Now Reading
Baca ‘Talkin’ Buat Pengundi PRN Johor, Tindakan Shamsul Iskandar Undang Kritikan [Video]

Baca ‘Talkin’ Buat Pengundi PRN Johor, Tindakan Shamsul Iskandar Undang Kritikan [Video]

ADUN Lembah Jaya, Altimet yang juga rakan separti turut meminta Shamsul Iskandar untuk memadam video talkin tersebut serta menyifatkan ia tindakan tidak wajar.

Ringkasan
  • Shamsul Iskandar memuat naik video membacakan talkin kepada pengundi Johor, menyeru mereka untuk tetap mengundi Pakatan Harapan.
  • Penyanyi rap dan ADUN Lembah Jaya, Altimet, mengkritik tindakan tersebut sebagai tidak wajar dan meminta video dipadam segera.
  • Ramai netizen bersetuju bahawa talkin, yang berkaitan dengan pengebumian jenazah, tidak sepatutnya dijadikan bahan kempen politik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui ketika ini banyak parti-parti politik sedang sibuk berkempen di Johor untuk meraih undi daripada rakyat bagi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiap parti tampil dengan cara tersendiri termasuk menguar-uarkan manifesto serta menyeru rakyat untuk mengundi calon daripada parti mereka.

Shamsul Iskandar buat gimik baca ‘talkin’ kepada pengundi di Johor

Namun bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin mencuri perhatian dan dikritik orang ramai selepas memuat naik video membacakan ‘talkin’ kepada pengundi Johor.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, Shamsul meminta pengundi-pengundi di Johor untuk memaklumkan kepada parti lain bahawa mereka akan mengundi Harapan (Pakatan Harapan).

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wahai pengundi-pengundi Johor akan datang kepada kamu Barisan Nasional, Perikatan Nasional, dan parti-parti bersama yang lain. Janganlah kamu merasa gerun dan gentar, kerana mereka adalah makhluk Allah jua.

“Apabila diberi RM100 mintalah RM500. Apabila diberi kopi dan teh mintalah milo, susu dan beras untuk keperluan selama sebulan.

“Namun apabila diminta untuk mengundi mereka jawablah dengan lidah yang fasih dan terang kami tetap akan undi Harapan (Pakatan Harapan),” katanya dalam video berkenaan.

Altimet sifatkan ia tindakan tak wajar dan minta video dipadam

Video itu kemudiannya mendapat perhatian ramai termasuklah bekas penyanyi rap yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Altimet yang menegur tindakan tersebut sebagai perbuatan tidak wajar.

Bahkan Altimet atau nama penuhnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman turut meminta agar video tersebut dipadam.

“This ain’t it, fam (Ini bukan yang sepatutnya). Jangan main-mainkan hal macam ni. Mohon padam,” kata Altimet.

Malah ada yang bersetuju bahawa perkara melibat agama seperti itu tidak sepatutnya dijadikan sebagai bahan mainan atau promosi kempen politik.

Sebagai info, talkin kebiasaannya dibacakan sebagai peringatan sewaktu urusan pengebumian jenazah.

View on Threads

“Kadang-kadang bangsa kita sendiri yang buka jalan untuk bangsa lain persendakan agama kita sendiri. Contoh macam video di atas ni”

“Hm tak tahu nak kata apa”

“Talkin pun buat troll ya, Bangsa Johor akan talkin telinga kau nanti, tunggu”

“Ouh please aku pun penyokong harapan. Tapi posting macam ni menjijikan, berpolitiklah elok-elok secara matang bro. Jangan permain agama”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.