Now Reading
Ahli Kimia Luar Negara Dedah Kebaikan Durian & Akui Suka Durian Malaysia [Video]

Ahli Kimia Luar Negara Dedah Kebaikan Durian & Akui Suka Durian Malaysia [Video]

Menurut Dr Dan Gubler buah durian mempunyai antioksida yang tingga dan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Durian merupakan makanan yang terkenal di Asia Tenggara khususnya negara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Setiap negara pastinya mempunyai keunikan durian yang tersendiri, namun jika di Malaysia raja buah ini mempunyai pelbagai jenis dan antara menjadi rebutan seperti:

  • Musang king
  • Duri hitam
  • Udang Merah
  • IOI
  • Durian Kampung dan banyak lagi

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Boleh Ke Ibu Bapa Beri Bayi Makan Buah Durian? Ini Penjelasannya

Dr Dan Gubler kongsi kebaikan makan buah durian, termasuk bunuh sel leukemia

Baru-baru ini seorang Ahli Kimia Organik yang juga Penasihat Pemilihan Makanan terkenal di Amerika Syarikat, Dr Dan Gubler telah berkongsi kebaikan sekiranya makan buah durian.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Dr Dan Gubler menjelaskan antara khasiat durian adalah ia boleh membunuh sel leukemia.

Meskipun ada segelintir yang menyifatkan rasa serta bau durian adalah busuk namun tidak bagi Dr Dan Gubler.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan Gas Bocor, Bomba Datang Rumah Selepas Rakyat Malaysia Makan Durian Dalam Apartmen Di Paris [Video]

Durian berikan tenaga dan membantu kesuburan

Durian juga membekalkan tenaga kepada badan bagi mereka yang menikmatinya selain dapat membantu kesuburan.

Menurutnya lagi, buah durian juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan tinggi dengan antioksida.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tangan & Kaki Kebas Setiap Kali Selepas Makan Durian? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu [Video]

Tidak menyebabkan pertambahan berat badan jika…

Apa yang lebih menarik ia juga adalah buah yang mempunyai anti keradangan yang tinggi. Bahkan turut menyatakan seseorang tidak akan mengalami pertambahan berat badan sekiranya menikmati raja buah itu.

Walau bagaimanapun, ia perlulah dimakan dengan jumlah yang sedikit dan tidak selalu. Malah makan durian dengan jumlah yang terlalu banyak juga boleh menyebabkan seseorang mengalami kenaikan suhu badan.

Antara kelebihan lain adalah:

  • Meningkatkan tahap glutathione secara semula jadi
  • Tinggi dengan serat

Sarankan makan empat ulas, Dr Dan Gubler sifatkan durian Malaysia terbaik

Tegasnya jika ingin mendapatkan manfaat kebaikan durian, kuantiti yang disarankan adalah sekitar empat ulas dan tidak dimakan selalu.

Dr Dan Gubler turut menyifatkan dia suka semua durian yang dari Malaysia dan menyifatkan ia adalah yang terbaik.

Ramai bangga durian Malaysia disifatkan yang terbaik

Melihat di ruangan komen, ramai yang bersetuju durian dari Malaysia adalah yang terbaik.

Bahkan ada yang baru mengetahui khasiat sebenar dalam durian sebaik dijelaskan oleh Dr Dan Gubler.

Tidak kurang juga ramai rakyat Malaysia yang bangga apabila durian di negara ini disifatkan sebagai yang terbaik.

“Saya dari Indonesia, tetapi saya perlu akui durian Malaysia mempunyai rasa yang enak”

“Durian Malaysia sentiasa terbaik. Bangga awak menyukainya”

“Ia adalah pujian yang besar untuk Malaysia”

“Sebagai Malaysia, saya setuju dengan perkara ini”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.