Sekumpulan penunggang basikal tular di Threads selepas rakaman menunjukkan mereka selamba langgar lampu isyarat merah tanpa memperlahankan basikal.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menegaskan penunggang basikal wajib mematuhi semua peraturan jalan raya seperti pengguna kenderaan lain.
Netizen, termasuk cyclists sendiri, mengkritik aksi tersebut, mengibaratkan kumpulan itu sebagai "Mat Rempit kaya" yang susah ditegur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seperti yang kita tahu, hampir setiap hari ada sahaja kes kemalangan jalan raya yang berlaku di seluruh negara. Oleh disebabkan itu, penting untuk setiap pengguna mematuhi setiap undang-undang yang sudah dikuatkuasakan kerajaan.
Bagaimanapun, ada juga yang geng penunggang basikal yang merasakan diri mereka ‘entitled’ hingga enggan mematuhi peraturan sedia ada.
Geng Basikal Langgar Lampu Isyarat Merah
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita mempersoalkan sekumpulan penunggang basikal yang dilihat selamba memotong lampu isyarat berwarna merah di atas jalan raya.
Bukan sahaja tidak berhenti seperti kenderaan lain di sana, malah empat orang pemain basikal itu dilihat tidak memperlahankan kenderaan dua roda mereka dan meneruskan perjalanan secara berbahaya meskipun jelas tahu semua pengguna jalan raya perlu berhenti semasa lampu merah.
“Adakah mereka dikecualikan dari berhenti ketika lampu isyarat merah?” soal pengguna Threads.
Penunggang Basikal Wajib Patuhi Peraturan Jalan Raya Seperti Pengguna Kenderaan Lain – MKN
Perkongsian video itu kemudiannya menjadi perdebatan ramai, adakah hanya kenderaan empat roda dan motosikal sahaja yang perlu mematuhi undang-undang jalan raya?
Memetik Majlis Keselamatan Negara (MKN), penunggang basikal wajib mematuhi semua peraturan jalan raya seperti mana yang digunapakai oleh kenderaan lain.
Bukan itu sahaja, individu juga perlu menunggang basikal dalam satu barisan sekiranya berkumpulan.
Bagi mengurangkan risiko kemalangan, individu digalakkan menunggang basikal di laluan basikal yang telah disediakan.
Foto sekadar hiasan. Sumber: Pexels
Orang Ramai Termasuk Penunggang Basikal Kecam Aksi Langgar Lampu Isyarat
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai mengkritik kumpulan penunggang basikal itu termasuklah seorang cylist sendiri.
“Yang ni korang nak taruk (kecam), korang taruk la. Sebagai cyclist, saya pun tak gemar kalau perangai macam ni. Kang kena langgar habis penyek semua. Satu sen pun tak ada guna,” kata seorang penunggang basikal.
“Aku pun ride basikal juga tak ada macam diorang ni tak hormat undang-undang jalan raya. Latihan je pun, berhentilah kalau lampu merah. Tak ada drop kadar kelajuan tu. Lemah la diorang ni,” tambah seorang lagi penunggang basikal.
Ni Mat Rempit Kaya, Susah Ditegur – Netizen
Malah ada yang berkata segelintir penunggang basikal sukar ditegur sama seperti geng mat rempit.
“Ini sub spesies mat rempit. Mat rempit kaya. Sama seperti spesies utama dia, jenis yang tidak boleh ditegur, kepala batu, dia je yang betul. Nanti dia keluar undang-undang yang basikal juga dibenarkan berada di atas jalan raya.
“Memang betul. Tapi tak ada siapa cakap basikal terkecuali daripada undang-undang,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, ramai bersetuju bahawa aksi melanggar lampu isyarat merah ini hanya akan menyusahkan pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah.
A little bit of writing, a little bit of design, and lots of creative experiments. Turning everyday stories into content worth a second look. “Im just a girl~” 💻💗🎀