“Menyusahkan Pekerja Nak Kutip” – Wanita Dikritik Letak Troli Shopping Mall Di Stesen LRT [Video]
Menurut saksi kejadian dikenali sebagai Kenny, sikap mementingkan diri sendiri dengan meninggalkan troli pusat membeli-belah di stesen LRT tidak patut dinormalisasikan.
Seorang wanita dikritik selepas menolak troli milik sebuah pusat membeli-belah hingga ke Stesen LRT Pandah Indah di Ampang Jaya, kemudian meninggalkannya di kawasan menunggu kenderaan e-hailing.
Pengguna LRT dikenali sebagai Kenny menegur sikap mementingkan diri sendiri itu selain berkata meninggalkan troli di stesen LRT akan menyusahkan pekerja dan pengunjung pusat membeli-belah.
Jelas Kenny, barang yang dibawa oleh makcik itu tidaklah begitu banyak sehingga perlu menolak troli sehingga ke stesen LRT.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Kenny mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab seorang wanita yang menolak troli dari sebuah pusat membeli-belah ke Stesen LRT Pandan Indah di Ampang Jaya sebelum meninggalkannya di sana.
Difahamkan wanita tersebut tidak larat untuk mengangkat barangannya sepanjang berjalan ke LRT.
Barang Tak Banyak Untuk Sampai Bawa Troli Ke Stesen LRT – Saksi Kejadian
Namun menurut Kenny ketika dihubungi BuzzKini, barang wanita tersebut tidaklah begitu banyak hingga perlu menolak troli yang besar itu hingga ke sana.
“Saya tengok bag groceries tu tak banyak sangat barang. Biasa-biasa je,” katanya yang juga seorang pengguna LRT (Transit Aliran Ringan).
Foto: Troli yang ditinggalkan wanita berkenaan. Sumber: Threads
Troli Adalah Hak Milik Pusat Membeli-belah
Bagaimanapun, alasan tidak larat mengangkat barang tidak sepatutnya dijadikan ‘tiket’ untuk melakukan perbuatan itu memandangkan troli berkenaan adalah hak milik pusat membeli-belah dan tidak boleh dibawa keluar dari kawasan bangunan shopping mall tanpa kebenaran.
Lebih parah lagi apabila wanita terbabit hanya membiarkan sahaja troli di stesen itu tanpa memulangkannya semula di pusat membeli-belah.
Menerusi foto perkongsian, kelihatan troli itu diletakkan di atas jalan sekitar kawasan menunggu kenderaan e-hailing.
“Nampak orang dengan selamba tolak troli dari pusat beli-belah sampai la ke LRT. Kemudian, biarkan je benda tu kat situ. Ada satu bag je dalam tu (troli).🤦♂️
“Sejak bila troli shopping mall jadi troli peribadi? Kepada sesiapa yang rasa bawa troli luar mall dan letak dekat LRT adalah okay, korang tak bijak atau memudahkan,” tegurnya.
Tambahnya, perbuatan meletakkan troli merata tempat ini hanya akan menyulitkan urusan pekerja pusat membeli-belah yang ditugaskan untuk mengumpul troli berkenaan.
“Korang hanya menyusahkan pekerja (pusat beli-belah) untuk kutip ia semula. Troli ni bukan milik korang,” katanya di ruangan kapsyen.
Selfish, Orang Lain Pula Susah Bila Troli Tak Cukup – Pengguna LRT
Jelas Kenny lagi, sikap mementingkan diri sendiri ini tidak patut dinormalisasi. Hal ini kerana ia juga akan menyusahkan pengguna lain apabila kekurangan troli di pusat membeli-belah.
“Benda ni bukan pasal troli tu ‘hilang’ je, tapi mentaliti. Bila seorang buat, orang lain nampak dan ingat benda tu normal. Akhirnya staf mall yang kena keluar cari satu-satu trolley, dan orang lain pula susah bila troli tak cukup,” ujarnya.
Harap Ada Common Sense, Ramai Kritik Tindakan Biarkan Troli Di Stesen LRT
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa kecewa dan mengkritik individu yang meninggalkan troli di luar kawasan pusat membeli-belah.
“Waduh macam tak percaya wujudnya manusia tak ada common sense macam ni,” kata seorang individu.
“Amboi makcik senangnye hidup. Tu siapa pula nak pegi kutip balik trolley. Kalau macam ni baik makcik beli je trolley sendiri, boleh tolak dari rumah. Dah siap shopping terus sampai balik ke rumah,” sindir seorang warganet.
Malah ramai juga turut berkongsi kejadian sama yang berlaku di kawasan tempat tinggal mereka.
“Di Bandar Utama ramai macam ni makcik dan pakcik. Diorang yang duduk kawasan tu gigih tolak troli curi dari AEON bawa balik rumah semi D mereka,” kata seorang wanita.
Netizen Cadang Letak Penghadang Di Mall Untuk Elak Orang Bawa Keluar Troli
Sementara itu, segelintir individu mencadangkan agar semua pusat membeli-belah di negara ini meletakkan penghadang di pintu keluar pusat membeli-belah agar pengunjung tidak boleh membawa troli keluar dari kawasannya.
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹