“Pay Me!” – Pelancong Malaysia Di India Dituduh Tak Bayar Barang, Sekali Ada Bukti Rakaman Vlog [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan pelancong dari Malaysia dikenali sebagai Jieha telah pun menghulurkan wang kertas kepada peniaga India itu sebelum dirinya dituduh tidak melakukan pembayaran.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Apabila melancong ke luar negara, sudah tentu kita akan berasa teruja untuk membeli-belah di sana. Namun begitu, jangan sampai terleka pula sebab kadangkala, ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menipu atau scam pelanggan.
Kebiasaannya, taktik peniaga adalah dengan menuduh pembeli belum membuat pembayaran sedangkan pada hakikatnya, pelanggan itu sudah pun membayar di depan matanya.
Wanita Hulur Wang Kertas Kepada Peniaga Di India Selepas Beli Cenderamata
Itulah yang berlaku kepada sekumpulan pelancong dari Malaysia semasa bercuti di Jaipur, India baru-baru ini. Menurut seorang wanita dikenali sebagai Jieha, dia sudah pun membayar bagi lima jenis item cenderamata yang dibeli.
Malah dalam video yang dirakam, jelas menunjukkan Jieha telah pun menghulurkan sehelai wang kertas kepada seorang peniaga lelaki.
Jieha kemudiannya meletakkan barang-barangan yang dibeli ke dalam begnya memandangkan peniaga itu tidak menyediakan bungkusan plastik.
Peniaga Tuduh Pelancong Dari Malaysia Tidak Bayar Barangan Cenderamata
Namun apabila Jieha bersama kumpulannya mahu beredar dari situ, peniaga tersebut dengan pantas menghentikan mereka dan meminta untuk membuat pembayaran.
“Pay me, pay me,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan:Ramai Puas Hati Lihat Lelaki Malaysia Kejar Wanita Didakwa Pickpocket Di Budapest [Video]
Peniaga Biarkan Pelanggan Pergi Selepas Ada Bukti Pembayaran Menerusi Rakaman Video
Bagaimanapun selepas suami kepada Jieha berkata dia mempunyai bukti pembayaran menerusi rakaman vlog dari DJI Osmo Pocket 3, peniaga itu terus membiarkan mereka pergi dan tidak lagi menuntut mereka untuk membayar.
Simpan Resit Atau Rakam Video Sebagai Bukti Pembayaran
Mengambil iktibar daripada kejadian terbabit, Jieha menerusi kapsyen hantaran menasihati orang ramai agar sentiasa menyimpan resit dan bukti pembayaran bagi mengelakkan diri dituduh sepertinya.
Jika peniaga tidak menyediakan resit, pastikan anda merakam video sebagai bahan bukti.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan:“Nasib Ada Resit” – Pelancong Malaysia Kecewa Diviral Konon Tak Bayar Makan, Restoran Popular Indo Mohon Maaf [Video]
Baca Artikel Berkaitan:“Beware Guys!” – Pelancong Malaysia Kongsi Rakaman Nyaris Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di London [Video]
Ramai Setuju Penting Rakam Video Ketika Buat Transaksi Pembayaran Di Luar Negara
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai bersetuju bahawa menyimpan bukti pembayaran sangat penting apabila melancong ke luar negara.
“Dah banyak tempat pelancongan kena scam dah. Video memang pilihan terbaik untuk nak stay selamat,” kata seorang lelaki.
“Betul-betul berguna yang suka merakam buat vlog semua ni. Apa-apa jadi ada bukti,” tambah seorang wanita.
Malah ada yang berkata tidak logik peniaga berkenaan tidak ingat bahawa pembeli sudah melakukan pembayaran kerana dia tidak mempunyai ramai pelanggan pada ketika itu.
“Dia memang nak belit (tipu) tu. Mustahil tak ingat. Sebab dua orang je pelanggan dia dalam satu masa. (Peniaga tu) cuba je dulu, mana tahu menjadi nak scam. Sekali orang rakam video pula,” ujar seorang pengguna Threads.
Netizen Kongsi Pengalaman Hampir Kena Scam Di Kashmir
Sementara itu, segelintir individu turut berkongsi situasi hampir sama yang berlaku semasa membeli di negara luar.
“Saya masa pergi Kashmir hari tu pun kena lipat (tipu) masa nak beli air dengan jajan. Kita ni jenis tengok harga. Dia kira melebih-lebih pulak. Bila kita tunjuk harga dekat plastik makanan tu, terdiam dia (peniaga),” dakwa seorang warganet.
Berikut antara komen-komen netizen:








Baca Artikel Berkaitan: Influencer Kongsi Tips Elak Kena Caj Mahal Ketika Makan Nasi Padang Di Indonesia [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Kantoikan Pelanggan Didakwa Banyak Kali Makan Tak Bayar
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Bukit Bintang, RM8,200 Hasil Titik Peluh Jual Kuih Lesap
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹






