“Acara Bermakna Dengan Kawan Baru” – Wanita Dipuji Pimpin Peserta Fun Run Buta Sepanjang Larian 5KM [Video]
Meskipun wanita dikenali sebagai Yuen Qi itu berasa gementar pada awalnya, namun dia berbesar hati apabila dapat berkenalan dengan lelaki OKU buta itu.
Seorang wanita dikenali sebagai Yuen Qi telah memimpin seorang peserta buta sepanjang larian 5KM L'Occitane Race For Vision 2026.
Acara larian amal L'Occitane Race For Vision yang turut disertai oleh ramai golongan buta itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan penjagaan mata.
Netizen puji Yuen Qi atas kebaikannya menyokong komuniti buta dengan menjadi sukarelawan dalam acara larian tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Yuen Qi berkongsi pengalaman manisnya semasa memasuki acara larian amal L’Occitane Race For Vision 2026.
Kebiasaannya, peserta yang menyertai acara sebegini pasti menyasarkan tempat teratas dan berusaha sehabis boleh untuk sampai ke penghujung larian secepat mungkin.
Berbesar Hati Dapat Pimpin Lelaki Buta Sepanjang Larian
Namun kali ini, Yuen Qi mendapat ‘hadiah’ yang lebih bermakna daripada sekadar kedudukan di garisan penamat iaitu dengan memimpin peserta buta sepanjang larian lima kilometer (KM) itu.
Menerusi video dikongsi, kelihatan lelaki yang mengalami masalah penglihatan itu sedang memegang bahu Yuen Qi bagi membolehkannya memimpin peserta berkenaan dengan selamat sepanjang larian.
Mungkin Larian 5KM Paling Lama, Tapi Berbaloi – Peserta Wanita
Jelas Yuen Qi, ini merupakan larian 5KM paling lama yang pernah disertainya. Namun begitu, dia merasakan ia sangat berbaloi kerana bukan sahaja dapat membuat kenalan baharu, malah membantu Orang Kurang Upaya (OKU) itu berlari.
“Ini mungkin larian 5KM paling lama yang pernah saya habiskan, tetapi akhirnya saya sedar acara ini bukanlah tentang kepantasan (pace).
“Pada mulanya saya agak gementar, tetapi akhirnya kami bersembang sepanjang perjalanan. Memang santai je. Hati saya betul-betul dipenuhi rasa syukur dan gembira,” katanya di ruangan kapsyen.
Larian L’Occitane Race For Vision Tingkatkan Kesedaran Orang Ramai Tentang Penjagaan & Kesihatan Mata
Untuk info, larian L’Occitane Race For Vision bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kesihatan dan pemeriksaan mata selain mengumpul dana bagi perkhidmatan penjagaan mata.
Larian itu turut disertai ramai komuniti buta seluruh Malaysia termasuklah golongan kanak-kanak dan warga emas.
Dalam video yang dikongsikan oleh L’Occitane di laman Facebook, terdapat beberapa individu yang membantu memimpin orang buta sepanjang larian selain Yuen Qi.
Ramai Puji Sifat Budi Pekerti Peserta Wanita Kerana Santuni Golongan Buta
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji Yuen Qi kerana sudi membantu lelaki bantu itu sehingga ke garisan penamat meskipun perlu berlari secara perlahan-lahan.
“Tabik pada awak. Semoga kebaikan awak sentiasa berbalik kepada diri sendiri,” kata seorang wanita.
“Kisah ni sangat menyentuh hati. Sememangnya acara yang bermakna!” tambah seorang pengguna Threads.
Malah acara larian ini turut menjadi inspirasi kepada sesetengah netizen untuk sama-sama turut serta pada masa akan datang.
Tolong Jadikan Larian Dengan OKU Penglihatan Ni Acara Tahunan – Netizen
Sementara itu, ramai juga berharap agar acara yang mengangkat martabat golongan OKU ini diteruskan pada tahun-tahun seterusnya.
“Saya tak begitu gemar sangat maraton tapi pihak pengurusan larian ni sangat bertimbang rasa. Saya harap mereka teruskan buat aktiviti ni sebagai acara tahunan. Saya sangat menyokong (acara) yang membantu orang susah. Terima kasih sebab jadi sukarelawan (Yuen Qi),” ujar seorang lelaki.
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹