Cara Peniaga Di Kg Baru Perkenal Nasi Lemak Secara Detail Kepada Pelancong Mat Saleh Raih Pujian [Video]
Bukan sahaja memperkenalkan secara terperinci, malah pengusaha bersama Nasi Lemak Lemanjah, Azhar Ato juga dipuji kerana kemahiran berkomunikasinya yang baik bersama pelancong dari Australia dan Kanada itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Apabila melancong ke luar negara, sudah pasti kita mahu mencuba makanan tempatan dan menu kegemaran penduduk lokal lebih-lebih lagi yang popular serta menjadi rebutan ramai seperti nasi lemak.
Namun disebabkan tidak familiar dengan makanan itu, mungkin akan ada pelancong yang berasa was-was untuk mencuba. Di sinilah peniaga perlu memainkan peranan untuk mempromosi dan memperkenalkan makanan tersebut kepada mereka.
Pelancong Dari Australia & Kanada Singgah Ke Kampung Baru Untuk Cuba Nasi Lemak
Itulah yang dilakukan pengusaha bersama Nasi Lemak Lemanjah di Kampung Baru, Kuala Lumpur dikenali sebagai Azhar Ato yang mempromosikan hidangan nasi lemak secara terperinci kepada dua orang pelancong lelaki yang masing-masing berasal dari Australia dan Kanada.
Menerusi video dikongsi, kelihatan dua lelaki itu pada awalnya hanya meneliti menu nasi lemak di banner yang tergantung di kawasan luar kedai makan.
Menyedari kehadiran dua pelanggan tersebut yang datang untuk bersarapan pagi, Azhar dengan pantas menyapa dan menyambut mereka dengan mesra.
Peniaga Ramah Mesra & Perkenalkan Nasi Lemak Kepada Pelancong Asing Yang Pertama Kali Mahu Mencuba
Malah peniaga itu juga sempat beramah mesra dan bertanya tentang negara asal mereka.
Namun apa yang mendapat perhatian apabila Azhar memperkenalkan makanan tradisi Malaysia iaitu Nasi Lemak dengan begitu jelas kepada kedua-dua pelancong berkenaan memandangkan mereka pertama kali mahu mencuba menu itu.
Menurut Azhar, dia mahu memberikan pengalaman mencuba nasi lemak yang terbaik kepada kedua-dua pengunjung tersebut.
Jelas pelancong dari Australia, dia dan rakannya tidak kisah jika sambal nasi lemak itu pedas.
“Sudah pasti, sambal kita memang pedas. Terima kasih sebab pilih kami (Nasi Lemak Lemanjah) untuk pengalaman pertama mencuba nasi lemak,” kata Azhar.
Peniaga Kongsi Bahan-bahan Bagi Menu Nasi Lemak
Semasa menyediakan hidangan itu, Azhar turut berkongsi bahan-bahan yang digunakan bagi menyediakan nasi lemak berkenaan termasuklah santan untuk menaikkan aroma nasi.
“Ia (nasi lemak) adalah sarapan yang berat. Kesan sampingan nanti, kalau kamu rasa ngantuk, tu normal. Ia datang dengan kacang, ikan bilis goreng, kangkung dan timun.
“Untuk telur kamu boleh pilih telur rebus separuh masak, atau telur goreng. Sambal pedas ni untuk melengkapi hidangan nasi lemak,” ujarnya.
Baca Artikel Berkaitan: “Nampak Sedap”- Ramai Kagum Lelaki Dari India Masak Nasi Lemak Versi Malaysia [Video]
Peniaga Fasih Berbahasa Inggeris Ketika Perkenalkan Makanan Tradisi Malaysia
Kedua-dua pelancong terbabit dilihat selesa berkomunikasi bersama Azhar kerana peniaga itu menjelaskan semua info tentang nasi lemak dengan baik dalam bahasa Inggeris yang lancar.
Baca Artikel Berkaitan: “Nasi Lemak Nampak Sedap!”- Pasangan Dari AS Kenalkan Sarapan Malaysia Pada Anak-Anak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Food Is Good” – Pempengaruh Perkenal & Hidang Nasi Lemak Di Amerika Syarikat Raih Pujian [Video]
Pelancong Turut Tambah Lauk Daging Rendang Pada Hidangan Nasi Lemak
Dalam pada itu, pelancong luar negara tersebut juga menambah lauk sampingan yang turut menjadi antara combo lauk nasi lemak yang digemari rakyat Malaysia iaitu daging rendang.
@nasilemaklemanjah Tourist singgah cuba rasa #FirstNasiLemakExperience #LetsMakeNasilemakGreatAgain #TasteOfKampongBharu #NasiLemakLemanjah #VisitMalaysia ♬ A Day in My Life – Raya
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: “Nampak Sedap”- Ramai Kagum Lelaki Dari India Masak Nasi Lemak Versi Malaysia [Video]
Ramai Puji Peniaga Perkenal Makanan Tradisi Malaysia Dengan Baik Kepada Pelancong Asing
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji peniaga itu kerana mempromosi makanan Malaysia dengan baik kepada orang luar.
“Orang-orang macam abang ni kita kena angkat dan bagi penghargaan sebab dah mempromosi Malaysia dan sumbangkan sesuatu untuk negara kita. Walaupun nampak kecil, tapi mesti pelancong tu akan bercerita bila dia pergi mana-mana,” kata seorang netizen.
Ramai Puji Peniaga Lancar & Fasih Berbahasa Inggeris
Malah ramai juga memuji Azhar kerana bahasa Inggerisnya yang fasih dan lancar semasa menerangkan tentang makanan.
“Jual nasi lemak speaking macam kabin crew MAS ya,” ujar seorang pengguna TikTok.
“Kemahiran berkomunikasi another level bang! Saya suka tengok cara abang komunikasi dan terangkan tentang nasi lemak dekat mereka,” tambah seorang lelaki.
Sementara itu, cara peniaga itu bersemangat menjual beli juga telah berjaya menarik ramai pelanggan baharu menerusi media sosial.
“Cemerlang English dia. Pandai dia tarik pelanggan. Saya yang tengok video TikTok ni pun teringin nak datang cuba nasi lemak dia ni,” kata seorang wanita.
Berikut antara komen-komen netizen:











Baca Artikel Berkaitan: “Sisi Baik Rakyat Malaysia” – Lelaki Dipuji Bantu Pelancong Dari China Tukar Tayar Kereta [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Lagi Sedap Dari Alkohol” – Pelancong Australia Ketagih Dengan Rasa Quesillo Di Bukit Bintang [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “You’re In The Right Country” – Mat Saleh Puji Malaysia Bebas Tunjuk Sokongan Terhadap Palestin [Video]
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹




