Now Reading
Pengakhiran Yang Didambakan, Siak Meninggal Dunia Sewaktu Solat Isyak Di Masjid

Pengakhiran Yang Didambakan, Siak Meninggal Dunia Sewaktu Solat Isyak Di Masjid

Menurut Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah hasil temubual bersama waris siak berkenaan, Allahyarham mempunyai rekod penyakit asma dan diabetis selain mengikuti rawatan berkala di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap umat Islam pastinya mengimpikan kematian khusnul khatimah bagi pengakhiran kehidupan di dunia. Malah ia adalah satu kematian yang dicemburui apabila ada individu meninggal dunia dalam keadaan dirinya sedang beribadah kepada Allah SWT.

Tok siak rebah ketika solat Isyak sebelum meninggal dunia

Terbaharu, satu lagi pemergian yang dicemburui berlaku di Masjid Nurul Iman, Kampung Titi Teras pda 25 Jun apabila seorang siak meninggal dunia sewaktu solat Isyak.

Siak, Allahyarham Md Zahir Hamid yang berusia 53 tahun awalnya rebah ketika rakaat ketiga solat Isyak sebelum disahkan meninggal dunia.

Selalu hadir ke masjid jemaah setiap kali solat fardu

Salah seorang jemaah yang berada di masjid terbabit memaklumkan ia sudah menjadi rutin buat arwah untuk hadir menunaikan solat secara berjemaah untuk setiap fardu memandangkan Allahyarham adalah siak di masjid itu.

“Kematian yang dicemburui ramai.. pemergiannya pada malam Jumaat, hari Asyura, bulan Muharram yang penuh keberkatan dan kemuliaan merupakan pengakhiran yang baik dalam hidupnya.

“Sememangnya beliau seorang yang baik semasa hayatnya,” kata jemaah yang enggan dikenali itu, lapor Sinar Harian.

Malah pemergian beliau memberikan kesan kepada penduduk setempat kerana sikapnya yang disenangi ramai dan mempunyai sifat terpuji.

Arwah ada rekod penyakit asma dan diabetis

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah dalam pada itu turut memaklumkan polis telah menerima laporan berhubung kes pada 9.15 malam.

“Hasil temubual dengan waris memaklumkan mangsa mempunyai rekod penyakit asma dan diabetis selain perlu mengikuti rawatan berkala di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.