“Nak Beri Sumbangan, Berilah Yang Terbaik” – PU Syed Dedah Individu ‘Sedekah’ 20 Kg Daging Korban Rosak [Video]

Dedah PU Syed, tukang masak di madrasah memaklumkan kepadanya bahawa daging korban itu berbau busuk dan berwarna kehitaman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sedekah merupakan antara amalan paling mudah buat muslim untuk mendapat ganjaran pahala.

Tidak kiralah barangan apa pun, asalkan ia memberi manfaat dan kebaikan kepada pengguna.

Namun ada segelintir individu yang tergamak menyumbang barangan lama sehingga boleh membawa mudarat kepada orang lain.

Individu Sumbang 20 Plastik Daging Korban, Tukang Masak Maklum Daging Bau Busuk & Berwarna Kehitaman

Baru-baru ini, pendakwah bebas, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak Benyahya mendedahkan ada individu menyumbang 20 plastik daging korban ke Kompleks Pendidikan Baitul Dhiya’.

Apa yang menjadi perhatian adalah PU Syed mendakwa tukang masak madrasah itu memaklumkan kepadanya bahawa daging berkenaan berbau busuk dan berwarna kehitaman.

Namun dakwa PU Syed, apabila ia dimaklumkan kepada individu terbabit, si pemberi mendakwa daging tersebut berbau kerana darah.

Lebih mengejutkan, daging itu disumbang selepas hampir sebulan berlangsungnya Hari Raya Aidiladha.

“Tukang masak maklum yang daging tersebut dah berbau dan kelihatan daging juga sudah nampak kehitaman. Hamba Allah tu cakap berbau sebab darah. Ada ke macam tu?

‘Semalam (23 Jun), 7 Muharam, bermakna dekat sebulan baru daging ni diberikan kepada kompleks,” jelasnya.

PU Syed Syukur Terima Sumbangan Namun Biarlah Barang Dalam Keadaan Baik

Jelas pendakwah yang juga pengasas madrasah tersebut, dia menzahirkan rasa syukur dengan sumbangan yang diterima namun PU Syed berpendapat barang yang diberi perlulah berada dalam keadaan baik.

“Jika nak beri dalam keadaan daging masih okay, kami bersyukur tetapi dalam keadaan macam ni, baru nak diberikan.

“Tidakkah ini tindakan yang tak bagus? Kami terima sumbangan tetapi biarlah yang baik dan masih sempurna,” katanya.

Daging Terpaksa Ditanam, Elak Beri Mudarat Kepada Pelajar

Dalam hantaran berasingan, PU Syed mendedahkan mereka akhirnya membuat keputusan untuk menanam 20 kilogram (kg) daging korban tersebut.

Ini kerana jelasnya dia tidak mahu pelajar di kompleks itu mendapat risiko sakit perut dan sebagainya.

Nasihat Orang Ramai Sumbang Barang Dalam Keadaan Baik

Pada masa yang sama, PU Syed turut menasihatkan kepada orang ramai agar menyumbang barangan yang berada dalam keadaan baik.

“Bila tengok daging itu pagi ini (24 Jun) memang busuk sangat. Saya ambil keputusan kita tanam daging tersebut.

“Cuma nasihat saya, kalau kita nak menyumbang kepada mana-mana pihak, berilah yang terbaik. Bayangkan daging korban dah hampir sebulan, baru dihantar ke tempat kami.

“Sampai ke tempat kami, daging tu dah busuk, daging tu dah lama sangat. Kita tak sanggup nak masak. Kita sendiri nak makan pun tak sanggup apatah lagi kalau saya benarkan tukang masak masak untuk pelajar kami.

“Saya seru sekali lagi, kalau kita nak beri sesuatu benda kepada seseorang, beri yang terbaik.

“Allah kata, ‘kamu selama-lamanya tidak akan dapat mencapai kebaikan sehingga kamu beri apa yang kamu suka.

“Jadi sepatutnya kalau dia hantar awal, boleh. Sebab kita ada freezer. Kita letak daging-daging tersebut,” kongsinya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: “Sebaknya Hati” – Wanita Dakwa 20KG Daging Korban Dibuang Di Pelupusan Sampah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Bagi Haiwan Peliharaan Makan Daging Korban? Ini Penjelasannya [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.