Now Reading
Sah Ke Wuduk Seseorang Jika Ada Kotoran Pada Kuku? Ini Jawapannya [Video]

Sah Ke Wuduk Seseorang Jika Ada Kotoran Pada Kuku? Ini Jawapannya [Video]

Menurut laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ulama mempunyai pelbagai pandangan yang berbeza berhubung kotoran yang berada pada kuku.

Ringkasan
  • Kotoran luar seperti tanah atau tepung pada kuku wajib dihilangkan terlebih dahulu sebelum wuduk atau mandi wajib.
  • Menurut Ustaz Azhar Idrus, wuduk tidak sah jika kotoran pada kuku terlalu banyak sehingga menghalang air.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui mengambil wuduk merupakan antara perkara wajib yang perlu dilakukan sebelum melakukan sesuatu ibadah seperti solat.

Kadangkala bila tengah atau selesai mengambil wuduk, baru perasan ada kotoran pada anggota badan khususnya kuku.

Persoalannya, adakah sah wuduk seseorang itu jika terdapat kotoran pada bahagian kuku?

Islam Agama Yang Pentingkan Kebersihan

Menurut laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Islam merupakan agama yang amat mementingkan kebersihan.

Ia berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat ke 222 iaitu:

إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

“Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Surah al-Baqarah: 222).

“Antara buktinya Allah SWT mensyariatkan ibadah bersuci seperti wuduk dan mandi wajib bagi mereka yang berhadas kecil dan besar bagi membolehkan dia melaksanakan sebahagian ibadah seperti solat dan membaca al-Quran,” jelas mereka.

Perlu Hilangkan Kotoran Pada Kuku Sebelum Berwuduk

Terang laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ulama mempunyai pelbagai pandangan yang berbeza berhubung kotoran yang berada pada kuku.

“Pandangan pertama: Jika sekiranya kotoran di bawah kuku tersebut terjadi daripada suhu atau tindakbalas semulajadi badan, maka ia tidak menjejaskan sah mandi (wajib) dan wuduk tersebut.

“Namun jika sekiranya kotoran itu daripada kotoran luar seperti tanah, tepung dan sebagainya, maka wajib untuk menghilangkannya terlebih dahulu supaya sampai air ke bawahnya

Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin dan para ulama’ yang sependapat dengan beliau, berpandangan bahawa tidak wajib untuk menghilangkan kotoran di bawah kuku tersebut,” kongsinya.

Walau bagaimanapun, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat adalah lebih baik seseorang itu menghilangkan kotoran pada kuku terlebih dahulu sebelum mengambil wuduk atau mandi wajib.

Ia sebagai langkah berjaga-jaga kerana kotoran tersebut dikhuatiri boleh menghalang kulit daripada terkena air.

Wuduk Tak Sah Jika Banyak Kotoran Pada Kuku Sehingga Menghalang Air – UAI

Perkara sama turut dijelaskan oleh pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu video di YouTube.

Terang beliau, jika kotoran yang terdapat pada kuku itu adalah sedikit, maka wuduk seseorang adalah sah.

Namun, wuduk seseorang itu tidak sah jika terlalu banyak kotoran pada kuku sehingga menghalang air daripada bahagian kuku.

“Sah jika kotoran itu sedikit. Kalau jelas kotoran itu banyak sehingga menyebabkan air tak sampai pada bawah kuku, tidak sah.

“Itu fiqah Mazhab Syafie. Hitam-hitam sedikit pada hujung kuku, dimaafkan,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan: Sah Ke Wuduk Jika Air Mutlak Bercampur Air Musta’mal? Ini Penjelasannya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Sah Ke Berwuduk Guna Gayung? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.