Siap Nyanyi Untuk Pelanggan! Keletah Kanak-Kanak Ketika Menjual Barang Buat Ramai Terhibur [Video]
Menerusi video yang dikongsikan oleh pelanggan wanita tersebut di Threads, kanak-kanak terbabit menjelaskan tujuan dia berniaga kerana mahu membantu ibunya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada ketika ini, ramai kanak-kanak dilihat mencari duit poket sendiri dengan membantu ibu bapa berniaga.
Kadangkala, keletah dan gelagat mereka sewaktu menjual produk untuk melariskan jualan nyata menghibur hati yang melihat.
Kanak-Kanak Jual Nachos Bantu Ibu Berniaga, Keletah Comel Buat Pelanggan Terpikat
Semalam (17 Jun), tular di media sosial aksi comel seorang kanak-kanak lelaki ketika menjual nachos kepada seorang pelanggannya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pelanggan wanita tersebut di Threads, kanak-kanak terbabit menjelaskan tujuan dia berniaga kerana mahu membantu ibunya.
Malah, dia turut memujuk pelanggan terbabit untuk membeli satu balang nachos yang dijual dan bersyukur sekiranya produk itu dibeli oleh wanita berkenaan.
Difahamkan, satu balang nachos yang dijual berharga RM26.
“Akak support satu pun saya dah bersyukur sangat-sangat. Ini pun saya meniaga sebab tolong emak je,” katanya.
Siap Nak Nyanyi Jika Pelanggan Beli Produk Jualan
Menariknya, teknik jualan kanak-kanak lelaki terbabit amat unik dan dilihat berbeza dengan yang lain.
Manakan tidak, dia siap mahu menyanyikan sebuah lagu jika wanita terbabit membeli produk jualannya itu.
“Kalau akak support (beli) satu, dah besar buat kami sekeluarga. Kalau akak beli, saya ada satu lagu untuk akak.
“Satu balang ni RM26 sebab RM6 tu untuk duit makan adik-beradik lapan orang, RM20 untuk emak beli barang dapur.
“Akak support satu pun saya dah syukur sangat-sangat, bayar cash boleh, QR boleh. katanya dalam nada comel.
Sebaik wanita itu bersetuju untuk membeli sebalang nachos berkenaan, si comel itu terus menyanyikan sebuah lagu yang tidak diketahui tajuknya dengan aksi bersahaja.
Kongsi pengguna berkenaan, difahamkan budak lelaki itu tinggal di Damansara, Selangor dan dijumpai di Shah Alam.
Malah, dia sempat membungkuskan makanan buat kanak-kanak itu untuk dibawa balik serta dinikmati bersama adik-beradik lain.

“Adik, awak sangat bijak dan berkebolehan. Confident awak buat akak bangga dan kagum sekuat mana ibu awak sekarang.
“Akak dah rasa macam berpidato. Moga Allah lindungi adik ya. Jauh dari Damansara ke sini. Lupa pula akak nak ambil gambar QR.
“Terima kasih gembirakan akak malam ini, ada perkara yang akak pelajari malam ini dari adik,” tulisnya.
View on Threads
Ramai Terhibur & Puji Keyakinan Budak Lelaki Berniaga
Perkongsian yang telah mendapat lebih 10,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan keletah comel kanak-kanak berkenaan ketika berniaga untuk melariskan jualan.
Malah ada juga yang memuji budak lelaki berkenaan dek kerana ‘PR’ dan keyakinannya yang begitu tinggi.
Bukan itu sahaja, rupanya ada warganet yang pernah berjumpa dengannya ketika berkunjung di Shah Alam.
Pun begitu, segelintir warganet berpendapat dengan usia sebegitu, kanak-kanak terbabit seharusnya tinggal di rumah.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Bakal Orang Terkenal Lagi Kaya Raya Macam Aliff Shukri. Bijak. Semoga Jualan Dia Laku Habis & Rezeki Dia Sekeluarga Tak Putus-Putus”

“Comel, Bijak, Confident, Berani”

“Kesian, Malam Sepatutnya Rehat Dekat Rumah, Siapkan Homework”

“Such A Good Boy & Petah, Tetapi Malam Begini Sepatutnya Ibu Bapa Yang Menjual Bukan Dia”

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Usia 11 Tahun Buka Warung Jual Air Demi Kumpul Duit Nak Pergi Umrah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Suka Berniaga Macam Mael Dalam Cerita Upin Ipin, Akhirnya Kanak-Kanak Ini Dapat Jumpa Mael!
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.




