Minum Saffron Boleh Buat Anak Putih? Ini Jawapan Jujur Doktor

Sebenarnya terdapat banyak kebaikan jika seseorang mengamalkan air rendaman herba saffron seperti memperbaiki mood kerana 30 mg saffron setiap hari dipercayai memberi kesan yang sama seperti ubat-ubatan untuk rawatan depresi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Stigma masyarakat Malaysia mengenai perbezaan warna kulit bagai tidak pernah menemui tanda noktah. Bahkan sehingga kini sebarang tips memutihkan kulit pastinya ‘laku keras’ khususnya buat mereka yang mengimpikan kulit putih.

Malah ada yang sanggup mengamalkan pemakanan mahupun minuman tertentu untuk mendapatkan bayi yang putih apabila dilahirkan. Bahkan pasti ada yang pernah terdengar tips yang kononnya ‘jangan makan kicap’ jika tak nak bayi yang lahir berkulit gelap.

Betul ke tips minum air saffron akan buat kulit bayi putih?

Baru-baru ini terdapat pengguna di Threads, yang memberikan tips dengan menggalakkan para ibu hamil untuk mengamalkan meletakkan herba saffron dalam minuman.

Bahkan individu itu juga mendakwa air saffron itu boleh diamalkan apabila kandungan sudah mencecah empat bulan ke atas.

Tips yang diberikan oleh wanita itu kemudiannya mendapat perhatian ramai termasuklah di kalangan pengamal perubatan yang menjawab mengenai amalan minum air saffron boleh membuatkan kulit bayi menjadi putih.

Doktor dedah petua minum air saffron ketika mengandung boleh putihkan kulit bayi tidak benar

Seorang Pakar Bayi dan Kanak-kanak di Tawau, Sabah Dr Deenish menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar.

Kata Dr Deenish, herba saffron tidak memberikan sebarang kesan kepada warna kulit bahkan sempat berseloroh kecuali jika seseorang itu merancang untuk melahirkan satu pek nasi briyani.

Seorang lagi Doktor Kesihatan Wanita dan kandungan, Dr Muhammad Izzat di ruangan balas turut menegaskan bahawa saffron tidak:

  • Memutihkan kulit bayi
  • Menentukan warna mata bayi
  • Mengubah ciri genetik bayi

Malah beliau turut menenangkan para ibu, bayi yang dilahirkan oleh mereka pastinya sempurna.

Dalam ruangan balas, ramai yang turut tidak bersetuju dengan tips saffron boleh menyebabkan kulit bayi dilahirkan putih. Sebaliknya ada yang menjelaskan penggunaan saffron dalam minuman mahupun makanan sememangnya ada kebaikan tersendiri.

“Saffron kuning, kenapa anak putih?”

“Saya minum saffron setiap hari. Ya saya perasan ada banyak kebaikan untuk saya dan anak. Tapi jangan lah ambil tips artis dan influencers ni semua. Kulit ni bergantung pada genetik.”

Ada manfaat lain jika amalkan minum air rendaman saffron

Memetik laporan Hello Doktor, saffron merupakan sejenis rempah yang terhasil daripada stigma bunga yang bernama Crocus Sativus.

Rempah ini juga banyak digunakan di dalam masakan dan juga perubatan sebagai bahan pewarna semula jadi termasuklah perisa.

Malah ia turut dianggap sebagai rempah yang paling mahal di dunia. Ini kerana proses yang agak sukar dan ia boleh mencecah harga sekitar US$500 (RM2,057.88)-US$5,000 (RM20,578.86) untuk setengah kilo dan bergantung kepada kualiti saffron tersebut.

Antara kebaikan mengamalkan air minuman rendaman saffron adalah:

  • Bertindak sebagai antioksidan – kerana mempunyai sebatian seperti crocin, crocetin, safranal, kaempferol. Crocin dan crocetin ada sifat antidepresen serta melindungi sel otak dari kerosakan progresif.
  • Berpotensi memperbaiki mood – 30 miligram saffron setiap hari dipercayai beri kesan yang sama seperti ubat-ubatan untuk rawatan depresi.
  • Ada sifat melawan kanser – kesannya dapat dilihat pada sel-sel kanser seperti, kanser kulit, prostat, serviks, paru-paru, payudara.
  • Kurangkan simptom sindrom pra haid (PMS).
  • Bantu kurangkan selera makan dan turunkan berat badan.
  • Bertindakn sebagai bahan afrodisiak – afrodisiak ialah bahan yang boleh bantu merangsang keinginan seksual seorang individu. Selain itu, boleh tingkatkan fungsi ereksi, libido serta kepuasa keseluruhan secara signifikan.
  • Boleh perbaiki memori pesakit Alzheimer.
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.