Now Reading
Wanita Terkejut Jumpa Bendasing Seperti Gigi Manusia Dalam Bihun Goreng

Wanita Terkejut Jumpa Bendasing Seperti Gigi Manusia Dalam Bihun Goreng

Pun begitu peniaga kedai makan itu mendakwa objek dijumpai itu bukan gigi sebaliknya tulang daging.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apabila menjual makanan, peniaga perlulah memastikan kawasan memasak, premis dan juga makanan yang disediakan berada dalam keadaan bersih serta menggunakan bahan atau barangan yang selamat.

Namun masih ada peniaga memandang enteng perkara tersebut, sehingga ada pelanggan yang terjumpa bendasing dalam makanan.

Tular pelanggan jumpa bendasing seperti gigi dalam makanan dibeli

Terbaharu seorang pelanggan wanita trauma apabila terjumpa sesuatu benda asing dalam bihun goreng yang dibungkus dari kedai.

Menerusi hantaran di Threads, pengguna dikenali sebagai Najwa telah bertanya kepada para dentist untuk membantunya mengenali bendasing yang dipercayai gigi dalam makanan tersebut.

Dah makan dua ke tiga suap baru perasan objek macam gigi dalam bihun goreng

Menurut Najwa, dia telah membeli bihun goreng di sebuah kedai makan yang terletak di kawasan Kubang Kerian, Kelantan.

“Saya bungkus satu, lepastu makan dua ke tiga suap baru perasan (bendasing), ingatkan lauk!” ujarnya.

Minta duit dipulangkan, peniaga dakwa bendasing adalah tulang daging

Ekoran daripada insiden itu, dia kemudian kembali ke kedai makan berkenaan untuk meminta pulangan wang. Namun peniaga mengatakan obejk yang dijumpai itu adalah tulang daging.

“Tapi kedai dia semua masakan panas, dia cakap serpihan daging. Betul ke?” soalnya lagi.

Bendasing dilihat seperti gigi geraham

Dalam gambar dikongsikan kelihatan bendasing dilihat seperti serpihan gigi geraham manusia pada bihun goreng berkenaan.

Najwa turut memaklumkan, bendasing seperti gigi itu bukan miliknya kerana dia tidak mengalami gigi patah mahupun berlubang.

View on Threads

Ada doktor gigi dakwa ia sememangnya gigi

Melihat di ruangan balas, ada seorang wanita yang mendakwa dirinya doktor gigi menyifatkan bendasing tersebut kelihatan seperti gigi geraham kecil yang berlubang dan patah.

Tidak kurang ada yang berasa ‘kembang tekak’ apabila melihat gambar gigi dalam bihun goreng yang dikongsikan itu.

Ada juga yang meminta agar wanita berkenaan mengambil bendasing tersebut dan membawa ke mana-mana klinik pergigian untuk memastikannya adalah gigi atau sebaliknya.

Pun begitu ada yang berpendapat objek dijumpai mungkin bukan gigi seperti yang didakwa orang ramai.

“Saya doktor gigi klinik dekat Kubang Kerian. Nampak macam gigi geraham kecil yang berlubang dan patah.”

“Cuba bawa pergi mana-mana doktor gigi dan cek. Aduhai, kalau betul gigi mahu muntah hijau.”

“Dua kali dah orang beli makanan jumpa gigi macam ni”

“Saya bukan doktor gigi, tapi tu memang gigi weh”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.