Now Reading
Tular Wanita Guna Kereta EV Untuk Hidupkan Kipas Ketika Blackout, Ini Cara Guna Ciri V2L Pada Proton e.MAS [Video]

Tular Wanita Guna Kereta EV Untuk Hidupkan Kipas Ketika Blackout, Ini Cara Guna Ciri V2L Pada Proton e.MAS [Video]

Menurut makeup artist (MUA) dikenali sebagai Atilia, dia sudah lama menunggu momen paling sesuai untuk menggunakan ciri Vehicle-to-Load (V2L) pada kereta Proton e.MAS 5 miliknya.

Ringkasan
  • Seorang MUA dikenali sebagai Atilia telah menggunakan fungsi  Vehicle-to-Load (V2L) pada kenderaan elektrik (EV) miliknya, Proton e.MAS 5 untuk menghidupkan kipas yang mati semasa bekalan elektrik terputus.
  • Kelihatan Atilia menyambungkan adapter AC pada port pengecas EV sebelum bertindak mencucuk kepala plug. 
  • Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian ramai yang mana segelintir netizen dilihat berminat untuk mendapatkan kereta EV. 

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, seorang make-up artist (MUA) dikenali sebagai Atilia berkongsi taktik bijaknya sewaktu sedang berdepan dengan gangguan bekalan elekrik terputus di rumah.

Kebiasaannya dalam situasi ini, mesti ramai di antara kita yang akan cuak dan tak tahu nak buat apa kan? Lagi-lagi kalau ada urusan penting.

Namun Atilia dengan tenang telah bertindak menyambungkan kepala plug pada port pengecas kenderaan elektrik (EV) model Proton e.MAS 5 warna pink miliknya.

Menurut Atilia, kejadian blackout itu berlaku ketika dia sedang melayan pelanggan yang datang walk-in ke rumahnya.

Wanita Dapatkan Bekalan Elektrik Guna Ciri V2L Pada Proton e.MAS 5 Untuk Hidupkan Kipas

Menerusi video perkongsian, kelihatan wanita tersebut mengeluarkan kepala plug melalui tingkap kemudian memasang adapter Vehicle-to-Load (V2L) pada port pengecas kereta di luar rumah sebelum mencucuk kepala plug berkenaan.

Dia kemudiannya mengaktifkan fungsi Camping Mode yang tertera pada skrin menu di dalam kereta. Selepas set-up dan menyambung semuanya, akhirnya kipas kembali berfungsi.

“Rasa nak show off dekat jiran sebelah yang rumah kita ada eletrik 😂,” katanya.

MUA Dah Lama Tunggu Momen Nak Guna Ciri V2L

Menurut Atilia, dia sudah lama mahu cuba menggunakan ciri istimewa V2L pada kenderaan elektrik miliknya.

“Inilah waktu yang ku tunggu-tunggu. Rumah tak ada electrik jadi aku boleh cuba ciri V2L pada kereta saya. Inilah kegunaan aku beli kereta elektrik,” katanya di ruangan kapsyen.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Proton Perkenal Jenama & Logo Kereta EV Pertama ‘Proton e.MAS’

Ini Cara Guna V2L Pada Proton e.MAS

Untuk info, ciri V2L adalah antara kelebihan yang boleh digunakan buat pemilik kenderaan EV termasuk Proton e.MAS.

Ia boleh dijadikan sebagai sumber kuasa mudah alih (portable power source) untuk menghidupkan perkakas elektrik tertentu dengan lebih mudah.

Caranya adalah:

  1. Buka penutup port pengecas (charging lid) dan sambungkan adapter V2L pada port pengecas AC e.MAS 5.
  2. Pastikan adapter dipasang dengan betul sebelum menggunakan fungsi V2L.
  3. Selepas adapter disambungkan, pergi ke skrin multimedia dan tekan Energy Center kemudian skrol ke bawah sehingga jumpa ‘Vehicle-to-Load atau V2L’.
  4. Kemudian tekan ‘Start Discharging’ dan tetapkan berapa banyak peratus atau kadar bateri yang mahu digunakan untuk V2L.
  5. Selepas mengaktifkan V2L, anda kini boleh menyambungkan perkakas elektrik yang sesuai sebagai contoh, lampu camping, kipas mini, pengecas komputer riba, dan peralatan lain untuk kegunaan luar rumah (outdoor).

Difahamkan adapter V2L memang tersedia secara percuma untuk pemilik Proton e.MAS 7 namun menurut Sales Advisor (SA) di Segambut Kuala Lumpur, pemilik Proton e.MAS 5 boleh mendapatkannya secara add-on.

@protonemasklsegambut

bebi toksey ko gi camping boleh ngecah phone, gi picnic boleh masak air? ado V2L buleh blako 🫣 #protonemas7 #ProtonEMAS5 #EVMalaysia #ProtonEV #phev

♬ original sound – diakerenbanget – diakerenbanget

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: IGEM 2023: Teknologi Kenderaan Elektrik Di Malaysia Semakin Berkembang Pesat

Baca Artikel Berkaitan: Perodua Lancar Kereta EV Pertama, QV-E Berharga RM80,000 Tak Termasuk Bateri

Baca Artikel Berkaitan: Roadtax Kenderaan EV 85% Lebih Murah Mulai 1 Januari 2026

Ramai Berminat Untuk Beli EV Selepas Lihat Kegunaan Fungsi V2L

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai kagum dengan fungsi V2L itu selain berminat untuk mendapatkan kereta EV.

“Okay jap nak utarakan semula dekat suami aku (nak beli kereta EV), kot-kot dia benarkan. Tapi hari tu dia cakap, bateri telefon pun asyik 1% lagi nak pakai EV. Kau rasa lepas tak 🤣,” kata seorang pengguna Threads.

Malah ramai juga berseloroh melihat Atilia menggunakan EV untuk menghidupkan kipas yang mati.

“Besar dan mahal lah pulak powebank dia,” jenaka seorang waniya.

‘Sekarang Nak Sangat Tunggu Blackout Sebab Nak Cuba Ciri V2L’ – Netizen

Sementara itu, ada juga individu yang berkongsi pengalaman sendiri selepas menggunakan ciri V2L pada kereta EV masing-masing.

“Suami saya buat macam ni sis. Dia tarik wayar extension sampai (tingkat) atas (rumah). Tak sampai seminit, rasa kipas angin dan elektrik ada balik. Dulu, tak nak blackout. Sekarang nak sangat merasa (bekalan elektrik terputus),” kongsi seorang wanita.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.