Kejujuran Lelaki Pulangkan RM15,000 Duit Selepas Terima Duit Gaji Berlebihan ‘Selamatkan’ Pekerja Bank
Menyedari wang diterima bukan miliknya, Ryan Yong kemudiannya berkunjung ke bank pada keesokan hari untuk memulangkan semula lebihan duit yang diterima itu.
Ryan Yong honestly returned RM15,698 to AmBank in 2004 after receiving more than his expected salary of around RM1,700.
A female bank officer accidentally added an extra zero during the salary transfer, and returning the money saved her career and future.
Ryan received a letter of appreciation from the bank, which he kept for 22 years as a reminder of integrity and honesty.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan kesilapan seperti menerima wang secara tiba-tiba dalam akaun bank merupakan perkara yang sering berlaku. Namun tidak semua mempunyai sikap yang jujur untuk memulangkan semula atau mencari siapakah pemiliknya.
Lelaki kongsi selamatkan kerjaya pegawai bank pada tahun 2004
Baru-baru ini tular satu hantaran dikongsikan oleh seorang lelaki yang berdepan dengan perkara sama, namun tindakan jujurnya memulangkan lebihan wang diterima daripada bank telah menyelamatkan kerjaya seorang wanita.
Menerusi hantaran Ryan Yong di Facebook, insiden tersebut berlaku pada tahun 2004 sewaktu dia bekerja di sebuah taman tema, Cosmo’s World Theme Park di Kuala Lumpur.
Katanya sewaktu hari menerima gaji, dia telah berkunjung ke mesin pengeluaran wang (ATM) untuk mengeluarkan duit gajinya.
Dapat gaji lebih daripada sepatutnya daripada bank, Ryan pulangkan semula duit kepada bank
Namun sewaktu melihat baki duit, dia terkejut kerana menerima gaji lebih daripada sepatutnya.
“Saya mendapati terdapat ekstra kosong (digit 0) pada gaji saya. Daripada dapat sekitar RM1,700, saya dapati lebih daripada RM17,000 telah dikreditkan pada akaun saya.
“Saya periksa lagi dan lagi. Saya kemudian memberitahu diri sendiri ‘ini bukan duit saya.’
“Keesokan harinya saya terus berkunjung ke bank (AmBank) untuk memulangkan lebihan duit itu,” ujarnya dalam hantaran itu.
Pegawai bank ucap terima kasih dan menangis
Dia kemudian menyangka kisah duit itu berakhir disitu. Namun pada pagi hari seterusnya, Ryan telah menerima satu panggilan daripada seorang wanita yang merupakan pekerja bank.
Wanita itu sedang menangis dan tidak berhenti mengucapkan terima kasih kepadanya.
Tak sengaja tertambah 0 ketika pindahkan gaji ke akaun Ryan
“Saya kemudian mengetahui, wanita itu secara tidak sengaja telah menambah ekstra kosong (digit) sewaktu membuat pemindahan duit gaji.
“Jika saya tidak memulangkan semula duit itu, dia mungkin perlu bertanggungjawab terhadap kerugian. Waktu zaman itu, pegawai bank menerima gaji sekitar RM1,500-2,000 sebulah.
“Jumlah yang saya pulangkan mungkin menyamai gaji untuk setahun. Namun apa yang saya sedari, saya tidak hanya memulangkan RM15,698. Saya juga dah pulangkan ketenangan dan masa depan seseorang.
“Malah mungkin kerjaya seseorang.”
Dapat surat penghargaan daripada bank kerana jujur pulangkan duit
Susulan daripada kejujuran itu, Ryan kemudiannya menerima surat penghargaan daripada bank berkenaan dan dia telah menyimpannya selama 22 tahun.
Kata lelaki itu, bukan kerana ia berharga, tetapi surat penghargaan tersebut membuatkannya teringat sesuatu insiden yang tidak akan dilupakan.
“Integriti melakukan sesuatu perkara yang betul, walaupun tiada yang memerhati. Kadang kala kejujuran tidak datang dengan penghargaan yang cepat tetapi ketenangan yang tidak ternilai,” jelasnya lagi.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.