Now Reading
Ramai Suka Lihat Persahabatan 2 Lelaki OKU Saling Bantu-membantu, Siap Berseloroh Antara Satu Sama Lain [Video]

Ramai Suka Lihat Persahabatan 2 Lelaki OKU Saling Bantu-membantu, Siap Berseloroh Antara Satu Sama Lain [Video]

Menerusi video dikongsikan, kelihatan Azzwar yang juga OKU sanggup menurunkan kerusi rodanya bagi membantu mengangkat kerusi roda Firdaus untuk diletakkan di bahagian bonet belakang kereta.

Ringkasan
  • Dua lelaki OKU berkerusi roda, Firdaus Ibrahim dan Muhammad Azzwar Hassan Asari, menjadi perhatian ramai kerana saling bantu-membantu.
  • Azzwar sanggup keluar dari kereta dan menggunakan kerusi rodanya sendiri untuk membantu mengangkat kerusi roda Firdaus.
  • Ramai kagum dengan persahabatan mereka dan terhibur dengan gurauan Firdaus tentang siapa antara mereka yang lebih cacat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan individu Orang Kurang Upaya (OKU) sering menjadi inspirasi kepada orang ramai. Ini kerana, mereka sentiasa dilihat berdikari dan menjalani kehidupan sama seperti individu lain.

2 lelaki OKU jadi perhatian saling bantu-membantu antara satu sama lain

Baru-baru ini dua orang lelaki OKU yang berkerusi roda telah menjadi perhatian ramai apabila mereka dilihat saling berseloroh dan saling bantu-membantu.

Menerusi video dikongsikan oleh Muhamad Firdaus Ibrahim di Instagram, kelihatan dia dijemput oleh rakannya yang juga OKU, Muhammad Azzwar Hassan Asari dipercayai untuk menuju ke suatu tempat.

Namun apa yang menjadi perhatian, sewaktu Firdaus membuka pintu kereta kedengaran dia bertanya kepada Azzwar sama ada dia mahu membantu untuk mengangkat kerusi roda yang dinaiki atau membenarkannya mengangkat sendiri kerusi roda masuk ke dalam kereta.

Azzwar lalu mengatakan dia boleh mengangkat kerusi tersebut.

“Kau boleh angkat? Kau sanggup turun (dari kereta)? Aku boleh je kalau nak angkat sendiri,” ujarnya.

Kawan sanggup keluarkan kerusi roda sendiri untuk angkatkan kerusi roda Firdaus

Namun Azzwar mengatakan dia boleh mengangkat kerusi roda Firdaus. Tidak lama selepas itu, kelihatan Azzwar mengeluarkan kerusi roda miliknya di bahagian tempat duduk belakang sebelum keluar dari kereta.

Dia kemudian menaiki kerusi roda tersebut dan menolak kerusi roda ke arah Firdaus yang berada di tempat duduk penumpang di sebelah kiri.

Sempat bergurau-gurau dengan kawan yang tolong angkat wheelchair

“Member (kawan) pun OKU, ada kerusi roda juga dekat belakang. Tapi nak tolong angkat, aduh. Bolehlah mana-mana pun.

“Kita tengok siapa cacat paling teruk, biasa macam tulah. Dia tengok siapa cacat lebih sikit,” seloroh Firdaus.

Kelihatan Firdaus kemudian masuk ke dalam kereta dan meninggalkan kerusi rodanya di luar. Tidak lama selepas itu, Azzwar datang dan mengambil kerusi roda terbabit lalu meletakkan di bahagian bonet belakang.

Firdaus turut menunjukkan bagaimana Azzwar yang memandu kereta tersebut memasukkan kerusi roda iaitu kerusi direbahkan untuk memudahkan proses kerusi itu diangkat dan diletak di tempat duduk belakang.

Ramai puji persahabatan dan terhibur dengan gurauan mereka

Melihat di ruangan balas, ramai yang memuji persahabatan dua lelaki tersebut kerana mereka dilihat saling tolong-menolong antara satu sama lain meskipun kedua-duanya mempunyai kesukaran sendiri.

Malah ada yang kagum dengan kekuatan Azzwar yang boleh mengangkat kerusi roda tersebut.

Tidak kurang juga ada yang terhibur mendengar gurauan Firdaus pada Azzwar dalam video berkenaan.

Menerusi semakan kami, Firdaus merupakan salah seorang atlet paralimpik bagi sukan bola keranjang.

“Sahabat sejati, semoga selamanya bahagia”

“Bang kau buat lawak ke bang? Sorry tergelak”

“Aduhai bang. Siapa paling teruk ya. Semoga dipermudahkan urusan seharian anda berdua. Dimurahkan dan dipanjangkan rezeki.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.