Now Reading
Wanita Persoal Ramai Joging Atas Jalan Raya Di Putrajaya, Runners Kongsi Sebabnya [Video]

Wanita Persoal Ramai Joging Atas Jalan Raya Di Putrajaya, Runners Kongsi Sebabnya [Video]

Bagaimanapun segelintir pelari tampil menjelaskan bahawa mereka berlari di atas jalan tar kerana keadaan trek pejalan kaki yang tidak rata membuatkan mereka kerap tersadung ketika berlari.

Ringkasan
  • Seorang wanita dikenali sebagai Teyhah menegur golongan runners yang berlari di atas jalan tar sekitar Putrajaya, mendedahkan bahaya kepada semua pengguna jalan raya.
  • Pelari dinasihatkan memakai pakaian berwarna terang dan mematuhi peraturan lampu isyarat bagi mengelakkan kemalangan dengan kenderaan yang lalu lalang.
  • Sesetengah pelari mendakwa mereka terpaksa berlari di jalan tar kerana laluan pejalan kaki di Putrajaya rosak, berlubang, dan kadangkala disekat kenderaan yang parkir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Teyhah menegur golongan individu yang melakukan aktivit joging serta berlari di jalan raya sekitar kawasan Putrajaya.

Menerusi foto perkongsian, kelihatan orang ramai sedang berlari di jalan raya, di antara kenderaan yang diparkir di tepi jalan dan kereta yang sedang bergerak.

Kenapa Tak Lari Atas Running Trail? – Wanita

Situasi itu membuatkan Teyhah musykil, mengapa geng runners ini tidak menggunakan laluan larian (runing trail) yang telah disediakan di sana. Seperti yang kita tahu, Putrajaya menyediakan pelbagai trek larian termasuklah di kawasan dengan pemandangan di tepi tasik.

Menurut Teyhah, tindakan berlari di atas jalan tar itu mampu membahayakan diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Pelari Dinasihatkan Pakai Warna Terang, Jangan Main Redah Lampu Isyarat

Wanita ini dalam masa sama turut mengingatkan golongan pelari untuk memakai pakaian berwarna terang agar pemandu kenderaan di sana menyedari keberadaan anda.

Bukan itu sahaja, malah golongan ini turut dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lampu isyarat.

“Cuma tertanya la kenapa runners, suka sangat berlari dekat jalan tar, sedangkan dah sediakan trek tepi tu?

“Tolong la pakai baju yang terang, dan alert pasal lampu isyarat. Jangan redah je, kadang-kadang kereta dan motosikal yang lalu tak nampak korang yang lari tu. Tolonglah, take note. Rasanya yang datang Purajaya bukan orang sini. Jadi hati-hati la ya. Ikut peraturan, (dah jadi) Putrajaya Darul Running dah ni,” katanya di ruangan kapsyen.

View on Threads

Runners Lari Atas Jalan Raya Di Putrajaya Selalu Jadi Isu Di Media Sosial

Pun begitu, menerusi semakan kami, ini bukanlah pertama kali isu runners berlari atas jalan tar di Putrajaya dibangkitkan.

Menerusi sebuah video dikongsi sebelum ini, kelihatan ramai individu berlari di atas jalan raya yang sibuk.

View on Threads

Orang Ramai Setuju Runners Patut Lari Di Tempat Disediakan, Perlu Pakai Baju Warna Cerah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan Teyhah.

Malah ada yang berkata kebanyakan pemandu kenderaan tidak menyedari kelibat pelari yang memakai baju atau seluar berwarna gelap.

“Yang pakai pakaian cerah tu betul sangat la. Kita ni bawa kereta tak semua laluan berlampu dan cerah. Runner ni pulak lari atas jalan raya, pakai baju gelap. Nasib baik perasan,”kata seorang wanita.

Pernah Tersadung Ketika Guna Running Trail Antara Punca Lari Atas Jalan Raya Di Putrajaya – Runner

Bagaimanapun segelintir pelari berkata mereka berlari di atas jalan tar kerana keadaan trek pejalan kaki yang tidak rata yang membuatkan mereka kerap tersadung ketika berlari.

“Sebab trek pejalan kaki tu tak elok dan ramai juga yang tersadung dan jatuh disebabkan keadaan trek pejalan kaki tu,” kata seorang lelaki.

“Pernah tersadung lepas tu taubat dah memang lalu jalan tar je. Harap dapat buat trek macam KLCC Park. Cushion (trek) lembut je tak sakit kaki,” tambah seorang warganet.

Pelari Jatuh Sebab Ada Lubang Di Laluan, Siap Ada Kereta Parking Di Laluan Pejalan Kaki Putrajaya

Dalam masa sama, ada wanita yang mendakwa bahawa pejalan kaki di sana mempunyai banyak lubang yang mampu mengundang bahaya.

“Dua minggu lepas saya dan kawan baik lari atas pejalan kaki dan nak tahu tak? Kawan saya jatuh sebab ada lubang dekat situ.

“Bahagian depan tu cantik lagi tapi bila dah sampai Istana Kehakiman, memang banyak lubang, batu pecah, lecak dan ada juga yang parkir atas pejalan kaki terutamanya waktu malam,” dakwanya.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Acara Bermakna Dengan Kawan Baru” – Wanita Dipuji Pimpin Peserta Fun Run Buta Sepanjang Larian 5KM [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sebak Lihat 3 Peserta Larian Bantu Angkat Pelari ‘Cramp’, Siap Bawa Ke Garisan Penamat [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.