Tular Video Atuk Nangis Dapat Tahu Isteri Meninggal Dunia Lepas Habis Solat, Cucu Kongsi Apa Yang Terjadi
Menurut si cucu, atuknya, Suratman, 77, seolah-olah tidak percaya dengan pemergian nenek kerana baru sahaja berbual bersama sebelum solat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Melepaskan seseorang yang sudah banyak menghabiskan sisa waktu hidupnya bersama kita memang sesuatu yang sangat susah dan berat untuk ditanggung. Itulah yang dilalui seorang warga emas dikenali sebagai Suratman, 77, yang terpaksa meneruskan hidup tanpa keberadaan isterinya lagi di sisi.
Sebelum ini, cucunya, Adlina Azli, 25, menerusi satu hantaran tular di laman Threads telah berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menyaksikan atuknya sedang menunaikan solat di sebelah isterinya, Siti Hamsaton yang terlantar di atas katil.
Nenek Hembus Nafas Terakhir Ketika Atuk Angkat Takbir Semasa Tunaikan Solat
Menurut perkongsian tersebut, Adlina berkata neneknya telah menghembuskan nafas terakhir sewaktu atuknya mengangkat takbir. Namun disebabkan tidak mahu mengganggu solatnya, ibu kepada Adlina telah memaklumkan berita dukacita itu selepas bapa mentuanya selesai memberi salam.
“Hancur hati tengok CCTV masa ibu bagitahu atuk yang nenek dah tak ada 🥲. Nenek hembuskan nafas terakhir tepat masa atuk angkat takbir, ibu biar atuk habiskan solat dulu, habis je bagi salam ibu terus bagi tahu atuk.
“Atuk memang sayang nenek sangat. Dari dulu sampai la dah tua, atuk tak pernah berhenti manjakan nenek. Birthday pun masih nak buat surprise untuk nenek,” katanya.
View on Threads
Atuk Tak Percaya Nenek Sudah Meninggal Dunia, Ingatkan Tidur – Cucu
Memetik Sinar Harian, Adlina berkata pada awalnya, si datuk hanya fikir nenek sedang tidur dan bukannya sudah ‘pergi’.
Kepulangan neneknya ke alam abadi itulah yang membuatkan atuknya seolah-olah tidak percaya kerana baru sahaja berbual dengan arwah nenek sebelum sembahyang.
Baca Artikel Berkaitan: Kematian Yang Ditangisi Namun Dicemburui, Bilal Meninggal Dunia Usai Laung Azan Maghrib
Atuk macam tak percaya. Sebelum solat dia baru sahaja berborak dengan nenek dan sebab nenek dah terlantar lama, atuk ingat nenek cuma tidur dan belum ‘pergi’ lagi. Atuk suruh ibu periksa betul-betul kerana dia tidak percaya nenek sudah meninggal dunia.
Si cucu, Adlina.

Atuk Meraung, Hilang Semangat Lepas Nenek Meninggal Dunia – Cucu
Reaksi atuk yang terus sebak dan menangis sambil mengusap tangan serta tubuh isterinya itu membuatkan ahli keluarga turut bersedih serta hiba. Hal ini kerana, Suratman dikenali sebagai seorang ketua keluarga yang kuat dan tabah.
“Ibu ingatkan atuk akan tabah sebab nenek sudah lama sakit. Tetapi bila nenek pergi, atuk terus jadi sangat sedih dan hilang semangat.
“Bila tengok atuk meraung dan terlalu bersedih, ibu pun jadi tidak kuat,” luahnya.

Sampai Akhir Hayat Atuk Panggil Nenek Sayang
Tambah si cucu, hubungan perkahwinan serta kasih sayang yang terjalin sepanjang kehidupan atuk dan neneknya itu sangat istimewa. Malah sehingga saat terakhir, Suratman masih memanggil isterinya dengan gelaran ‘sayang’.
Atuk Habis Puluhan Ribu Ringgit Untuk Lihat Isteri Kembali Sihat
Bukan itu sahaja, datuk juga sanggup berhabis puluhan ringgit demi kos rawatan arwah isterinya selama ini.
Setiap kali hari lahir nenek, atuk akan rancang kejutan dan belikan hadiah. Sampai ke akhir hayat pun atuk masih panggil nenek dengan panggilan sayang. Masa nenek sakit, atuk sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan rawatan terbaik termasuk rawatan perubatan dan rawatan Islam.
Si cucu, Adlina.
Untuk pengetahuan semua, Siti Hamsaton telah jatuh sakit sejak tiga tahun lalu dan meninggal dunia pada 12 Jun 2026. Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Sungai Kemahal, Triang, Pahang.
Baca Artikel Berkaitan: Murid Tahun 2 Maut Dilanggar Van: Ibu Hiba, Hanya Terlewat Beberapa Minit Kerana Perlu Urus Anak Bongsu
Baca Artikel Berkaitan: Kepulangan Ibu Penuh Tangisan, Anak Meninggal Dunia Pada Hari Pertama Tiba Di Mekah [Video]
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣠â‘✮💻₊ ⊹