Unik! Pengakap Iring Pengantin Ketika Majlis Persandingan, Siap Buat Kawad Tongkat [Video]
Dalam video tersebut kelihatan dua kumpulan pengakap masuk ke dalam dewan sambil membawa tongkat untuk mengiringi pengantin.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pasangan yang baru sahaja bernikah pasti mempunyai impian tersendiri dalam meraikan majlis persandingannya. Malah kita juga sering melihat perkahwinan yang diiringi tentera dengan membawa pedang, pancaragam dan banyak lagi.
Pengakap iring pengantin ketika majlis sanding
Namun sepasang pengantin yang meraikan perkahwinan mereka, dilihat lebih unik apabila membawa sepasukan pengakap sebagai pengiring sewaktu majlis bersanding.
Menerusi video dimuat naik Pali Nul di TikTok, awalnya kelihatan sekumpulan pengakap wanita yang masuk ke dalam dewan sambil membawa tongkat pada sisi mereka.
Mereka kemudiannya membentuk dua barisan dan berdiri secara bertentangan untuk membentuk laluan khas sebelum kemasukan pengantin ke ruang pelamin.
Tidak lama kemudian, kelihatan pasangan pengantin masuk dan berjalan di laluan khas tersebut sehingga ke pelamin umpama istiadat perkahwinan tentera.
Siap buat kawad ketika keluar dari dewan
Sebaik pengantin duduk, pasukan pengakap berkenaan kemudiannya berkawad tongkat untuk keluar dari dewan.
@palieynul Kasi lain sikit 😆. Kawad tongkat di hari perkahwinan. #Pengakap #Kawadtongkat #MajlisPerkahwinan #FazliNulBalkis #pengakapmalaysia
♬ original sound – Pali Nul ⚜️ – Pali Nul ⚜️
Pengakap yang iring adalah pelajar kawad pengantin lelaki
Melihat di ruangan komen, Pali memaklumkan pengakap yang mengiringinya dan isteri sewaktu bersanding itu merupakan pelajar sekolah yang dilatih untuk kawad kaki.
Tidak kurang ramai yang teruja dengan keunikan tersebut, yelah kebiasaannya kita hanya melihat istiadat ini dilakukan oleh polis dan tentera di mana pengantin akan lalu di bawah pedang.
Malah ramai yang berseloroh mengatakan mahu menjemput badan beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah (KRS) untuk membuat kawad ketika majlis perkahwinan.
“Aku kahwin nanti nak suruh KRS buat istiadat dekat situ.”

“Tepuk tepuk pengakap tak ada ke?”

“Sweet lah kawad tongkat di hari bahagia. Tahniah pengantin”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.







