Now Reading
“Lebih 100 Terjual” – Lelaki Bangga Dapat Buka Booth & Promosi Nasi Lemak Serta Aiskrim Malaysia Di Jerman [Video]

“Lebih 100 Terjual” – Lelaki Bangga Dapat Buka Booth & Promosi Nasi Lemak Serta Aiskrim Malaysia Di Jerman [Video]

Sesetengah pengunjung yang singgah ke booth jualan makanan di Dortmund itu berkata mereka sangat sukakan Nasi Lemak dan aiskrim Malaysia yang dijual pemuda dikenali sebagai Raaj.

Ringkasan
  • Seorang lelaki dari Malaysia, Raaj, berjaya menjual lebih 100 bungkus Nasi Lemak semasa membuka booth makanan pertama di Dortmund, Jerman.
  • Rata-rata pengunjung booth di bandaraya itu menikmati dan jatuh cinta dengan Nasi Lemak dan aiskrim Malaysia. 
  • Raaj bangga dapat memperkenalkan Malaysia sambil memakai Baju Melayu semasa menjual di booth. 

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Raaj berkongsi pengalamannya membuka booth makanan di bandaraya Dortmund, Jerman buat pertama kalinya.

Menurut Raaj, gerai jualannya yang menawarkan Nasi Lemak dan aiskrim Malaysia yang mana kedua-duanya merupakan makanan ikonik di Malaysia telah mendapat sambutan baik penduduk di sana apabila lebih 100 bungkusan Nasi Lemak berjaya terjual dalam masa sehari.

Meskipun jumlah itu agak kurang dari sasaran awal namun dia percaya terdapat banyak lagi penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk jualan akan datang.

Wanita Colombia Mahu Pindah Ke Malaysia Selepas Jatuh Hati Dengan Kelazatan Nasi Lemak

Menerusi video perkongsian, kelihatan ramai pengunjung datang singgah ke booth Raaj untuk mencuba makanan yang mungkin kelihatan unik di mata mereka.

Apa yang membuatkan lelaki ini tersentuh apabila seorang wanita dari Colombia meluahkan hasratnya untuk berpindah ke Malaysia selepas jatuh cinta dengan rasa Nasi Lemak yang sedap serta beraroma.

“Wow 10/10. Saya akan berpindah ke Malaysia,” kata pelanggan tersebut.

Menurut Raaj di ruangan komen, satu bekas Nasi Lemak dijual pada harga €6 (kira-kira RM28).

‘Aiskrim Malaysia Sedap, Rasa Creamy’ – Pengunjung Booth Di Dortmund

Bukan sahaja terkesima dengan kelazatan Nasi Lemak, malah rata-rata pengunjung juga dilihat terkejut dan berkata aiskrim Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis perisa itu sedap serta berkrim.

Tambah pula dengan cuaca panas pada waktu itu, orang ramai dilihat mengerumuni booth dan menikmati aiskrim berkenaan.

Sumber: TikTok (@raaj_10__)

Bangga Dapat Jadi Lelaki Malaysia Pertama Buka Booth Makanan Di Bandaraya Dortmund

Raaj berkata dia berasa sangat bangga kerana merupakan orang Malaysia pertama yang membuka jualan booth di bandaraya berkenaan.

Sepanjang booth itu berjalan, Raaj bukan sahaja fokus untuk mendapatkan pelanggan yang ramai, malah dia juga mengambil kesempatan itu untuk berkongsi info dengan orang ramai tentang Malaysia sambil segak berpakaian baju tradisional, Baju Melayu.

@raaj_10__

never thought i’d hear a colombian say she’s moving to malaysia. #malaysiatiktok #fyp #nasilemak #malaysianfood #dortmund

♬ original sound – raaj – raaj

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Yang Suka Sate & Cendol, Makanan Malaysia Jadi Pilihan Penduduk Di Nanjing, China [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Suami Isteri Dari Ireland Teruja Pergi Kedai Jual Makanan Malaysia, Hingga Tak Tahu Nak Pilih [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Dah Boleh Jadi Malaysian”- Pelancong Makan Siput Sedut & Aneka Lauk Buat Ramai Teruja [Video]

Ramai Puji Raaj Kerana Perkenalkan Malaysia Melalui Makanan & Pakaian Tradisional

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji inisiatif Raaj bagi memperkenalkan Malaysia menerusi makanan tempatan kepada orang luar.

“Respect. Tumpang bangga tengok awak perkenalkan negara kita melalui makanan, pakaian dan keramahan,” ujar seorang wanita.

“Dia ni rakyat Malaysia yang tidak membenci atau rasis. Lelaki baik yang berbangga dengan negaranya dan budaya sendiri. Kekal rendah diri dan dunia akan hormat pada awak,” tambah seorang lelaki.

Malah ada juga yang mencadangkan menu baharu yang boleh dipertimbangkan oleh Raaj selepas ini.

“Burger Ramly pulak lepas ni,” kata seorang pengguna Threads.

Ramai Doa Bisnes Pemuda Di Dortmund Sentiasa Maju

Sementara itu, segelintir individu turut mendoakan agar perniagaan kecil Raaj dan pasukannya berjaya pada masa akan datang.

“Nampak meriahnya. Moga bisnes awak sentiasa berjalan lancar,” kata seorang wanita.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kagum Mat Salleh Pesan Makanan Nasi Goreng Dalam Bahasa Melayu Di Sup Meletup Perth [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Kelantan Mendunia”- Keluarga Ini Raih Lebih RM2 Juta Dengan Jual Nasi Kerabu Di London [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rakyat Malaysia Jual Sate Di Australia, Raih Jualan Hingga 400 Batang Dalam Tempoh 3 Jam

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.