Ramai Kagum Lihat Hasil Lukisan Kanak-Kanak Dijadikan Hiasan Homestay Bertemakan Komik [Video]
Apa yang menjadi perhatian adalah Elvina, 9, yang bertangan kidal dilihat langsung tidak kekok malah mahir menghasilkan lukisan di homestay berkenaan seperti sebuah komik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebanyakan hotel mahupun homestay (inap desa) mempunyai identiti tersendiri. Lihat sahajalah, masing-masing tak nak kalah dengan hiasan dan dekorasi untuk menarik pelanggan.
Kebiasaannya, hiasan sebegini dilakukan oleh pasukan khas seperti interior designer bagi mencantikkan ruang serta menjadikan keadaan sekeliling selesa buat pengunjung.
Kanak-Kanak Ubah Wajah Homestay Jadi Seperti Komik Hasil Tangan Sendiri
Jika sesetengah pengusaha hotel atau homestay lain mengupah orang untuk menghias premis mereka, berbeza pula dengan sebuah inap desa ini.
Manakan tidak, hampir kesemua ruangan homestay yang berkonsepkan komik ini dihiasi dengan lukisan hasil tangan seorang kanak-kanak perempuan.
Perkara itu dikongsikan oleh pemilik homestay, The Comic Stay di platform Threads.
Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan kanak-kanak yang dikenali sebagai Elvina melukis sendiri beberapa objek antaranya seperti bekas payung, almari yang lengkap dengan barang serta tempat menggantung tuala pada dinding homestay berkenaan menggunakan pen marker berwarna hitam.
Apa yang menjadi perhatian adalah Elvina yang berusia 9 tahun dan bertangan kidal itu dilihat langsung tidak kekok menyiapkan ‘tugasannya’ menghasilkan lukisan seperti sebuah komik.
Jelas pentadbir laman The Comic Stay di ruangan komen, Elvina mula melukis sejak umur 5 tahun lagi.
View on Threads
Ibu Tukar Contengan Anak Pada Dinding Jadi Sesuatu Yang Bermakna, Satu Keluarga Ada Bakat Melukis
Namun difahamkan, pemilik The Comic Stay itu adalah ibu kepada Elvina sendiri.
Malah, menerusi satu kapsyen pada video The Comic Stay, beliau memaklumkan rumah inap itu dibangunkan hasil daripada contengan Elvina dan adik-beradiknya di dinding serta impian mereka untuk memiliki hotel.

“Dari contengan jadi impian. Lahirnya The Comic Stay demi merealisasikan impian anak-anak yang minat conteng dinding bilik sendiri dengan berangan nak ada hotel sendiri.
“Mummy cuba untuk realisasikan impian mereka. Maka terciptalah The Comic Stay hasil contengan mereka,” kongsinya.
Menariknya, bukan hanya Elvina sahaja, malah satu keluarga termasuk ibu dan ayahnya turut berganding bahu menghias sendiri inap desa terbabit dengan lukisan komik berkonsep 2D mereka sendiri.

Pendek kata, satu keluarga memang berbakat!
Difahamkan, homestay berkonsepkan komik itu terletak di i-City, Shah Alam Selangor dan Muar/Batu Pahat, Johor dengan kadar semalaman bernilai RM250 ke RM285.
Menerusi semakan kami, homestay ini boleh ditempah menerusi AirBnB dan di laman website The Comic Stay sendiri.
Ramai Kagum Lihat Bakat Kanak-Kanak Lukis Homestay
Perkongsian yang telah mendapat lebih 211,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji hasil air tangan Elvina yang menghias homestay berkenaan.
Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang meminta kanak-kanak berkenaan untuk melukis di premis mereka.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Berbakatnya! Tengok Bila Dia Buat Garisan Tu Tegak Gila, Kalau Saya Dah Senget Benget”

“Kuddos To Her Parents Too, Tak Kekok Langsung Melukis”

“Masya-Allah, Cantik! Datang Lukis Dekat Cafe Acik Nak Tak?”

“Sukanya Parents Macam Ini Yang Support Minat Anak, Insya-Allah Fly High & Dia Akan Happy”

“Kreatifnya! Sumpah Hebat!”

Baca Artikel Berkaitan: “Terpegun Akak Dik”- Aksi Kanak-Kanak Pandai Buat ‘Roti Canai Terbang’ Raih Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Baru Umur 6 Tahun, Aksi Kanak-Kanak Menari Tradisional Ikut Rentak Lagu Buat Ramai Kagum [Video]
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.