Now Reading
Pernah Tular Santuni Jemaah Haji & Umrah, Pramugara MAS Hafeez Al-Bukhary Meninggal Dunia

Pernah Tular Santuni Jemaah Haji & Umrah, Pramugara MAS Hafeez Al-Bukhary Meninggal Dunia

Allahyarham Hafeez Al-Bukhary Zulkefli pada 27 Ogos tahun lalu memuat naik satu hantaran memaklumkan dia menghidap kanser kolon tahap empat.

Ringkasan
  • Hafeez Al-Bukhary Zulkefli, Pramugara Malaysia Airlines (MAS) sebelum ini tular kerana menyantuni jemaah haji dan umrah disahkan meninggal dunia. 
  • Allahyarham yang berusia 42 tahun telah didagnos menghidap kanser kolon tahap empat.
  • Pemergian Hafeez disahkan oleh sepupunya dalam hantaran di Threads serta penyanyi dan pengacara, Zarul Umbrella di Instagram.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, kami ada melaporkan seorang pramugara Amal by Malaysia Airlines (MAS), Hafeez Al-Bukhary Zulkefli yang pernah tular kerana menyantuni jemaah haji dan umrah kini kritikal akibat kanser kolon atau usus.

Menerusi hantaran oleh sepupunya di Threads @hani.mishan, Hafeez telah dibawa pulang ke kampung halaman di Perak ekoran keadaannya itu.

Pramugara Disahkan Meninggal Dunia

Terbaharu, Allahyarham yang berusia 42 tahun itu disahkan meninggal dunia akibat penyakit yang dihidapinya itu.

Pemergian kru penerbangan MAS itu dimaklumkan oleh sepupunya menerusi Threads @hani.mishan.

“Assalamualaikum. Baru dapat perkhabaran dukacita dari kakak Hafeez. Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Hafiz Bukhari bin Zulkefly telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya, dan mengurniakannya syurga Firdaus. Amin,” kongsinya.

View on Threads

Malah, perkara itu turut disahkan oleh penyanyi dan juga pengacara Borak Dalam Galley (BDG), Zarul Umbrella dalam satu hantaran di Instagram.

“Selamat jalan sahabat. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohmu menempatkanmu di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Al-Fatihah,” tulis Zarul.

Allahyarham yang sebelum ini tular dengan sikap mesra dan layanan baik terhadap jemaah haji serta umrah telah memuat naik hantaran pada 27 Ogos 2025 memaklumkan bahawa dia didiagnosis kanser kolon tahap empat.

Allahyarham Disahkan Hidap Kanser Kolon Tahap Empat Tahun Lalu

Namun, Allahyarham Hafeez dilihat masih meneruskan tugasnya sebagai pramugara termasuk menyantuni jemaah haji Malaysia ke tanah suci baru-baru ini.

Berdasarkan hantaran di TikTok, kali terakhir Hafiz berkongsi videonya menyantuni jemaah haji adalah pada 28 April lalu.

Manakala, hantaran terakhir di Instagram miliknya pada 22 Jun lalu memaparkan arwah sedang terbaring di atas katil sebuah hospital.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.