Now Reading
Nak Tengok Final World Cup Sambil Makan Meatball? Pergi Ikea Damansaralah!

Nak Tengok Final World Cup Sambil Makan Meatball? Pergi Ikea Damansaralah!

Acara ini juga menjadikan Restoran Sweden IKEA Damansara buat pertama kalinya dibuka pada awal pagi bagi menukar ruang tersebut menjadi lokasi tumpuan peminat bola sepak untuk menikmati aksi perlawanan World Cup menerusi skrin besar.

Ringkasan
  • IKEA Damansara is hosting SPARKA Football Fever, a free late-night football viewing event for the World Cup 2026 final on 20 Julai.
  • Entry is free but on a first-come, first-served basis, with doors opening as early as 12 pagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Demam Piala Dunia 2026 kini semakin memuncak dengan para peminat bersedia menantikan aksi final antara Sepanyol dan Argentina yang bakal menentukan juara kejohanan bola sepak paling berprestij itu.

Selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir yang penuh debaran, kini perhatian terarah kepada pertembungan terakhir dan penentuan tempat ketiga antara England dan Perancis yang pastinya menjanjikan aksi menarik.

Bagi yang mahu menikmati pengalaman menonton final dalam suasana berbeza, IKEA Malaysia meneruskan SPARKA Football Fever, acara tontonan bola sepak selepas waktu operasi yang pertama kali diadakan oleh IKEA Malaysia bertempat di IKEA Damansara.

Acara yang bersempena sambutan ulang tahun ke-30 IKEA Malaysia, mengajak peminat bola sepak berkumpul bersama rakan dan komuniti untuk menyaksikan detik penentuan juara sambil menikmati suasana tontonan bola sepak ala IKEA.

Acara berlangsung 3 hari: 15, 16 dan 20 Julai

Setakat ini, ia telah berlangsung pada 15 dan 16 Julai dengan acara finale adalah pada 20 Julai 2026, bagi memberi peluang kepada peminat bola sepak untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan final itu.

Acara ini juga menjadikan Restoran Sweden IKEA Damansara buat pertama kalinya dibuka pada awal pagi bagi menukar ruang tersebut menjadi lokasi tumpuan peminat bola sepak dan keluarga serta rakan untuk menikmati aksi perlawanan menerusi skrin besar.

Pada 15 dan 16 Julai lalu, acara ini telah dikendalikan oleh Muaz dari KOOL FM.

Memandangkan kami di sana, serius meriah habis! Tak percaya? Tonton video di bawah bagaimana penyokong pasukan England dan Argentina bersorak kegembiraan sewaktu pasukan masing-masing mencetak gol.

Muaz dan Ean akan jadi hos bersama untuk malam final

Bagi malam final pada 20 Julai pula, Muaz akan bersama Ean dari Fly FM sebagai hos bersama dengan ulasan serta pandangan perlawanan daripada Kieran dari Fly FM dan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Shahrom Kalam.

Ada cabutan bertuah!

Selain menyaksikan perlawanan, pengunjung turut berpeluang menyertai cabutan bertuah selepas membuat pendaftaran.

Peserta yang hadir pada ketiga-tiga malam perlawanan juga akan layak secara automatik untuk cabutan hadiah utama serta aktiviti interaktif.

Kemasukan free tapi tempat ‘siapa cepat dia dapat’

Kemasukan ke SPARKA Football Fever adalah percuma dan dibuka secara siapa cepat dia dapat, tertakluk kepada kapasiti terhad bagi setiap malam.

Jadi buat anda yang berminat menonton Perlawanan Akhir Piala Dunia 2026 pada Isnin pagi ini, pastikan anda tiba lebih awal. Restoran ini juga akan dibuka seawal jam 12 pagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.