Now Reading
PRN Johor: Jadikan Biodata Ketika Berkempen, Poster Unik Calon PN Jadi Bualan

PRN Johor: Jadikan Biodata Ketika Berkempen, Poster Unik Calon PN Jadi Bualan

Calon Perikatan Nasional (PN) dari DUN Panti, Alias Rasman, dilihat menggunakan pendekatan yang disifatkan sebagai luar kotak dan kreatif apabila menjadikan latar belakang dirinya sebagai cara untuk berkempen.

Ringkasan
  • Calon Perikatan Nasional bagi DUN Panti, Alias Rasman, guna bunting biodata peribadi sebagai strategi kempen yang kreatif dan unik.
  • Bunting Alias paparkan maklumat seperti profesion peguam, latar belakang keluarga, alumni UiTM dan SMK Tun Habab, serta status berkahwin.
  • Perkongsian di Threads mendapat lebih 190,000 tontonan, dengan ramai warganet memuji pendekatan kempen luar kotak calon berusia 35 tahun itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kian terasa. Lihat sahajalah, kebanyakan parti dan calon sudah mengeluarkan ‘senjata’ dan manifesto bagi memikat hati pengundi.

Masing-masing dilihat mempunyai cara tersendiri sepanjang tempoh berkempen sebelum tibanya hari mengundi pada 11 Julai nanti.

Calon PN DUN Panti Guna Cara Kreatif, Jadikan Biodata Sebagai Kempen

Antara calon yang sedang menjadi bualan di media sosial adalah wakil dari Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti, Alias Rasman.

Manakan tidak, Alias yang berusia 35 tahun itu dilihat menggunakan pendekatan yang disifatkan sebagai luar kotak dan kreatif apabila menjadikan latar belakang dirinya sebagai cara untuk berkempen.

Menerusi hantaran tular yang dikongsikan di Threads, kelihatan bunting Alias yang diletakkan sepanjang jalan mengandungi biodata tentang dirinya.

Keadaan ini sekaligus memudahkan orang ramai untuk mengenali siapa sebenarnya Alias.

Kelihatan poster-poster terbabit memaparkan info ringkas tentang calon PN itu antaranya seperti peguam, anak Cikgu Leha Petri Jaya, Cucu Wak Nin, Alumni SMK Tun Habab, Alumni UiTM dan ‘maaf, beristeri dan setia’.

“Banyak-banyak kempen PRN Johor, aku rasa ini paling kreatif. Unik weh cara kempen calon PN dekat DUN Panti ini. Lain dari yang lain.

“Calon ini lawyer dan umur pun baru 35 tahun. Sebab tu kita kena bagi peluang pada orang muda berkhidmat. Orang muda mostly kreatif dan bertenaga,” kata pengguna berkenaan.

View on Threads

Malah, poster tersebut turut dikongsi oleh pengguna lain yang turut melalui laluan sama.

“Betul-betul bagi biodata,” kongsinya.

View on Threads

Warganet Terhibur & Puji Cara Kreatif Calon PN Berkempen

Perkongsian yang telah mendapat lebih 190,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan, ramai yang terhibur melihat poster unik Alias sempena PRN itu,

Malah, ada yang turut memuji cara Alias berkempen dan menyifatkan ia sebagai kreatif serta unik.

Untuk info, terdapat dua lagi calon yang akan bertanding bagi memenangi kerusi di DUN Panti.

Selain Alias yang mewakili PN, dua calon lagi merupakan wakil dari Barisan Nasional (BN), Dr. Naqib Ghazali serta dari Pakatan Harapan (PH) iaitu Ahmad Daniel.

Ini antara komen menarik penggguna Threads:

“Next Lebel, Luar Kotak”

“Kreatif”

“Kalau Nak Tahu Full Resume, Kena Drive Sampai Mana?”

“Taman Kota Jaya Kan? Ada Uncle Naik Motosikal Belakang Saya, Dia Slow Baca Satu Per Satu Lepas Tu Dia Senyum”

“Aku Yakin Ini Idea Gen Z”

Baca Artikel Berkaitan: Senarai Penuh Calon PRN Johor Ke-16

Baca Artikel Berkaitan: PRN Johor: Muhyiddin Ajak Rakyat Kenang Jasa PN, Urus Negara Ketika Covid-19

Baca Artikel Berkaitan: ‘Jangan Terkejut Apa Manifesto PH Akan Tawarkan Kepada Rakyat Johor Nanti’ – Dr Zaliha

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.