
Tular Pelancong Didatangi Peminta Sedekah Ketika Berjalan Di Kuala Lumpur [Video]
Dalam video dipercayai di sekitar ‘Little Dhaka’ di Kuala Lumpur, kelihatan peminta sedekah itu memegang nota kononnya dia dari Palestin.
- Pelancong tersebut mendakwa dia telah didatangi peminta sedekah wanita ketika berada di Kuala Lumpur.
- Ramai netizen berpendapat peminta sedekah terbabit bukan warga Malaysia, dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui Kuala Lumpur merupakan salah satu tempat yang sering dikunjungi oleh pelancong. Bahkan jika ke sini, kita juga dapat melihat pelancong yang datang daripada pelbagai tempat seperti Eropah, Asia Barat, Asia Tenggara dan banyak lagi.
Pelancong dakwa didatangi peminta sedekah
Namun baru-baru ini seorang pelancong, Scotty yang juga sering berkongsi momennya berkunjung ke Malaysia di media sosial mendakwa dia telah didatangi oleh peminta sedekah sewaktu berada di Kuala Lumpur.
Menerusi video yang dikongsikan di Facebook, Smilewithscotty memaklumkan dia telah berkunjung ke sebuah kawasan di little Bangladesh yang dipercayai merujuk di kawasan Little Dhaka di Jalan Imbi di Kuala Lumpur.
Wanita dakwa dari Palestin minta bantuan daripada pelancong dipercayai untuk berikan duit
Dalam video itu kelihatan dia telah didatangi seorang wanita yang memegang plakad mendakwa dirinya dari Palestin dan meminta Scotty membantunya dipercayai dengan memberikan wang tunai.
Scotty kemudian memaklumkan kepada wanita terbabit dia tidak mempunyai wang kecil untuk diberikan.
Pelancong maklum tiada wang kecil
“Saya nak bantu tetapi saya tidak ada duit kecil. Saya cuma ada duit besar. Saya tak boleh bagi, tidak, tidak duit ini saya perlukan.
“Maaf saya berharap saya dapat membantu (wanita berkenaan). Maaf,” katanya kepada wanita itu.
Segera bersalaman dengan pekerja di kedai makan dan beredar dari kawasan terbabit
Sewaktu didatangi wanita terbabit, kelihatan pelancong itu sedang berada di hadapan sebuah restoran.
Dia kemudian segera bersalaman dengan beberapa individu dipercayai pekerja di kedai tersebut sebelum beredar.
Pelancong dakwa didatangi beberapa peminta sedekah
Bahkan Scotty turut mendakwa dia telah didatangi oleh beberapa peminta sedekah.
“Apa yang sedang berlaku, saya cuba untuk mendapatkan perbualan yang menarik dengan lelaki (di kedai makan) berkenaan.
“Saya didatangi peminta sedekah dari setiap sudut,” ujarnya lagi dalam video itu.
Ramai berpendapat mahu tindakan tegas diambil kepada peminta sedekah jalanan kerana undang perspektif negatif & burukkan imej negara
Melihat di ruangan komen, ramai yang memaklumkan kepada pelancong tersebut peminta sedekah terbabit bukanlah warga Malaysia.
Bahkan ada juga berpendapat peminta sedekah tersebut juga bukan daripada Palestin seperti didakwa wanita terbabit.
Bukan hanya itu, ramai yang berpendapat tindakan peminta sedekah meminta wang daripada pelancong adalah satu perkara yang tidak wajar selain memberikan perspektif negatif serta merosakkan imej negara.
Selain itu, ramai yang meminta agar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas dalam membanteras gejala meminta sedekah ini daripada terus berleluasa.
“(Peminta sedekah) bukan Malaysia mahupun Palestin”

“Buat malu Malaysia je”

“Mana pergi penguat kuasa? Kenapa peminta sedekah dibiarkan berleluasa. Memburukkan imej negara”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.






