Now Reading
Boleh Nak Makan Tapi Berpada, Ini Manfaat Buah Durian Kepada Wanita Hamil

Boleh Nak Makan Tapi Berpada, Ini Manfaat Buah Durian Kepada Wanita Hamil

Menurut laman Hello Doktor, pengambilan buah durian ketika hamil juga dapat mengelakkan penyakit anemia iaitu keadaan di mana kadar hemoglobin berkurang dalam darah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial hantaran seorang wanita yang sedang hamil 22 minggu makan 23 ulas durian.

Perkongsian itu nyata mendapat perhatian sehingga ramai yang menasihatinya agar berhati-hati dan mengurangkan pengambilan raja buah itu kerana ia dikhuatiri memberi kesan kepada diri dan bayi dalam kandungan.

Namun jangan tidak tahu, jika diambil dengan kadar sederhana atau berpada, durian sebenarnya memberi manfaat kepada mereka yang berbadan dua.

5 Manfaat Buah Durian Buat Ibu Hamil

Berikut kami kongsikan lima kebaikan durian kepada ibu hamil yang mungkin ramai tak tahu.

Lepas ni, ibu hamil tak perlu takut jika teringin makan durian asalkan diambil dengan kuantiti yang sederhana.

#1 Durian Legakan Penyakit Anemia, Tinggi Kandungan Asid Folik

Menurut laman Hello Doktor, pengambilan buah durian ketika hamil dapat mengelakkan penyakit anemia iaitu keadaan di mana kadar hemoglobin berkurang dalam darah.

Penyakit ini boleh menyebabkan kecacatan serta kematian kepada janin dalam kandungan.

Malah, ia juga boleh menyebabkan ibu mengandung mengalami keletihan, insomnia dan sakit kepala.

Jangan tidak tahu, buah durian mempunyai kandungan asid folik yang sangat tinggi.

Kandungan asid folik yang tinggi mampu menghasilkan hemoglobin dalam darah sekaligus mengelakkan anemia ketika hamil.

#2 Bantu Pelihara Otak & Tulang Belakang Bayi

Bukan itu sahaja, durian juga mempunyai kandungan folat yang tinggi.

Folat amat penting bagi mereka yang sedang hamil kerana ia menggalakkan pertumbuhan tisu badan serta memelihara kesihatan otak dan tulang belakang bayi dalam kandungan.

#3 Durian Mempunyai Serat Semulajadi, Bantu Proses Pencernaan & Atasi Sembelit

Masalah sembelit sememangnya amat sinonim dengan ibu hamil. Nak membuang memang rasa susah!

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Hospital KPJ Ampang Puteri, Dr Nurul Khairiyah Khairuddin, keadaan ini adalah satu perkara biasa kepada wanita hamil memandangkan ia adalah kesan pengambilan zat besi dan hormon mengandung.

Jelasnya, buah durian mempunyai kandungan serat yang membantu proses pencernaan menerusi peningkatan pergerakan peristaltik usus.

Bukan itu sahaja, serat dalam durian juga membantu pengeluaran enzim pencernaan serta jus gastrik bagi melancarkan sistem penghadaman.

#4 Kaya Dengan Mineral, Tingkatkan Imun Badan

Bukan hanya sekadar asid folik, serat dan folat, raja buah ini sememangnya mengandungi pelbagai nutrien yang pastinya memberi kebaikan kepada ibu serta bayi dalam kandungan.

Menurut Dr Nurul Khairiyah, durian mempunyai kandungan kalium yang lebih tinggi berbanding pisang.

“Kandungan ini membantu menyeimbangkan aliran darah ibu hamil di samping membantu mengawal pengumpulan air dalam sel.

“Kita tahu ibu mengandung selalu kena edema atau keadaan kaki tangan bengkak akibat pengumpulan air waktu mengandung. Makan sedikit durian dapat membantu mengurangkan edema ini.

“Ia turut diperkaya Vitamin C dan organo-sulfur bagi membantu mengurangkan jangkitan kuman dan kulat. Vitamin E serta Beta Caroten pula dapat meningkatkan imunisasi tubuh.

“Ini membantu menaikkan sistem imuniti ibu hamil yang mudah terkena jangkitan kulat dan kuman,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia.

#5 Durian Bantu Ibu Hamil Dapat Tidur Lena

Kebanyakan wanita hamil sering berhadapan dengan masalah tidur. Ramai yang sukar mendapat serta menikmati tidur yang lena.

Tahukah anda, durian mengandungi asid amino tryptophan yang membantu meningkatkan penghasilan hormon serotonin dan melatonin?

Kedua-dua hormon ini bertanggungjawabkan menguruskan fungsi tidur serta mengurangkan stres.

Hormon tryophan juga membantu individu untuk tidur lena khususnya mereka yang hamil pada waktu malam.

Berapa Ulas Durian Yang Boleh Diambil Wanita Hamil?

Jadi, tidaklah menjadi satu kesalahan jika ibu hamil mahu menikmati buah durian memandangkan raja buah itu ada kebaikan tersendiri kepada mereka yang berbadan dua.

Namun, sekali lagi diingatkan, ia perlu diambil dengan kadar sederhana dan tidak keterlaluan.

Jelas Dr Nurul Khairiyah, sajian ideal yang disarankan adalah sebanyak dua ulas dan jumlah itu mencukupi untuk membekalkan nutrisi kepada tubuh.

Manakala buat mereka yang mempunyai diabetes, pengambilannya perlu dikurangkan.

Baca Artikel Berkaitan: Kawal Makan Durian Jika Ada Risiko Kesihatan, Kata Pakar

Baca Artikel Berkaitan: Tangan & Kaki Kebas Setiap Kali Selepas Makan Durian? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.