Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kemudahan perkhidmatan dobi layan diri sememangnya banyak memudahkan orang ramai. Yelah dalam masa satu ke dua jam pakaian anda selesai dibasuh serta dikeringkan. Perkara ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa.
Kebiasaannya baju yang sudah kering akan dilipat apabila pulang di rumah atau pada meja yang disediakan memandangkan pasti ada pengguna lain yang sudah menanti giliran mereka untuk menggunakan mesin terbabit.
Wanita dikritik kerana lipat baju depan mesin pengering
Baru-baru ini tular satu video memaparkan tindakan seorang wanita yang santai melipat pakaian di hadapan mesin pengering sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video tular itu, kelihatan seorang wanita yang memakai baju coklat sedang berdiri di hadapan mesin pengering sambil mengeluarkan pakaian dipercayai miliknya.
Lipat satu per satu baju dan masuk dalam bakul
Namun apa yang menjadi perhatian, kelihatan wanita itu mengeluarkan pakaian serta melipatnya satu per satu di hadapan mesin pengering berkenaan sebelum memasukkan ke dalam bakul.
Dalam video itu turut kelihatan dua bakul berada di belakang wanita terbabit. Menerusi kapsyen dikongsikan Budak Dobi di Facebook bakul itu dipercayai milik pengguna lain yang sedang menanti giliran mereka untuk menggunakan mesin berkenaan.
“Kak, baju tu orang dah letak belakang tu tunggu giliran lama dah. Lama tunggu. Apa salahnya awak angkat dulu semua baju yang dah kering tu masuk dalam bakul. Lepas tu lipat dekat rumah,” tulisnya.
Ramai sifatkan wanita tak sepatutnya lipat baju di hadapan mesin pengering
Perkongsian tersebut mencetuskan perdebatan di media sosial. Melihat di ruangan komen ramai yang mengkritik tindakan tersebut kerana ia bukan satu perkara yang sepatutnya dilakukan.
Malah ada yang berpendapat wanita terbabit sepatutnya melipat pakaian berkenaan di rumah. Ini kerana pengguna lain juga mempunyai komitmen lain daripada menunggunya.
Namun ada juga pengguna yang bersangka baik dengan mengatakan mungkin tidak ada pelanggan lain yang mahu menggunakan mesin tersebut.
Bahkan ada juga yang tertanya motif pemilik video merakam perbuatan tersebut berbanding bersemuka dan menegurnya secara berhadapan.
“Cara yang tak betul, lain kali kalau ya pun nak lipat dekat rumah. Orang lain pun nak cepat ada hal lain.”
“Cubalah bersangka baik. Mungkin orang tu buat macam tu sebab belum ada orang seterusnya nak guna mesin tu.”
“Orang macam ni kalau tegur dia akan marah kita balik. Acah-acah dia tersakiti.”
Afifa Syahirah
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.