dengan menyediakan perkhidmatan fine dining di rumah ini ia sekali gus memudahkan pelanggan di mana mereka tidak perlu merempuh jalan sesak, mahupun bersusah payah untuk mencari parkir.

Sebaliknya mereka boleh berehat dengan tenang di rumah sementara Haziq menjalankan tugasnya untuk menyediakan makanan terus ke meja makan pelanggannya.

Kata Haziq lagi setiap hidangan makanan yang dihasilkan bukan sekadar makanan sebaliknya membawa cerita tersendiri dan kerana itu dia kemudian menamakan perkhidmatan tersebut sebagai Rantau Dining by Chef Haziq.

Baru buka Rantau selama sebulan

Haziq turut memaklumkan dia baru sahaja membuka perniagaan untuk menyediakan perkhidmatan fine dining ini pada sebulan yang lalu dan tidak menyangka permulaan untuk memasarkan bisnes itu kemudiannya menjadi viral di media sosial.

Sewaktu disoal daripada mana datangnya idea untuk menyediakan fine dining berkonsepkan di rumah pelanggan, Haziq mengatakan inspirasi itu datang dari luar negara.

Dapat insipirasi nak buat fine dining di rumah pelanggan dari luar negara

“Saya dapat inspirasi dari luar negara dan dekat Malaysia ada Cef yang buat tapi tak ramai dan orang ramai pun tak tahu sangat mengenai servis ini jadi saya nak ambil cabaran tu untuk buat di Malaysia.

“Dalam masa sama nak mengangkat masakan Melayu gaya moden di seluruh dunia, Insha-Allah,” ujarnya kepada BuzzKini.

@haziqdanishhh

Saya percaya momen yang paling bermakna selalunya bermula di meja makan. 🤍 Sebab itu lahirnya RANTAU. Pengalaman private dining yang membawakan cita rasa Melayu dengan sentuhan moden, terus ke rumah anda. Kami datang, kami memasak, kami menghidang. Anda hanya perlu menikmati setiap momen bersama orang tersayang. 🍽️ Tempahan kini dibuka. (Click the link in my bio) Kalau diberi peluang,siapa orang pertama yang anda ingin jemput untuk menikmati pengalaman ini?❤️ #privatechef #kualalumpur #privatedining #Rantaubychefhaziq #fyp

♬ original sound – Haziq Danish – Haziq Danish

Pelanggan boleh juga custom menu

Menerusi semakan kami di website Rantau, pelanggan bukan sahaja boleh memilih Rantau signature menu malah terdapat juga pilihan ‘custom menu’ bagi mereka yang mungkin mahukan sedikit kelainan.

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan, yelah mungkin ada yang mahu menyambut Hari Jadi, ulang tahun perkahwinan atau mungkin mahu berkumpul dengan ahli keluarga ini mungkin antara idea yang boleh dilakukan bersama.

Untuk tempahan jumlah pelanggan untuk setiap sesi maksimum kepada lima orang dan tempahan perlu dibuat 14 hari sebelum tarikh yang dimahukan.

Haziq menyediakan perkhidmatan ini buat mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Selangor.

Harga bermula dari RM256 untuk setiap individu

Bagi harga pula ia bermula pada RM265 untuk setiap individu. Manakala bagi majlis bersama ia tertakluk kepada satu hingga tiga orang dan jumlah belanja minimum adalah RM1,060.

Haziq turut menyarankan untuk mempunyai sekitar empat ke lima orang pelanggan bersama di rumah anda sekiranya mahukan pengalaman Rantau yang lebih menarik.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.