Now Reading
Lelaki Jual Nasi Lemak Udang RM3.50 Di Klang Buat Ramai Tak Sabar Nak Cuba, Netizen Doakan Jualan Laris

Lelaki Jual Nasi Lemak Udang RM3.50 Di Klang Buat Ramai Tak Sabar Nak Cuba, Netizen Doakan Jualan Laris

Menurut Nurin Nabila, bapanya menjual nasi lemak udang seekor pada harga RM3.50 di Meru Klang, kerana mahu makanan tersebut mampu dibeli oleh orang ramai memandangkan semakin sukar mendapatkan makanan berasaskan nasi pada harga RM5.00 ke bawah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Cakap tentang nasi lemak, tak dinafikan ia adalah antara hidangan makanan yang sering mendapat tempat di hati kebanyakan rakyat Malaysia termasuklah pelancong asing.

Malah aroma dan kaya dengan rasa yang seimbang makanan ini membuatkan ia sering dicari tanpa mengira waktu.

Peniaga jual nasi lemak udang RM3.50 raih perhatian

Baru-baru ini seorang peniaga nasi lemak telah menjadi perhatian ramai kerana menjual makanan itu bersama lauk udang pada harga RM3.50 .

Menerusi hantaran dikongsikan oleh anak perempuannya, Nurin Nabila di Threads, awalnya dia telah mengajak orang ramai untuk berkunjung ke kedai bapanya, Ruslin Miskun yang menjual nasi lemak udang seekor pada harga RM3.50 sahaja.

Malah dia meminta orang ramai untuk menguar-uarkan hantaran tersebut agar ramai yang boleh memberi sokongan di kedai Nasi Lemak Wak Lin yang terletak di Pangsapuri Meru Ehsan, Meru Klang, Selangor.

Kedai dibuka pada jam 5.30 petang, setiap Jumaat-Rabu

Kata Nurin, operasi kedai bapanya itu dibuka bermula hari Jumaat-Rabu dari pukul 5.30 petang sehingga makanan habis dijual serta akan berehat seketika pada waktu Maghrib.

Menerusi poster dikongsikan oleh Nurin, kedai Nasi Lemak Wak Lin itu juga akan ditutup pada setiap hari Khamis.

Ramai nak cuba dan sifatkan harga RM3.50 untuk portion ditunjukan terlalu murah

Hantaran itu kemudiannya menjadi tular dan membuatkan ramai yang tidak sabar mahu mencubanya.

Bukan hanya itu ada juga yang menyifatkan harga yang dijual juga murah dan ‘portion’ pula tidak sedikit selain mempunyai nutrisi yang lengkap.

Malah ramai yang mahu memberikan sokongan pada kedai nasi lemak berkenaan serta menyifatkan nasi lemak itu juga kelihatan sedap.

Melihat gambar yang dikongsikan oleh Nurin kelihatan nasi lemak dijual oleh bapanya yang berusia 57 tahun itu mengandungi nasi, kacang, timun, sambal, telur rebus separuh dan juga udang.

View on Threads

Jual nasi lemak untuk hilangkan rasa bosan lepas pencen

Menurut Nurin perniagaan nasi lemak itu baru sahaja dimulakan oleh bapanya pada 26 Jun yang lalu dan mengatakan perniagaan tersebut dibuat untuk menghilangkan rasa bosannya selepas berpencen.

“Sebelum ini abah bekerja di kilang Panasonic Shah Alam. Sekarang abah dah pencen, jadi abah mula berniaga. Abah berniaga ni pun atas sebab abah nak hilangkan bosan sahaja,” katanya kepada BuzzKini.

Jual nasi lemak udang RM3.50 kerana mahu semua orang mampu beli

Sewaktu disoal bagaimana tercetusnya idea untuk menjual nasi lemak udang RM3.50, kata Nurin bapanya mahu menjual makanan yang boleh dibeli oleh orang ramai.

“Tercetusnya idea (nak jual) RM3.50 sebab abah nak ramai orang boleh makan. Sekarang bukan senang nak dapat nasi harga bawah RM5.00 jadi abah buat ini atas sebab abah nak semua orang boleh makan.”

Ketika ditanya adakah terdapat lauk-pauk yang lain untuk nasi lemak tersebut, Nurin mengatakan bapanya hanya fokus pada nasi lemak udang sahaja.

Meskipun pada iklan menunjukkan nasi lemak udang seekor, tetapi pelanggan boleh meminta tambah sekiranya mahukan udang yang lebih. Namun harganya sudah pastilah berbeza.

Sambutan pelanggan juga semakin memberansangkan

Tambah Nurin lagi sambutan diterima daripada pelanggan di kedai nasi lemak itu juga semakin berkembang namun ada ketika jualan bapanya tidak habis dan menganggap ia adalah adat berniaga.

“Alhamdulillah semakin okay, cuma ada masa nasi lemak tak habis. Ada masa habis. Normal dalam adat meniaga, ada pasang surutnya,” kata Nurin lagi.

Berikut adalah komen netizen:

“Dekat mana, sambal macam sedap lepas tu murah”

“Telur separuh, ada kacang. Saya suka. Semoga dimewahkan rezeki pakcik seperti mewahkan portion nasi lemak yang pakcik hidangan untuk pelanggan.”

“Tadi ada tengok nasi lemak tambah telur sahaja RM5.50, pakcik jual ada udang ada telur RM3.50”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.