Now Reading
Ramai Kagum Kegigihan 2 Wanita Berniaga Cendol Untuk Cari Rezeki Meskipun Hanya Ada Sebelah Kaki [Video]

Ramai Kagum Kegigihan 2 Wanita Berniaga Cendol Untuk Cari Rezeki Meskipun Hanya Ada Sebelah Kaki [Video]

Jelas wanita berkenaan, dia dan kakak baru sebulan menjalankan perniagaan menjual cendol dan ia dibuka untuk membantu ayah serta keluarga.

Ringkasan
  • Dua beradik di Temerloh, Pahang yang kehilangan sebelah kaki akibat kemalangan pada 2024 gigih berniaga cendol untuk membantu ayah mereka.
  • Gerai Cendol Meleleh di Kampung Rebah, Tanjung Pasir baru dibuka sebulan, beroperasi dari tengah hari hingga petang, dengan gula merah diproses sendiri.
  • Ramai rakyat Malaysia kagum dengan semangat dua beradik ini, termasuk Menteri Besar Pahang yang mengajak orang ramai memberi sokongan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan ramai Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi inspirasi kepada orang ramai dalam kegigihan mereka mencari rezeki untuk berjaya. Bahkan ramai individu OKU pada hari ini dilihat mencipta nama dan kejayaan dalam industri yang diceburi.

2 beradik hanya ada sebelah kaki gigih berniaga

Terbaharu dua beradik yang kehilangan sebelah kaki tidak menjadikan kekurangan tersebut sebagai alasan sebaliknya gigih menjalankan perniagaan cendol bersama-sama.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Boss Baiduri di Threads, awalnya kelihatan dia telah berkunjung ke sebuah gerai di tepi jalan di Temerloh, Pahang.

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan Baiduri telah memesan dua cendol bersaiz kecil dan besar kepada salah seorang peniaga wanita tersebut.

Gerai cendol baru sebulan dibuka

Sementara menunggu pesanan dibuat, peniaga wanita itu menyatakan gerai cendol tersebut baru dibuka selama sebulan selepas disoal oleh lelaki berkenaan.

Ketika ditanya mengapa gerai tersebut dikenali sebagai ‘Cendol Meleleh,’ wanita itu mengatakan ia kerana kebiasaannya gula melaka diletakkan pada bahagian bawah.

Buat gula merah sendiri untuk jualan

Namun bagi gerainya, gula merah itu diletak pada proses akhir sekali dan gula tersebut dilihat meleleh turun ke bawah.

Selain itu, dia turut mengatakan gula merah itu juga diproses sendiri untuk jualan.

Sewaktu membuat pesanan, Baiduri kemudiannya menyedari wanita terbabit tidak mempunyai sebelah kaki serta menyoal mengenainya.

“A’ah. Dua-dua (tak ada kaki). Dia pun tak ada, saya pun tak ada (kaki),” katanya.

Buka gerai cendol kerana mahu bantu ayah, turut kongsi kisah kemalangan

Menurut wanita itu, kedua-dua mereka tidak mempunyai kaki sebelah kanan dan ia disebabkan terbabit dalam kemalangan pada dua tahun yang lalu.

Bahkan turut berkongsi cerita bagaimana mereka boleh memulakan perniagaan cendol tersebut.

“Asalnya kita orang kesian tengok abah. Abah kerja-kerja kampung. Jadi saya cakap dekat Angah (memakai tudung coklat), saya adik (tudung hitam) kita ni daripada baring baik kita buka balik (gerai) cendol.

“Kita pun dah sihat, dekat rumah pun kita stabil berdiri macam ni. Kita pun boleh berdiri lama. Jomlah kita tolong abah, kita buka balik berniaga. Sebelum kemalangan, kami berniaga juga.

“Kemalangan tu 2024, waktu kemalangan tu kami kena langgar dengan kereta, lepas tu arah bertentangan tu ada lori. Lori tak sempat elak, masuk bawah lori.”

Tak putus semangat ketika berniaga

Kata si adik, mereka bersyukur masih dapat meneruskan kehidupan. Namun dia turut mengakui ada masanya terasa lenguh di bahagian kaki pada waktu pelanggan ramai.

Akan tetapi mereka akan duduk sebentar dan terus memulakan kerja seperti biasa dengan semangat.

Malah si adik juga mengatakan yang membuatkan mereka lebih bersemangat apabila mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia.

Sering buat live, dan ada pengikut datang dari jauh untuk beli cendol

Katanya, dia juga ada membuat live di media sosial dan banyak pengikut datang meskipun jauh demi membeli cendol yang dijual.

Baiduri turut mendoakan agar perniagaan dijalankan dua beradik ini sentiasa maju dan tumpang bangga dengan semangat dan kegigihan mereka.

Jelas si Adik, kedai cendolnya itu berada di Kg Tanjung Pasir, Temerloh. Gerai tersebut beroperasi dari jam 12 tengah hari hingga 6 petang dan tutup setiap Isnin.

View on Threads

Ramai kagum dan sebak dengan kegigihan dua beradik berniaga

Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dan sebak dengan kegigihan dua beradik tersebut dengan semangat mereka.

Bukan hanya itu, ada yang turut teringat kisah kemalangan membabitkan dua beradik itu.

Apa yang lebih menarik Menteri Besar Pahang, turut mengajak orang ramai ke gerai cendol tersebut untuk memberi sokongan.

“Ya Allah insaf jap. Kita yang sempurna ni kalau malas kerja tak tahu lah ya”

“Respect. Walaupun hanya satu kaki mereka mampu untuk bekerja tanpa memberikan alasan. Hebat”

“Sumpah inspirasi adik berdua ni. Wajib support”

“Jom Tok Wan (Datuk Wan Rosdy Wan Ismail) ajak ramai-ramai”

“Saya kalau balik kampung Pahang memang lalu ikut ni, nanti bila-bila masa balik kampung nak singgah lah beli cendol. Semoga Allah sentiasa permudahkan segala kerja adik-adik berdua”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.