Now Reading
Rider Selamba Lalu Tol Lorong SmartTag & RFID Sehingga Menyebabkan Kenderaan Tersekat Di Palang Lepas Bayaran Ditolak [Video]

Rider Selamba Lalu Tol Lorong SmartTag & RFID Sehingga Menyebabkan Kenderaan Tersekat Di Palang Lepas Bayaran Ditolak [Video]

Ekoran tindakan rider tersebut, pemilik dashcam dipercayai terpaksa membuat pembayaran sebanyak dua kali untuk melepasi tol berkenaan.

Ringkasan
  • Seorang penunggang motosikal melalui lorong Smart Tag dan RFID di Tol Batu, Lebuhraya DUKE telah menyebabkan sebuah kenderaan tersekat di palang selepas membuat bayaran.
  • Pemandu tersebut turut dipercayai terpaksa membuat bayaran sebanyak dua kali di tol berkenaan ekoran tindakan rider terbabit

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui apabila melalui tol terdapat laluan berbeza untuk motosikal dan kenderaan seperti kereta, lori dan sebagainya. Namun acapkali berlaku apabila terdapat segelintir penunggang yang menggunakan lorong tol kenderaan untuk melalui tol sehingga menyusahkan pemandu.

Pemandu kenderaan tersekat di lorong SmartTag & RFID gara-gara rider mencelah

Baru-baru ini, seorang pemandu kenderaan turut berdepan perkara sama apabila tersekat di sebuah tol ekoran tindakan seorang rider yang melalui lorong SmartTag dan RFID.

Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh Fakhri Arman di Threads, pada mula kelihatan kenderaannya sedang beratur untuk memasuki lorong SmartTag dan RFID untuk membuat pembayaran secara automatik.

Bayaran dah ditolak tapi palang ditutup selepas motosikal keluar dari lorong tersebut

Sebaik tiba gilirannya membuat pembayaran, kelihatan sensor sudah menolak bayaran dan palang dibuka.

Namun secara tiba-tiba datang seorang penunggang motosikal dari arah kiri melalui lorong tersebut dan mendahului kenderaan pemilik dashcam untuk keluar dari palang berkenaan.

Cuba pecut tapi tak sempat, kenderaan pemandu tersekat

Menyedari perkara itu, kelihatan pemilik dashcam cuba untuk memecut agar dia dapat melepasi palang berkenaan.

Akan tetapi palang itu segera ditutup sebaik mengesan terdapat kenderaan (motosikal) tersebut sudah melepasinya.

Situasi itu telah menyebabkan pemilik dashcam tersekat dan tidak dapat keluar meskipun sudah membuat pembayaran.

Minta orang ramai carikan rider terbabit

Ekoran daripada tindakan rider tersebut, Fakhri meminta orang ramai untuk mencari penunggang motosikal tersebut. Pun begitu, Fakhri juga percaya menerusi jenis motosikal serta gaya pemakaiannnya rider terbabit mampu untuk membayar tol berkenaan.

“Kepada rider yang dikasihi. Saya ni baru balik umrah, saya rasa doa saya ni agak mudah lah diterima lagi-lagi combo dianiaya begini. Awak nak saya doakan apa ni?

“Ada rakan-rakan boleh cari kan ke? Dari gaya motor dan pemakaian tu macam mampu. Tapi masuk tol kereta siap terus gerak. Agak miskin perangainya ya. Jom doakan beliau,” kata Fakhri.

Dipercayai terpaksa buat bayaran dua kali gara-gara tindakan tak bertanggungjawab rider terbabit

Dalam satu lagi foto dikongsikan, dipercayai insiden itu berlaku jam 9.40 malam di Tol Batu di Lebuhraya Duke dan jumlah bayaran adalah RM2.50 pada 5 Julai lalu.

Disebabkan insiden itu juga, Fakhri dipercayai terpaksa membayar sebanyak dua kali iaitu pada jam 9.43 malam.

Ramai kritik dan persoal kenapa rider tak lalu lorong motosikal walhal ia percuma

Melihat di ruangan balas, ramai yang mengkritik tidakan penunggang motosikal berkenaan kerana telah menyusahkan pemandu.

Bahkan ada yang meminta Fakhri untuk membuat laporan di aplikasi MyJPJ agar penunggang itu didenda.

Tidak kurang ada yang mempersoal tindakan segelintir penunggang motosikal yang menggunakan laluan kenderaan walhal mereka mempunyai lorong khas dan ia adalah percuma.

Ada juga yang meminta pemandu lain untuk berhati-hati dan menghimpit atau membiarkan motosikal berlalu pergi serta jangan membuat bayaran terlebih dahulu sekiranya melihat mereka mula memasuki lorong kenderaan.

“Memang rider tu lepas. Rasa macam seronok dah lepas. Tapi ingat, dia tak tahu yang dia menanggung hutang. Dia berhutang kepada pemandu tu sebanyak nilai yang telah dibayar oleh pemandu.”

“Senang je ni. Buka MyJPJ, hantar laporan. Insha-Allah RM300 dia kena bayar nanti”

“Aku rasa dah boleh kot kerajaan letak kan tol dekat motor sebab ramai yang teringin bayar pakai motor ni. Dah bagi percuma pun tak nak bersyukur menyemak juga dekat laluan kereta.”

“Boleh buat report polis ni,”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.