
Netizen Dakwa Kanak-kanak Dikerah Jual Dadih Tapi Ibu Lepak Dalam Kereta Main Telefon Sambil Pegang Rotan
Dakwa seorang pengguna Threads, kanak-kanak perempuan itu turut dirotan oleh ibunya di dalam kereta tanpa alasan munasabah.
- Seorang ibu didakwa menyuruh anak perempuannya menjual dadih seorang diri, sementara si ibu bermain telefon sambil memegang rotan dalam kereta.
- Saksi kejadian membuat aduan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), manakala netizen percaya ini adalah kes buruh kanak-kanak dan penindasan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semakin lama, semakin banyak kes kanak-kanak melakukan aktiviti jual beli di jalan raya atau tempat umum tanpa pantauan orang dewasa atau ibu bapa mereka.
Namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka berniaga secara suka rela untuk membantu keluarga sendiri atau disuruh oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Isu ini perlu dipandang serius memandangkan ia melibatkan golongan kanak-kanak yang masih kecil.
Ibu Didakwa Biarkan Anak Berniaga Seorang Diri, Turut Didakwa Main Telefon & Pegang Rotan Dalam Kereta
Baru-baru ini, seorang pengguna Threads mendakwa seorang ibu telah menyuruh anak perempuannya untuk menjual dadih di sebuah cawangan kedai ayam gepuk.
Dakwa individu itu, kanak-kanak berkenaan dibiarkan berniaga seorang diri manakala si ibu bertindak bermain telefon bimbit sambil memegang rotan di dalam keretanya.
Menerusi ruangan balas, seorang lelaki dikenali sebagai Mifzal yang dipercayai merupakan saksi kejadian turut berkongsi video menunjukkan orang ramai di kawasan tersebut sedang bersemuka dan bertanya kepada wanita berkenaan mengenai situasi anaknya.
Ibu Didakwa Rotan Anak Tanpa Alasan Kukuh
Lelaki itu mendakwa dia melihat si ibu merotan kanak-kanak terbabit tanpa sebarang alasan yang munasabah.
Namun menurutnya, wanita terbabit menepis dakwaan tersebut dan berkata dia sedang mendidik anak perempuannya.
“Bila ditanya, sibuk nak cover cakap dia didik anak dia macam tu. Aku nampak dia sebat anak dia tanpa alasan. Kesian la anak kau tu,” dakwanya.
Pemilik Video Laporkan Kejadian Kepada Pihak JKM
Jelas pemilik video, dia telah pun membuat aduan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung kejadian tersebut untuk siasatan lanjut.
Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 1 petang.
Baca Artikel Berkaitan: “Berjam-jam Adik Ni Panas” – Kanak-kanak Dalam Maskot Katak Di Pasar Raya Undang Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: “Kesian Dia Nampak Lemah” – Kanak-kanak Jual Jagung Ketika Demam Buat Ramai Hiba
Ramai Dakwa Kejadian Berkait Dengan Kes Buruh Kanak-kanak
Menjengah ke ruangan balas, ramai netizen berpendapat bahawa ia berkemungkinan merupakan kegiatan buruh kanak-kanak.
“Mak dia siap ada rotan standby dalam kereta untuk anak dia. Suruh anak kecil jual dadih RM15 satu plastik,” dakwa seorang individu.
“Allahuakbar. Bang ni dah sah-sah kes ibu mendera, eksploitasi anak untuk bekerja. Umur dia tak boleh diperlakukan begini. Tolong sebarkan ini untuk pengetahuan lain sebagai kesedaran,” dakwa seorang lagi netizen.
Mak Ayah Yang Sihat Patut Cari Rezeki, Bukannya Anak – Netizen
Malah segelintir turut bersimpati dengan nasib kanak-kanak yang terpaksa bekerja keras di usia muda sebegitu.
“Apalah amalan dan doa anak tu sampai Allah gerakkan hati seseorang untuk viralkan video ni. Sebak fikir nasib dia di rumah. Cukup makan atau tidak. Lemah bila fikir anak kecil dianiaya,” luah seorang wanita.
“Paling tak suka jenis mak ayah yang sihat tubuh badan tapi kerah tenaga anak-anak macam ni. Anak tu tanggungjawab mak ayah, bukan tugas diorang cari rezeki,” tambah seorang warganet.
Berikut antara komen-komen netizen:








Akta Yang Tidak Membenarkan Kanak-kanak Bekerja
Kes buruh kanak-kanak atau menggunakan si kecil dalam mengaut keuntungan adalah isu yang sangat serius dan masih berleluasa sehingga kini.
Untuk info, kanak-kanak bawah 15 tahun dibenarkan untuk bekerja dengan beberapa syarat iaitu:
- Kerja ringan yang bersesuaian dengan keupayaan dan perusahaan keluarga.
- Hiburan awam (berdasarkan lesen yang diluluskan).
- Pekerjaan dilaksanakan di sekolah, institut latihan atau atau kapal latihan diluluskan dan ditaja Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
- Perantis (kontrak perantis bertulis yang diluluskan).
NOTA: Umur minimum bagi kerja ringan ini tidak boleh kurang daripada 13 tahun.
Bagaimanapun, kanak-kanak atau orang muda (umur 15 tahun tetapi belum mencapai 18 tahun) tidak boleh bekerja dalam pekerjaan yang tidak dibenarkan di bawah akta seperti:
- Jadual Keempat dan Jadual Kelima di bawah Akta 350.
- Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta 139.
- Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta 514.
- Akta Elektrik 1949, Akta 447.
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹




