“Momen Bermakna Di Hari Istimewa” – Pengantin Anjur Majlis Kahwin & Kempen Derma Darah Serentak Raih Pujian
Seramai 34 orang tetamu turut serta dalam kempen derma darah sewaktu hadir ke majlis perkahwinan tersebut sekaligus melebihi sasaran pasangan pengantin.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seperti yang kita tahu, hari perkahwinan adalah momen indah bagi menyaksikan penyatuan dua pasangan yang bersatu hati untuk membina kehidupan bersama sehingga ke hari tua.
Namun untuk sesetengah orang, ia merupakan hari untuk memberi semula kepada komuniti setempat. Itulah yang dilakukan pasangan pengantin Morris Malcom Richard dan Pilomina Sivagar apabila mereka berbesar hati menyatukan hari persandingan dengan kempen derma darah, 2-in-1 orang kata.
Terdapat Kempen Derma Darah Dianjurkan Di Belakang Tabir Majlis Perkahwinan
Sama seperti perkahwinan lain, dewan majlis perkahwinan itu dihiasi dengan dekorasi meriah dan pelamin yang cantik selain lampu yang gah mewarnai suasana dewan.
Namun di bahagian belakang dewan yang dihias cantik itu, terdapat pemandangan yang jarang dilihat di kenduri kahwin, yang mana terdapat set-up kerusi serta meja untuk petugas kesihatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mengadakan kempen derma darah.
Difahamkan pasangan pengantin itu memang memilih untuk mendedikasikan hari istimewa itu untuk sesuatu yang lebih bermakna iaitu dengan menganjurkan kempen derma darah.

Mungkin Pasangan Pertama Yang Anjurkan Kempen Derma Darah Di Majlis Perkahwinan – Pengantin Lelaki
Perkara ini sememangnya unik memandangkan jarang atau pertama kali di Malaysia kita terdengar yang mana kempen derma darah dijalankan sekaligus bersama majlis perkahwinan.
“Saya agak gementar dan teruja kerana saya rasa perkara seperti ini belum pernah dilakukan sebelum ini. Namun saya gembira melihat sambutan yang diterima.
“Saya rasa jika 10 hingga 20 orang mendapat inspirasi untuk menderma darah selepas ini, majlis hari ini sudah boleh dianggap satu kejayaan,” kata Richard, dipetik FMT.
Meskipun sudah ditolak banyak kali oleh beberapa pihak pengurusan dewan majlis, mereka akhirnya berjaya menganjurkannya di RDA Damansara Hall di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 21 Jun yang lalu.
Pengantin Mahu Sumbangkan Kebaikan Kepada Masyarakat
Jelas pengantin perempuan, Pilomina, walaupun majlis perkahwinan masyarakat India sering dikaitkan dengan sambutan yang meriah dengan mengeluarkan perbelanjaan besar, mereka mahu hari bahagia itu membawa makna yang lebih mendalam.
“Kami terfikir, mengapa tidak gunakan peluang ini untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan membantu tujuan yang baik?” katanya.
Difahamkan peluang untuk menderma darah itu terbuka untuk semua 500 tetamu yang hadir.
Sebak Lihat Bapa Rakan Tak Cukup Darah Pencetus Idea Anjurkan Kempen Derma Darah
Richard dan isterinya yang merupakan penderma darah tetap berkata idea merealisasikan kempen derma darah itu merupakan impian mereka sejak awal perhubungan.
Melihat keadaan bapa kepada rakan yang berdepan kesukaran mendapatkan bekalan darah juga menjadi asbab serta inspirasi Richard untuk meneruskan hasratnya itu.
“Saya berharap lebih ramai orang terinspirasi untuk menderma darah. Ia adalah satu amalan yang sangat penting,” kata Pilomina.
Menurut perkongsian Official People of Malaysia di laman Instagram, seramai 34 orang dari tetamu yang hadir menyertai kempen derma darah tersebut sekaligus melebihi daripada sasaran kedua-dua pengantin berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: Kempen Derma Darah Bersama Warga Klang Berjaya Kumpul 621 Beg Darah
Baca Artikel Berkaitan: Pusat Darah Negara Seru Orang Ramai Derma Darah Di Bulan Puasa
A little bit of writing, a little bit of design, and lots of creative experiments. Turning everyday stories into content worth a second look. “Im just a girl~” 💻💗🎀