“RTM Bayar Berjuta…” – Influencer Didakwa Buat Live TikTok, Siar Perlawanan Piala Dunia 2026 Secara Percuma [Video]
Menerusi sedutan video yang dikongsikan di Threads, kelihatan influencer berkenaan memaparkan siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia di antara Ivory Coast dan Norway di akaun TikTok miliknya.
Pempengaruh dengan 1.9 juta pengikut itu didakwa menstrim perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 di TikTok dengan ada game meraih 503,000 tontonan.
RTM dan Unifi TV merupakan penyiar rasmi FIFA World Cup 2026 di Malaysia.
Netizen mengecam tindakannya melakukan penstriman secara langsung perlawanan bola sepak dan mahu RTM serta FIFA mengambil tindakan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV merupakan penyiar rasmi perlawanan Piala Dunia 2026 di Malaysia.
Buat peminat sukan bola sepak tempatan, pastinya tidak ketinggalan untuk menonton kesemua perlawanan kejohanan terbesar dunia itu menerusi saluran tersebut.
Influencer Buat Live Di TikTok, Siar Perlawanan Piala Dunia 2026
Namun awal pagi tadi, tular di media sosial perkongsian individu yang mendakwa seorang pempengaruh kontroversi telah membuat siaran langsung (live) perlawanan Piala Dunia 2026 di TikTok.
Menerusi sedutan video yang dikongsikan di Threads, kelihatan influencer yang mempunyai 1.9 juta pengikut itu memaparkan siaran langsung perlawanan bola sepak di antara Ivory Coast dan Norway.
Apa yang menjadi perhatian adalah live tersebut sedang ditonton lebih 15,000 pengguna platform berkenaan serta turut mendapat lebih 5,000 perkongsian.
Malah, influencer terbabit turut mendapat 1.7 juta tanda suka hasil sesi live perlawanan bola sepak yang disiarkan menerusi akaunnya di TikTok.
Difahamkan, sesi siaran langsung itu turut ditonton oleh mereka yang berada di luar negara.
Bukan itu sahaja, indvidu berkenaan turut berkongsi tangkap layar yang memaparkan influencer terbabit turut membuat siaran langsung perlawanan di antara Jerman dan Paraguay yang berlangsung semalam (30 Jun).
“RTM beli siaran untuk rakyat Malaysia. Dia (pempengaruh) buat live TikTok share benda ni satu dunia gara-gara nak kejar view.
“Semalam (Jerman vs Paraguay) sampai 503,000 tengok live dia. Jangan kena saman dengan FIFA atau RTM dah la ye,” kata pengguna berkenaan.
Influencer Turut Muat Naik Poster Perlawanan, Ajak Pengguna Tonton Piala Dunia Di Akaunnya
Hasil semakan kami di akaun TikTok pempengaruh berkenaan mendapati dia turut menjemput orang ramai menonton perlawanan di antara Perancis dan Sweden yang berlangsung pada jam 5.00 pagi tadi.
Menerusi poster yang dimuat naik, mereka yang mengikuti perlawanan Piala Dunia 2026 di akaun TikToknya akan menikmati pengalaman menonton yang meriah dan penuh tenaga serta menghiburkan ketika live berlangsung.
Warganet Mahu RTM Ambil Tindakan Terhadap Influencer
Perkongsian yang telah mendapat lebih 248,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan pempengaruh itu yang dilihat menyiarkan perlawanan Piala Dunia 2026 di TikTok miliknya.
Ini kerana bagi mereka hak rasmi siaran kejohanan terbesar itu di Malaysia hanya dimiliki oleh RTM dan Unifi TV justeru tindakan sebegitu adalah salah di sisi undang-undang.
Bukan itu sahaja, ramai yang mahu RTM mengambil tindakan undang-undang terhadap pempengaruh berkenaan kerana menyiarkan perlawanan tersebut secara ‘haram’.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Moga Mereka Saman Dia, Betul-Betul Ambil Kesempatan”
“Saman Je RTM, Bukan RTM Je, Kalau Boleh FIFA Saman Dia Sekali Tayang Secara Haram”
“RTM Beli Maksudnya Duit Rakyat Juga La Kan? Walau Tak Banyak (Sebab Kerjasama Dengan UNIFI), Still Ada Duit Rakyat, Jadi Duit-Duit Kita Digunakan Untuk Dia Dapat View & Like”
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.