“Tiada Sebarang Pertukaran Nama” – Ini Respon KTMB Selepas Timbul Dakwaan Tukar Nama Stesen Abdullah Hukum

Sebelum ini, seorang lelaki mendakwa bahawa nama Stesen Abdullah Hukum KTMB telah ditukar kepada ‘Stesen KL Eco City’ menerusi pengumuman di dalam sebuah koc tren.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini (10 Julai) menafikan bahawa pihaknya akan menukar nama Stesen Abdullah Hukum kepada stesen ‘KL Eco City’.

“Untuk makluman, KTMB masih mengekalkan nama Stesen Abdullah Hukum. Tiada sebarang pertukaran nama stesen akan dilakukan. Harap maklum dan terima kasih, ” kata pengendali akaun rasmi KTMB secara ringkas di laman Threads.

Sumber: Threads

Lelaki Dakwa Nama Stesen Abdullah Hukum Ditukar Kepada KL Eco City, Bantah Stesen Guna Nama Barat

Pemakluman itu dilakukan selepas seorang lelaki dikenali sebagai Naim Harith menyuarakan pandangannya mengenai nama Stesen Abdullah Hukum yang didakwa sudah ditukar kepada Stesen ‘KL Eco City’.

Terdahulu, Naim menyifatkan pertukaran itu sebagai satu ‘pembersihan sejarah’ di kawasan Bangsar, Kuala Lumpur.

“Saya berfikir, tindakan menukar nama Stesen Abdullah Hukum ke KL Eco City adalah satu pembersihan sejarah di kawasan Bangsar.

“Beliau (Haji Abdullah Hukum), adalah tokoh peneroka terawal di Kuala Lumpur di mana nama beliau harus dikekalkan. Malah boleh je tambah cerita balik tabir di sebalik nama stesen ini. KTMB tidak perlu melayan mana-mana pihak pembangunan untuk ‘meng-english kan’ nama di kawasan kita,” katanya.

View on Threads

Menerusi ruangan balas, di mendakwa pertukaran nama kepada KL Eco City itu dilihat sendiri di dalam koc tren KTM.

Harap KTMB Lebih Fokuskan Sejarah Di Sebalik Tokoh Abdullah Hukum

Tambah Naim di ruangan balas, dia berharap agar orang ramai serta pihak KTMB lebih memfokuskan kepada penceritaan kisah di sebalik nama stesen sedia ada daripada menukarnya kepada nama barat.

“Saya mintak elok-elok kepada tuan-tuan dan pihak KTMB (supaya) lebih fokuskan kepada cerita tentang nama stesen itu kerana lebih menarik.

“Saya tidak menegaskan tentang bertapa tingginya bangsa atau jati diri. Peneroka VS kapitalis, yang mana cerita lagi sedap diketahui? Mestilah peneroka.

“Sebab dia buat kampung tu. Ada kehidupan. Itu sahaja. Tak ada mengena nak petik isu politik atau ahli dewan bandaraya,” katanya.

Namun penjelasan yang diberikan KTM susulan dari perkongsian itu nyata membuatkan ramai pihak menarik nafas lega dan berharap ia terus kekal selamanya.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Tolong Fikir Nasib Pengguna” – Ramai Penumpang Tak Setuju Susunan Jadual Baru KTMB

Abdullah Hukum Tokoh Yang Terlibat Dalam Pembangunan KL Satu Masa Dahulu

Untuk info, tokoh terkenal Abdullah Hukum, merupakan antara perintis yang terlibat dalam pembangunan Kuala Lumpur pada tahun 1880-an. Selain itu, beliau turut membuka kawasan Pudu-Bukit Bintang serta Sungai Putih yang kini dikenali sebagai Bangsar.

Memetik Berita Harian, beliau merupakan ketua masyarakat Kuala Lumpur yang dilantik oleh Sultan Selangor ke-4 Sultan Abdul Samad dengan diberi gelaran Tuk Dagang Dianjuk.

Abdullah Hukum meninggal dunia pada 1943 ketika berusia 108 tahun dan mempunyai 18 orang anak.

Selain stesen KTMB, antara lokasi lain yang turut menggunakan nama beliau termasuklah Masjid Jamek Abdullah Hukum dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Abdullah Hukum di Bangsar.

Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Dinobat Bandar Ke-8 Terbaik Di Dunia Untuk Golongan Ekspatriat

Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Jadi Destinasi Kedua Paling Popular Di Kalangan Pelancong Antarabangsa – Airbnb

Ramai Setuju Dengan Bantahan Tukar Nama Stesen Abdullah Hukum KTMB

Menjengah ke ruangan balas hantaran Naim, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangannya.

“Sedap kot nama Abdullah Hukum,” kata seorang lelaki.

Malah ada yang berkata nama stesen sedia ada sudah sedap disebut dan tidak perlu dimodenkan.

Di Barat Pun Banyak Papan Tanda Guna Bahasa Ibunda Sendiri – Netizen

“Sibuk nak guna Bahasa Inggeris. Konon nampak moden. Jalan-jalan di Europe, semua guna bahasa sendiri, nama tempat, nama jalan.

“Lantak la pelancong nak tergeliat lidah sebut pun, mana ada dimodenkan atau ditukar menjadi Bahasa Inggeris,” jelas seorang wanita.

“Sebaiknya kekalkan negara tercinta ni dengan estetika, sejarah dan budaya tersendiri. Tak patut ‘diinggeriskan’ nama-nama tempat yang ada cerita bagaimana ia dinamakan. Kesian Malaysia dek kejar kemodenan, hilang nilai jati diri,” tambah seorang pengguna Threads.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.