Now Reading
Lelaki Sound Geng Hikers Selamba Buang Sampah Merata Tempat Di Gunung Berembun, N9 [Video]

Lelaki Sound Geng Hikers Selamba Buang Sampah Merata Tempat Di Gunung Berembun, N9 [Video]

Sampah sarap yang dikutip oleh pendaki dikenali sebagai Benjamin Low di Gunung Berembun itu termasuklah botol minuman dan bungkusan makanan.

Ringkasan
  • Lelaki dikenali sebagai Benjamin Low telah mengutip 2KG sampah yang dibiarkan bertaburan di Gunung Berembun, Negeri Sembilan, termasuklah botol minuman dan bungkusan sisa makanan.
  • Benjamin menegur pendaki agar lebih bersivik dan membawa pulang sampah masing-masing semasa mendaki. 
  • Buang sampah di Hutan Simpan Kekal adalah kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984, dan boleh didenda RM50,000 atau dipenjara hingga lima tahun. 

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kalau anda perasan semakin ramai dalam kalangan masyarakat yang menggemari aktiviti mendaki tidak kira di bukit ataupun gunung sekitar Malaysia.

Meskipun rata-rata daripada mereka mengagumi pemandangan indah serta cantik di puncak, namun masih ada segelintir yang tidak beretika dengan membuang sampah merata tempat sekaligus mencemarkan kawasan pendakian.

Lelaki Kecewa 2KG Sampah Bertaburan Di Gunung Berembun, N9

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Benjamin Low berkongsi video dirinya selepas mengutip sampah sarap yang dibuang bertaburan di Gunung Berembun, Negeri Sembilan.

Sampah sarap seberat dua kilogram (KG) itu dikutip semasa mendaki gunung tersebut pada semalam (5 Julai).

Gunung Berembun Port Mendaki, Bukan Tempat Membuang Sampah

Keadaan gunung yang kotor dengan sampah tersebut sekaligus membuatkan Benjamin berasa hampa kerana menurutnya, itu adalah kawasan mendaki bukannya menjadi port manusia untuk melakukan pencemaran alam sekitar.

Menerusi video dikongsi, kelihatan lelaki berkenaan mengangkat pelbagai jenis sampah sarap pada kedua-dua tangannya termasuklah botol minuman, bungkusan makanan, tapak kasut dan banyak lagi.

“Bawa Balik Sampah Korang” – Pendaki

Prihatin dengan kebersihan hutan simpan, lelaki terbabit berharap agar geng-geng pendaki di sana lebih bertanggungjawab dengan tidak membuang sampah merata tempat.

“Saya baru habis mendaki dekat Gunung Berembun, Seremban. Tengok sampah yang saya kumpul ni. Geng hikers tolong bersivik sikit. Korang datang untuk mendaki, jangan buang sampah. Bawa balik sampah korang,” tegasnya.

Jelasnya, sampah kotor itu dikutip bermula dari pintu masuk sehinggalah ke kawasan bersejarah tapak pesawat B-24 Liberator terhempas semasa Perang Dunia Ke-2.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Barang Keperluan Anda Patut Bawa Ketika Mendaki, Geng Hikers Balik Hari Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: Geng Hikers Bingung, Tiba-tiba Ada Orang Jual Aiskrim Di Tengah Hutan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Pergi Kalau Ada Mentaliti Low Class” – Wanita Kecewa Lihat Port OOTD Di Sekinchan Penuh Sampah [Video]

Individu Boleh Dipenjara Jika Buang Sampah Merata Di Hutan Simpan Kekal

Memetik portal Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, perbuatan membuang sampah di Hutan Simpan Kekal (HSK) adalah satu kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau dipenjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Ramai Berang Dengan Sikap Pendaki Yang Buang Sampah Merata

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pendaki yang tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan memastikan kebersihan hutan simpan.

“Kita perlu buat banyak lagi kempen kesedaran. Malangnya, kita masih lagi jauh dari kelas teratas sikap manusia yang standard. Sesetengah (individu) cakap kita hidup dalam negara dengan fasiliti first class, tapi mentaliti kelas ketiga,” kata seorang netizen.

Malah sesetengah pengguna Threads juga memuji Benjamin kerana sudi membersihkan sampah sarap pendaki lain.

“Terima kasih sebab bersihkan sampah sarap tu. Bukan semua orang sudi nak kutip sampah orang lain,” ujar seorang lelaki.

“Inilah sikap segelintir masyarakat kita. Pengotor. Kurang kesedaran sivik dengan buang sampah merata. Kena denda nanti marah. Terima kasih orang baik,” tambah seorang individu.

Bukti Brogra Juga Didakwa Penuh Sampah & Bau Hancing

Sementara itu, ada juga yang berkongsi keadaan tempat mendaki lain yang turut dipenuhi sampah.

“Bukit Broga pun sama. Pergi sana hari ini (semalam, 5 Julai). Puncak satu penuh sampah. Puncak tiga (bau) hancing sana sini dan juga (banyak) sampah! Puncak dua bersih,” dedah seorang wanita.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Lebuh Raya Di Merapoh Menuju Gua Musang Kelantan ‘Dibanjiri’ Sampah Orang Berbuka Puasa? [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Salute Kesabaran Peniaga Sabar Layan Wanita Selamba Masuk Kedai & Buang Sampah Merata [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Je Tong Sampah Dekat Tepi..” – Netizen Bengang Kaki Rokok Buang Puntung Merata

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.