Now Reading
“Baik Sedekah Dekat Orang” – UAI Jelas Hukum Beli Barang Tetapi Tak Digunakan [Video]

“Baik Sedekah Dekat Orang” – UAI Jelas Hukum Beli Barang Tetapi Tak Digunakan [Video]

Menurut pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu video di YouTube, hukum seseorang membeli barang tetapi tidak menggunakannya adalah makruh mengikut pandangan ulama.

Ringkasan
  • Membeli barang tetapi tidak menggunakannya adalah makruh kerana tiada manfaat, menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI).
  • Barang yang tidak digunakan sebaiknya disedekahkan kepada orang lain, kerana pemberi akan mendapat pahala apabila barang itu digunakan.
  • Semua harta, sama ada digunakan atau tidak, akan dihisab oleh Allah, bukan hanya barang yang tidak dipakai selama 40 hari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila sebut tentang shopping, ada yang suka membeli barang hanya kerana ia nampak cantik dan bukan untuk digunakan dalam masa terdekat.

Kadangkala, sampai terlupa untuk menggunakan barangan tersebut untuk tempoh masa lama.

Sebagai muslim, pernahkah anda terfikir hukum tidak menggunakan barang yang dibeli dan hanya membiarkannya?

Beli Barang Tapi Tak Gunakan Hukumnya Makruh – UAI

Menurut pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu video di YouTube, hukum seseorang membeli barang tetapi tidak menggunakannya adalah makruh mengikut pandangan ulama.

“Nak kata berdosa, tidaklah. Makruh, kerana apa? Kerana tidak ada manfaat. Nabi Muhammad SAW tak suka buat benda yang tidak ada manfaat,” katanya.

Barang Yang Tak Pakai Sebaiknya Disedekah Kepada Orang Lain, Pemberi Dapat Pahala

Jelas UAI, barang yang tidak digunakan lagi sebaiknya diberi atau disedekahkan kepada orang lain.

“Kalau kita tak pakai (barang), kita sedekah dekat orang. Beri dekat orang. Bila orang pakai, pahala masuk buku kita. Dia memasak, pakai periuk kita,” katanya.

Kelebihan Bersedekah

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), antara kelebihan bersedekah dalam Islam adalah:

  • Harta tidak akan berkurangan.
  • Bukti keimanan hamba kepada Allah SWT.
  • Menghapuskan dosa seseorang.
  • Mendapat naungan di Hari Akhirat.
  • Menjauhkan seseorang daripada azab api neraka.
  • Masuk syurga melalui pintu sedekah.
  • Terselamat daripada musibah.
  • Ubat kepada sebarang penyakit.
  • Terlindung daripada kematian yang buruk.

Barang Yang Pakai Atau Tak Dipakai Dalam Masa 40 Hari Akan Dihisab

Menerusi video berasingan, UAI turut memberi penjelasan mengenai kenyataan yang pernah tular bahawa barang atau harta yang tidak dipakai dalam masa 40 hari akan dihisab.

Jelas UAI, barang yang digunakan atau tidak digunakan, kesemuanya akan tetap dihisab

“Kita beli satu barang, kalau kita tak pakai 40 hari, adakah kena hisab? Sebab ada keluar status di Facebook, ‘kalau 40 hari kita tak guna harta kita, harta kita akan dihisab.’

“Status (kenyataan) tu salah. Yang betulnya, guna atau tak guna, semuanya akan dihisab.

“Kamu pakai akan dihisab, kamu tak pakai pun akan dihisab. Allah akan tanya. Antara soalan yang kita akan kena adalah tentang harta yang kita dapat, yang kita kumpul dalam dunia. Di mana kita dapatkan, bagaimana kita beli, duit halal atau tidak,” jelasnya.

Tiada Hadis Jelas Hukum Barang Yang Tak Dipakai 40 Hari Akan Dihisab

Tegas UAI, tiada hadis yang menjelaskan bahawa barang yang tidak dipakai selama 40 hari akan dihisab.

“Tidak ada sebut dalam hadis, 40 hari, 30 hari, hisab dan tidak hisab, semua harta hak kita akan dihisab.

“Kamu pakai hari-hari, akan dihisab. Kamu tak pakai, akan dihisab. Semua hak kita, akan dihisab.

“Kalau betul urusan jual belinya, selamat. Kalau ambil hak orang, tipu, susah kita,” jelas UAI.

Baca Artikel Berkaitan: Bayar Satu Tapi Dapat Dua Barang Dari Vending Machine, Boleh Ke Ambil? Ini Penjelasan UAI

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Harta Yang Tak Diguna Akan Dihisab? Ini Penjelasan UAI [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.