Lelaki Kaitkan Piala Dunia FIFA 2026 Dengan Iluminati & Freemason Undang Perhatian [Video]
Dakwa lelaki berkenaan, pihak FIFA telah pun memberi ‘petunjuk’ tentang pasukan yang akan memenangi perlawanan selain berkata semua ini berkait dengan iluminati walaupun hakikatnya Portugal telah tewas semalam (7 Julai).
Seorang pengguna TikTok mendakwa Piala Dunia FIFA 2026 adalah agenda iluminati, selain sudah menentukan pasukan mana yang akan memenangi keseluruhan perlawanan.
Dia mendakwa Portugal akan menang dan FIFA sudah merancang untuk mengangkat nama Cristiano Ronaldo, seolah-olah berharap orang ramai menyembah beliau seperti Tuhan.
Netizen kecam dakwaan tidak berasas tentang Piala Dunia FIFA 2026, selain menyindirnya selepas pasukan Portugal tewas 0-1 dengan Sepanyol.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu video di laman TikTok apabila seorang lelaki dengan nama pengguna (username) Saad Abi Waqas mendakwa bahawa Piala Dunia FIFA 2026 merupakan agenda iluminati selain mempersoalkan orang ramai yang masih menonton perlawanan bola sepak itu.
Dakwanya, pihak FIFA telah pun memberi ‘petunjuk’ tentang pasukan yang akan menjuarai kejohanan berprestij itu.
“Mereka (FIFA) setiap empat tahun sudah bagi tahu dan bagi hint dah siapa yang menang, siapa yang kalah, tapi kenapa kita masih lagi nak bertaruh? Masih lagi nak buangkan masa bangun tengah-tengah pagi.
“Sekurang-kurangnya tengah-tengah malam, sepertiga malam tu buat (solat) tahajud takpelah. Ini menghabiskan masa benda yang telah dirancang (World Cup),” dakwanya.
Lelaki Dakwa Piala Dunia Sudah Beri Hint ‘Portugal Menang’
Namun yang peliknya, dia meramalkan kemenangan akan berpihak kepada pasukan Portugal.
Bagaimanapun seperti peminat-peminat bola sudah tahu, Portugal telah tersingkir selepas tewas 0-1 kepada Sepanyol pada pusingan kalah mati semalam (7 Julai).
FIFA Akan Angkat Cristiano Ronaldo Ni Macam Tuhan – Lelaki
Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut mendakwa bahawa Piala Dunia sudah merancang untuk ‘mengangkat nama’ bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dan mengagungkannya seolah-olah beliau merupakan Tuhan.
“Tahun ni Portugal yang menang. Sebab tu mereka dah bagi tahu dah agenda mereka bulan April, Mei dan Jun. Mereka dah buat agenda, mereka buat (posting) tentang Cristiano Ronaldo supaya menjadi bahan bualan.
“Bagaimana prestasinya. Mereka akan angkat Cristiano Ronaldo ni macam Tuhan, tahu tak? Ini fandom yang realitinya (sebenarnya) freemason, iluminati buat. Mereka mengangkat manusia ni sebagai Tuhan,” dakwanya.
World Cup Adalah Perancangan Penyembah Iblis – Lelaki
Tidak terhenti di situ, dia juga mendakwa bahawa agenda untuk mengangkat nama Ronaldo ini dilakukan supaya penganut agama Islam melupakan Nabi Muhammad SAW dan juga agama.
“Mereka menjadikan idola-idola ni (bualan) supaya kita ni tinggalkan Nabi Muhammad SAW dan agama. Sebab tu sukan-sukan ni adalah satu pertandingan yang dibuat semasa zaman Rom. Rom, Majusi sebab tu ada api (di perlawanan Piala Dunia). Api ni penyembahan Majusi.
“Kalau korang tak percaya, World Cup tahun ni Portugal yang menang. Kita tengok, betul ke tak betul. Benda ni adalah satu perancangan yang dibuat oleh penyembah-penyembah iblis,” dakwanya di akhir perkongsian.
Difahamkan kenyataan ini dikeluarkan sebelum perlawanan Portugal dan Sepanyol.
Rata-rata orang ramai mengkritik lelaki itu selain berkata tomahan terhadap Piala Dunia FIFA 2026 adalah tidak berasas.
“Bayangkan pemain dan berlatih bersungguh-sungguh tapi kena firnah FIFA dah tetapkan (pemenang),” kata seorang warganet.
Tunggang World Cup Ke? – Netizen
Malah ada yang berkata konspirasi sebegitu akan menjatuhkan imej agama Islam.
“Tunggang Word Cup ke? Adoi la. Ye faham sayang agama tapi jangan la buat video macam ni sebab nanti berbalik pada agama kita. Entah la tak faham aku,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, ramai juga menyindirnya selepas Portugal diumumkan secara rasmi tersingkir dari Piala Dunia tahun ini.
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹