Now Reading
Apa Hukum Buat Aktiviti Ekstrem Seperti Bungee Jump, Ini Penjelasan UAI [Video]

Apa Hukum Buat Aktiviti Ekstrem Seperti Bungee Jump, Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan terdapat dua pandangan yang berbeza mengenai sukan atau aktiviti ekstrim iaitu mengharuskan dan mengharamkan.

Ringkasan
  • Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjelaskan adalah haram hukumnya membuat aktiviti ekstrim seperti bungee jump sekiranya dilakukan secara suka-suka tanpa tujuan.
  • Aktiviti ekstrem dibenarkan jika ada tujuan, guna peralatan yang betul dan sebagainya.
  • Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan membenarkan aktiviti ekstrim jika aspek keselamatan dititikberatkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan aktiviti lasak atau ekstrem memerlukan keberanian yang tinggi untuk diceburi namun ia perlu untuk mengutamakan aspek keselamatan dalam setiap sudut.

Apa hukum buat aktiviti ekstrem dalam Islam seperti bungee jump?

Baru-baru ini terdapat individu yang bertanya apakah hukum dalam agama Islam jika seseorang melakukan aktiviti ekstrem seperti bungee jump, skydiving dan sebagainya.

Haram jika dilakukan secara suka-suka

Menurut pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) sekiranya aktivit tersebut dilakukan secara suka-suka maka hukumnya adalah haram.

“Yang boleh untuk latihan ketenteraan, kita bertugas menjaga sempadan dan sebagainya. Sekarang ni yang paling banyak meninggal dunia kes diving (menyelam) dalam gua,” ujarnya.

UAI turut menjelaskan terdapat dua jenis di mana ada yang menyelam menggunakan gas dan ada juga yang tidak. Katanya aktiviti ini banyak telah mengancam nyawa individu yang melakukannya.

“Yang dekat Latvia, baru ni dah tutup satu lubang dengan plastik. Dalam tu penuh dengan mayat tak boleh keluar. Dia hobi, masuk ikut lubang. Masuk lepas tu nak mengundar tak boleh, kalau ada pintu besar dekat depan boleh keluar dengan kepala.

“Tiba-tiba tak jumpa pintu, dia perjudikan nasib. Jumpa lubang selamat, tak jumpa lubang tak boleh mengundur dah. Bagi dia satu benda yang mencabar,” katanya.

Boleh dilakukan jika untuk tujuan tertentu

Menurutnya aktiviti terbabit boleh dilakukan jika seseorang mahu memahirkan diri atau ada kerja yang berkaitan.

“Yang boleh terjun payung, orang yang nak memahirkan diri, ada kerja.”

Harus hukum buat aktiviti ekstrem namun dengan syarat tertentu

Dalam satu lagi video ceramah UAI, beliau turut menjelaskan harus hukumnya dengan beberapa syarat seperti:

  • Sukan atau aktiviti itu memberikan manfaat
  • Menggunakan alat-alat yang munasabah dengan sukan dilakukan
  • Tidak dengan sengaja membahayakan diri seperti peralatan keselamatan kurang dan sebagainya.

Akan tetapi sekiranya sesuatu perkara itu dilakukan dengan sengaja tidak mengutamakan keselamatan seperti panjat gunung tidak menggunakan tali dan boleh mengundang kepada bahaya seperti kematian jika jatuh maka hukumnya haram.

Selain itu, mereka yang melakukan apa-apa aktiviti sekalipun perlu menjaga solat fardunya.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan jelaskan ada 2 pandangan untuk aktiviti ekstrim mengikut

Menurut laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ada dua pandangan yang berbeza mengenai sukan atau aktiviti ekstrem iaitu:

  • Mengharuskan
  • Mengharamkan

Katanya pandangan yang mengharamkan lebih bersifat berhati-hati serta menekankan dasar sadd al-zara’ie iaitu untuk menutup pintu-pintu kemudaratan (perkara yang boleh mendatangkan bahaya).

Ikut hukum asal keharusan hiburan, sukan dan permainan

Bagi pandangan mengharuskan pula ia melihat kepada hukum asal keharusan hiburan, sukan serta permainan di mana selagi aspek penjagaan keselamatan dititikberatkan.

“Kami lebih cenderung kepada pandangan pertama bahawa hukum terlibat dalam permainan dan suka yang berbahaya adalah harus sekiranya langkah-langkah keselamatan telahpun diambil dan mereka yang terlibat juga merupakan kalangan yang terlatih dan mempunyai kemahiran yang cukup serta secara ghalib al-zhannya peserta yang terlibat akan terselamat,” jelasnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.