“Glove Salah Tangan, Apron Tak Pakai” – Isteri Usahawan Dikritik, Didakwa Tak Kendali Makanan Dengan Betul [Video]
Isteri kepada seorang usahawan dan juga influencer telah dikritik kerana tidak mengendalikan makanan dengan baik semasa menjual laksanya termasuklah tidak memakai sarung tangan untuk memotong salad.
Isteri kepada seorang usahawan dan influencer tular selepas didakwa tidak mengendalikan makanan dengan betul ketika menyediakan laksa di sebuah festival makanan di Johor.
Wanita ini juga dikritik kerana memakai cincin dan tidak menggunakan apron ketika penyediaan makanan.
Tindakannya meletakkan bekas penapis laksa di atas kotak telur juga dikhuatiri boleh menyebabkan jangkitan bakteria Salmonella.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads menunjukkan isteri kepada seorang usahawan dan influencer yang sedang mempromosikan jualan laksanya dipercayai di sebuah festival makanan di Johor.
Namun apa yang mendapat perhatian ramai adalah caranya semasa mengendalikan makanan tersebut.
Tak Pakai Apron & Pakai Glove Pada Tangan Yang Salah
Menerusi video perkongsian, wanita itu dikatakan tidak memakai apron ketika sedang menyediakan rencah dan bahan-bahan bagi hidangan laksa.
Bukan itu sahaja, kelihatan juga influencer wanita itu menyarungkan sarung tangan pada tangan yang salah. Tangan yang memakai glove dilihat memegang pisau manakala tangan sebelahnya menyentuh terus salad berkenaan.
Pakai Cincin Ketika Potong Salad & Tak Pakai Kasut Bertutup
Dalam masa sama, pengguna Threads dikenali sebagai Ikhfa juga mempersoalkan tindakan influencer wanita itu memakai cincin semasa mengendalikan makanan. Ini kerana aksesori itu dilihat menyentuh makanan yang mahu dijual kepada pelanggan.
Selain itu, Ikhfa juga menekankan bahawa usahawan itu tidak memakai kasut tertutup sepanjang proses mengendalikan makanan. Dalam video dikongsi, kelihatan usahawan wanita itu memakai sandal terbuka yang memperlihatkan jari-jemarinya.
Sarang Telur Yang Dijadikan Pelapik Penapis Boleh Mengundang Bakteria Salmonella
Tidak terhenti di situ, kelihatan juga sebuah bekas penapis dipercayai untuk laksa diletakkan di atas sarang atau kotak bungkusan telur.
“Carta teratas kejijikan. Sarang (kotak) telur buat lapik laksa. Korang pun berduyun-duyung membeli ya, tahniah,” sindir Ikhfa.
Memetik Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL&P), sarang telur berpotensi tinggi tercemar dengan bakteria Salmonella yang terdapat pada tahi ayam atau kotoran yang dibawa dari reban ayam.
Pencemaran silang akibat sarang telur yang dijadikan pelapik barang itu boleh membawa kepada keracunan makanan.
Ramai Kritik Pasangan Usahawan Pandang Remeh Isu Pengendalian Makanan
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut mengkritik usahawan wanita yang terkenal dengan Laksa Sarang itu kerana tidak menitikberatkan isu pengendalian makanan semasa berniaga.
“Kotak telur buat lapik penapis laksa. Sis pantang betul,” kata seorang netizen.
“Tak masalahnya tangan yang tak pakai glove tu, pegang tudung, pegang meja, pegang sana sini, lepas tu pergi pegang salad balik? Tangan kiri kan tu? Glove pakai dekat tangan kanan je,” tegur seorang wanita.
Malah ramai juga yang mempersoalkan orang ramai yang menyokong bisnes individu yang tidak mengendalikan makanan dengan betul dan cekap.
“Masih tak faham kenapa orang masih nak beli daripada peniaga yang secara terang hanya menunggang hype dan tidak mempedulikan bab pengendalian makanan. Memang tak faham,” ujar seorang wanita.
“Tulah orang nak berniaga, kau pun nak berniaga. Lepas tu kursus pun semua tak ada. Entah-entah typhoid pun tak cucuk tu. Lepas tu pulun pergi beli,” tambah seorang netizen.
Ramai Nak Salurkan Aduan Kepada KKM
Sementara itu, ramai juga pengguna Threads mahu melaporkan isu tersebut kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Ada juga yang nak beli ke? Pantang betul orang tak pakai pakaian proper nak masak dan jual makanan ni. Dengan kain meleret macam tu. Cara nak buat aduan jangan tag, tapi terus buat aduan bertulis online. Sertakan alamat dengan gambar-gambar biar KKM datang,” kata seorang individu.
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹