Now Reading
“Jangan Jilat” – Perunding Imej Kongsi Cara Elegan Makan Kon Aiskrim Raih Perhatian [Video]

“Jangan Jilat” – Perunding Imej Kongsi Cara Elegan Makan Kon Aiskrim Raih Perhatian [Video]

Menurut Perunding Imej dikenali sebagai Wawa Idris, makan kon aiskrim menggunakan sudu kecil mengurangkan risiko ia meleleh.

Ringkasan
  • Wawa Idris, an Image Consultant, suggests using a small spoon to eat ice cream cones at events for a more elegant appearance.
  • Using a spoon reduces the risk of ice cream melting on clothes and helps keep lipstick intact for women at formal occasions.
  • Netizens had mixed reactions, with some praising the tip as more sopan and others finding it troublesome and unnecessarily complicated.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali pergi ke sesebuah majlis, sudah tentu kita perlu menjaga adab, etika, kelakuan agar tidak mengganggu majlis.

Namun kadangkala apa yang berlaku semasa majlis berlangsung adalah makanan tertumpah pada pakaian sampaikan membuatkan seseorang itu kelihatan tidak kemas. Lebih-lebih lagi jenis makanan yang mudah cair seperti aiskrim.

Perunding Imej Kongsi Cara Lain Untuk Makan Kon Aiskrim Dengan Kemas & Elegan

Baru-baru ini, seorang Perunding Imej (Image Consultant) dikenali sebagai Wawa Idris ada berkongsi tentang cara lebih ‘proper’ atau lebih tepatnya elegan untuk makan kon aiskrim semasa berada di majlis perkahwinan.

Caranya adalah mencedok aiskrim menggunakan sudu kecil dan makan secara perlahan-lahan.

Kebiasaannya, seseorang itu akan makan terus aiskrim daripada kon tersebut sama ada dengan menjilatnya atau gigit.

Walaupun menurutnya cara itu tidak salah, namun menyuap aiskrim menggunakan sudu kecil seperti yang dikongsikan di dalam video dikatakan lebih kemas dan elegan.

Sumber: Threads (wawaidrisofficial)

Risiko Aiskrim Cepat Meleleh Kurang, Lipstick Terjaga

Tambah Wawa, ia akan mengurangkan risiko aiskrim tersebut cair yang akhirnya berkemungkinan terkena pada pakaian. Untuk kaum wanita pula, gincu yang dipakai pada bibir akan lebih terjaga dan tidak comot.

“Kurang risiko meleleh, lipstick pun lebih terjaga, dan kita tak perlu jilat aiskrim depan ramai orang. Ini bukan wajib, cuma salah satu etiket (etiquette) kecil yang boleh buat penampilan nampak lebih polished (rapi),” katanya di ruangan kapsyen.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Ni Soal Adab” – Isu Selamba Sambut Birthday Di Majlis Orang Lain Undang Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Geram Lihat Tetamu Kenduri Kahwin Lepak Lama Di Meja Hingga Ada Jemputan Lain Terpaksa Makan Di Lantai [Video]

Ramai Suka Tips Yang Dikongsikan Oleh Wawa Tentang Cara-cara Makan Dengan Sopan Di Majlis

Perkongsian Wawa ini kemudiannya telah mendapat perhatian ramai netizen. Ada yang berkata mereka menggunakan cara yang sama selama ini.

“Kenapa sama (cara makan aiskrim). Guna sudu lebih sopan tapi anak lelaki saya cakap saya tak tradisional,” kata seorang wanita.

“Tolong kongsi lagi sis! Saya serius perlukan semua ilmu ni sebab saya selalu ikut suami saya pergi majlis berkaitan bisnes,” tambah seorang lagi wanita.

Malah ramai bersetuju bahawa cara dikongsikan Wawa kelihatan lebih sopan daripada kebiasaannya.

“Saya tetap support sis buat perkongsian macam ni. Cara ni sememangnya nampak lebih beradab dan nampak berkelas. Nampak sopan,” ujar seorang pengguna Threads.

Ramai Juga Anggap Makan Kon Aiskrim Pakai Sudu Sedikit Leceh

Bagaimanapun, ramai juga yang menganggap bahawa cara itu agak leceh dan sedikit lambat.

“Elegan ya sis makan. Kalau saya tak peduli dah ayu ke tak ayu. Saya lapar dan nak makan. Mulut sepah (comot) pun tak apa janji puas,” kata seorang warganet.

Sementara itu, ada juga yang berkongsi tips lain untuk makan kon aiskrim dengan lebih kemas. ketika berada di kenduri kahwin.

“Ambil cawan air sirap atau cawan kertas yang ada, minta vendor letak (aiskrim) dalam tu. Lebih simple dan tak rumit,” kata seorang lelaki.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Makcik Di Kenduri Kahwin Mahu ‘Tapau’ Lauk Siap-siap Ketika Majlis Belum Bermula

Baca Artikel Berkaitan: Tuan Rumah Tempah Cendol Jagung Namun Tetamu ‘Demand’ Nak Macam-Macam Buat Ramai Bengang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Satu Keluarga Bertengkar Selepas Kenduri Kahwin, Rupanya Duit Tetamu Bagi Ada Sihir

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.