Now Reading
Didakwa Guna Potongan Al-Quran Palsu & Hadis Dhaif, Netizen Minta KDN Siasat Buku Dakwah Tular

Didakwa Guna Potongan Al-Quran Palsu & Hadis Dhaif, Netizen Minta KDN Siasat Buku Dakwah Tular

Menurut seorang pengguna Threads, sebahagian dalil di dalam buku yang diterbitkan seorang pempengaruh Islamik terkenal itu tidak tertulis di dalam kitab suci Al-Quran seperti mana yang dinyatakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Fatin mendedahkan buku viral bersifat dakwah yang didakwa menggunakan potongan ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang salah serta mengelirukan.

Jelasnya, sebahagian dalil di dalam buku yang diterbitkan seorang pempengaruh Islamik terkenal itu tidak tertulis di dalam kitab suci Al-Quran seperti mana yang dinyatakan.

Dakwa Dalil Hadis Dijana Guna AI

Malah dia juga mendakwa dalil yang disertakan di dalam buku adalah hasil janaan AI (Kecerdasan Buatan).

“Dalil ChatGPT. Sejak bila ayat Al-Mulk ada ayat macam tu? Kami cari sebahagian ayat-ayat Al-Quran dalam buku ni di dalam mana-mana surah lain pun tak ada,” dakwanya.

Dakwa Penulis & Editor Buku Adalah Orang Yang Sama

Fatin dalam masa sama mempersoalkan kesahihan buku tersebut kerana menurutnya penulis dan penyunting (editor) merupakan orang yang sama.

“Beliau tulis, beliau juga la yang proof read. Mana nak nampak salahnya,” katanya.

Semakan kami pada helaian tangkap layar buku tersebut, tiada kredit khusus untuk penulis sebaliknya penerbit menggunakan terma ‘idea penulisan’.

View on Threads

Hadis Yang Digunakan Dalam Buku Adalah Dhaif & Palsu

Seorang lelaki dikenali sebagai Syahdin yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang hadis juga ada menyuarakan tentang isu buku yang memaparkan dalil-dalil yang didakwa tidak tepat itu.

Jelasnya, beberapa tangkap layar gambar helaian buku tersebut menunjukkan beberapa hadis dhaif dan palsu.

“Daripada dua gambar yang tersebar ini, hadis pertama berkenaan: ‘Wanita solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak beriman’. Hadis ini adalah hadis berstatus Dhaif Jiddan dan jalur lain dinilai sebagai palsu.

“Hadis disandarkan pula kepada Imam Tirmdzi? Sangat tidak tepat untuk disandarkan kepada Imam Tirmidzi dan tiada dalam nukilan Jami’ Tirmidzi,” katanya.

View on Threads

Perlu Rujuk Pakar Dahulu Sebelum Terbitkan Buku Islamik

Dia dalam masa sama memberi teguran kepada influncer yang menerbitkan buku tersebut agar menyemak semula semua sumber sebelum mengeluarkan buku berkenaan.

“Teguran terbuka untuk influencer, saya faham kalian sangat rakus untuk berkongsi manfaat kepada masyarakat, ianya satu usaha dakwah yang baik. Cuma saya agak terkejut selepas Subuh, terjumpa satu posting berkenaan sebuah buku karya influencer.

“Komenter saya ini hanyalah pada hadis yang digunakan, kalau ayat al-Quran mungkin (boleh rujuk) Ustazah Haneem (Ketua Unit Regulatori Al-Quran dan Hadis Kementerian Dalam Negeri) sebab mereka yang bertanggungjawab boleh tegur. Setiap karya kamu perlu disemak oleh mereka yang ahlinya,” tegurnya.

Ramai Harap KDN Jalankan Siasatan & Ambil Tindakan Segera

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memandang serius tentang dakwaan tersebut dan berharap agar KDN mengambil tindakan sewajarnya.

“Kesalahan ‘ayat al-Quran’ dalam beberapa muka surat ini bukan kesalahan seperti baris atau titik, ini reka terus ayat yang tidak ada dalam al-Quran. Sangat-sangatlah tidak patut.

“Buku ini sepatutnya ditarik daripada pasaran dan dilupuskan. Mohon KDN bertindak segera,” kata seorang penulis tadabbur al-Quran dikenali sebagai Fakhri Fadzli.

Menerusi semakan kami, admin akaun Threads Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN telah pun mengambil maklum dan meminta Fatin untuk membuat aduan rasmi.

Untuk info, anda boleh layari pautan rasmi SISPAA KDN untuk membuat sebarang aduan berkaitan.

Sumber: Threads

Bimbang Jika Ada Pembaca Yang Percaya Kandungan Buku

Sementara itu, ramai juga meluahkan rasa bimbang terhadap pembaca yang mungkin mempercayai keseluruhan kandungan buku berkenaan.

“Selepas double check dalil-dalil yang ada dalam buku ni, saya termenung terfikirkan pembaca lain yang mungkin menyerap semua kandungan dalam buku ni.

“Kepada semua pembaca, rujuklah kembali kepada bahan pembacaan dengan sumber yang sahih iaitu al-Quran dan hadis. Zaman sekarang ni penulis bebas menulis apa sahaja walau pengetahuan mereka tidak dalam, apatah lagi dengan bantuan AI,” ujar seorang wanita.

“Sejujurnya membimbangkan memandangkan kebanyakan buku mereka (pasangan influencer) konten pasal agama tapi terbitkan buku yang mengarut macam ni,” tambah seorang lagi netizen.

Berikut antara komen-komen netizen.

Sumber: Threads
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.